Wednesday, July 21, 2010

- momo oh momo; sedap sungguh! -

panas betul sekarang;
tapi nama pun nak masuk musim panas
takkan la nk harapkan salji turun kan?
"sungguh, manusia diciptakan bersifat suka mengeluh."[70:19]
panas. ya Okayama sangat panas sekarang.
nak berteduh pun takde tempat sebab sume tempat panas (hihi)
mengeluh lagi :)
panas2 ni teringin pule nak minum air limau nipis letak ais!
wahh alangkah nikmatnye kan?
lepas tu terus saya kayuh basikal g ke marunaka, kedai yang jual sume bende. hihi
lepas tu cari2 jumpe jugak limau kecik ni :)

limau kecik :)

lepas tu tengah jalan2 nampak pulak buah momo
emm,, oishii sou.
tak pernah makan tapi before datang okayama lagi
dah dengar pasal kesedapan buah momo ni
walaupun harga dia mahal tapi saya beli juge :)
ternyatalah buah momo ni sedap sungguh.

buah momo:)

lepas tu jalan lagi sambil bawak bakul kuning :)
jumpe pule ubi keledek
buat sira ubi keledek sedap juge
saya pun beli jugak ubi keledek kat bawah tu
tak tahu kenape suke sangat dgn ubi
kalau xde nasi, beri saya ubi keledek rebus dah cukup da
sebab ubi keledek jepun ni manis. sedap :)

ubi keledek:)

lepas tu jalan lagi dan at last
jumpe pisang ni :)
sukenya makan pisang ngan aiskrim
diwaktu cuaca panas kering macam ni

pisang comel:)

tapi bukan nak cerita pasal makanan sangat la
nak bagitau yang kalau bab2 makanan ni
Alhamdulillah
Allah permudah je nak makan ape pun
walaupun tak sesenang kat Malaysia
tapi kat Jepun ni saya lebih prefer masak sendiri
baru terjamin kebersihan dan insyaAllah xde was-was ngan halal haramnya
kan?
tapi kalau buah-buahan ni insyaAllah la halal
dipetik segar dr pokok lagi :)
syukurnya Ya Allah.
apa yang saya nak makan, Dia izinkan :)
sume yang teringin nak makan da boleh makan dah
sekarang kene pegi belajar la pule
sebab da nak exam!

Wednesday, July 14, 2010

- kimatsu mendekat; carilah kejayaan yang hakiki-

kimatsu shiken ( final exam) makin mendekat;
buat bonda tersayang; dOakan anakmu tenang menjawab dan berjaya menjawab.
buat abang2 tersayang ; dOakan adikmu tak bimbang sangat.
buat kakak2 tersayang; dOakan adikmu sentiasa mengingat Allah dalam apa jua situasi sekalipun.
buat adik yang sorang; dOakan kak sempat belajar sume n betul2 ready utk exam.
e.x.a.m!
ye. ia semakin mendekat. tak sampai sebulan pun lagi
tapi petang2 begini seusai study boleh juga ambil masa update blog
setiap kita mesti mahu result cemerlang
kalau boleh semua A+
kalau boleh nak prepare belajar sampai tak tidur
kan? sebab tu lumrah manusia. inginkan kejayaan.
namun, result yang cemerlang itu menjadi tidak bermakna
hanya sehelai kertas semata-mata
disentap, koyaklah ia;
disiram air pecahlah dakwat pada kertas itu;
ia jadi tidak bermakna jika kejayaan itu tidak memberi apa2 makna untuk kehidupan hakiki di akhirat

SAYA DIDIDIK.....
saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana
dan saya sangat bersyukur dengan cara mak dan arwah ayah mendidik
sejak kecil, mak dan ayah tidak pernah lambat membayar yuran sekolah
walaupun hidup kami sederhana, bukan orang senang
tapi mak dan ayah saya percaya bahawa pendidikan mampu membuat anak2 mereka menjadi orang berguna
jadi biar hidup bersederhana, asalkan yuran sekolah dibayar dan pelajaran anak2 tidak terganggu
kerana disekolah itulah anak2 mereka dididik ilmu dunia
dan disekolah juga ada didikan agama selain dirumah.
tapi ibu bapa saya tidak pernah buatkan jadual belajar ke untuk saya
mereka tak pernah suruh saya duduk depan mereka dan belajar
tapi
cukuplah anak-anak melihat sendiri bagaimana usaha mereka
untuk pastikan anak2 selesa belajar, makan minum cukup
pakaian ke sekolah bersih dan bergosok
kami dididik untuk berfikir dan menghargai
apabila kami berfikir, maka ia buat kami adik beradik berusaha belajar
mak dan ayah tak pernah paksa kami belajar, tapi apabila mereka tanya " keje skolah da buat ke belum?" tu tandanya mereka suruh kami belajar.
mereka tak pernah suruh kami ulangkaji pelajaran, tapi bila mereka tanya,
" periksa bila? kata nak dapat no. 1 dalam kelas." ia cukup membuat saya faham yang saya kene buat ulangkaji supaya dalam exam saya cemerlang.
sebab kami adik beradik hormat pada mak dan ayah
mereka mendidik melalui hati, bukan melalui paksaan
sebab itu bila ayah kata " waktu maghrib jangan buka tv. " kami adik bradik tak akan berani buka tv sampailah tiba waktu siaran buletin utama
kalau nak ikutkan, kami boleh je nak buka bila ayah ke masjid waktu maghrib
tapi ayah mendidik kami berfikir bukan mengikut arahan tapi bila berfikir dan rasa hormat itu timbul, ia membuat kami mengikut arahan.

SEBAB ITU.....
sebab itu bila da dewasa, saya tidak boleh terima unsur-unsur paksaan dan desakan dalam diri saya
apabila bab belajar, saya mengaku saya bukan orang yang 'gila belajar'
saya bukan orang yang terlalu ghairah memahami sesuatu
saya tidak boleh paksa diri saya belajar waktu saya tidak boleh belajar
sebab tu kalau saya tengah buat maths, orang tanya pasal physics, saya jadi ralat.
saya bukan orang bijak. sampai ke Jepun pun sebab dipanjangkan rezeki dan ditambahkan sedikit ilmu dalam hati oleh Allah s.w.t
sebab itu bila orang asyik bertanya;
"kau da siap itu? "
"kau dah siap ini?"
saya jadi ralat dan saya menjawab. tapi jika orang masih bertanya dan bertanya, kemarahan dan rasa tertekan itu wujud dalam diri dan kadang2 membuat saya tak jawab pertanyaan itu
sebab itu saya rasa macam saya nak hidup dengan semut2
sebab saya rasa cara saya banyak buat orang lain terluka
sebab kalau belajar, saya tak sama dengan orang lain
kalau saya rasa saya nak belajar malam saya belajar malam
kalau saya rasa nak tidur dulu n belajar lepas subuh, saya buat begitu
sebab saya pun manusia juga
dan saya juga ada matlamat hidup saya sendiri
belajar di luar negara membuat kita perlu dan kena berdikari

MAAF, SAYA TIDAK SUKA DIPAKSA
kadang2 saya rasa 24 jam kehidupan saya ni dalam sehari
24 jam juga saya perlu mohon maaf pada orang sekeliling
sebab mungkin cara belajar saya membuatkan saya gagal membantu yang bertanya
namun jauh di sudut hati, kalau boleh saya nak belajar bersama kawan2
tapi macam saya kata, saya punya masa belajar yang berbeza dengan orang lain
pernah saya join study group bersama rakan2 di JAD dulu
tapi di pertengahan belajar, saya tertidur sebab mind set saya
"malam ni nak tido awal dan esok nak bangun awal belajar"
mungkin orang memandang cara belajar saya tidak bagus dan bukan gaya pelajar cemerlang
tapi saya yakin pada diri saya dan saya tahu apa yang saya buat
kalau report kene hantar selasa petang
saya akan buat report itu bila2 masa saya mahu asalkan selasa petang saya hantar report itu.
dan keyakinan dan pengharapan sebenar hanya diletakkan pada keizinan Allah s.w.t
maaf, saya tak suka dipaksa
walaupun saya bukanlah seorang yang sangat pandai
tapi alhamdulillah kerana Allah meletakkan saya disini sekarang
sekurang-kurangnya saya diberi ilmu dan kekuatan untuk meneruskan pengajian saya
walau dengan kejayaan yang sederhana
dan secara jujur saya juga ingin menjadi orang yang sangat berjaya sebenarnya
tapi janganlah kehendak dan impian mendesak kita menjadi kita yang lain
kerana saya suka kata-kata ini;
"no.1 にならなくてもいい、もともと特別な only one"
ape maksud kata2 ni?
tengok dekat video kat bawah ye :)

SILAKAN
mahu kritik cara saya? silakan
saya selesa begini
kerana saya yakin. kejayaan yang saya miliki sekarang tidak akan berlaku tanpa izin Allah
kerana saya yakin. jadilah apa pun asalkan di bawah redha Allah.
sebab saya yakin cara saya asalkan saya tidak menyusahkan orang2 sekeliling saya
kalau dah keje berkumpulan, memang tiada cara lain melainkan saya kene bersedia bekerja bila-bila masa mengikut masa orang lain juga.
dan yang paling penting, kerana saya yakin dengan cara mak dan ayah mendidik saya.
cara mereka mendidik tidaklah sempurna dimata semua orang
tapi cukup sempurna dimata kami adik beradik
kerana dengan keizinan Allah juga, Alhamdulillah kami 10 orang membesar dengan baik, 8 orang sudah punya pekerjaan masing2 dan hanya tinggal saya da adik yang sedang belajar
insyaAllah tahun 2012 bertambah lagi seorang engineer dalam keluarga :)
kalau ikutkan mak saya, dia teringin tengok seorang anaknya jadi guru
tapi apakan daya minat anak2 dalam bidang lain tapi mak tak pernah memaksa
asalkan anak2 pandai berfikir
mak dan ayah dah bagi peluang belajar ilmu dunia dan akhirat
jadi kene pandai jalani hidup dan jaga maruah diri

CARILAH KEJAYAAN HAKIKI
kejayaan yang sebenar itu adalah kejayaan menuju syurga Allah
Allah berfirman;
"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepada mereka pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan pula kepadanya pahala akhirat, dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur." ( Al-imran : 145)

jadi kejayaan kita dalam exam biarlah kejayaan yang membawa kita lebih dekat kepada Allah
kerana tiada yang layak mengizinkan kejayaan itu berlaku kecuali Allah azza wajalla
semoga Allah memberi kejayaan kepada saya dan rakan-rakan
semoga kejayaan yang dikecapi meninggikan rasa syukur kami kepadaNya.
carilah kejayaan hakiki :)

* masa seakan tidak memberi izin lagi kepada saya meneruskan kata2 di semut merah
* masa seakan-akan membuatkan saya rasa mungkin ini post terakhir sebelum exam
* keadaan juga seakan mengizinkan saya mencoret kata "maaf" andai ada terkasar bahasa, tersilap perilaku. maaf sekali lagi


Monday, July 12, 2010

- sikit lagi! -

selamat petang Okayama :)
sedihnya bila semangat2 tengah buat repOrt
tibe2 tak sedar diri tertidur
report tinggal sikit lagi tak siap
saya suka repOrt kali ni :)
tak macam repOrt hikari hari tu ;(
berblog la dulu kejap
bagi saya menulis blog ni tak ganggu pun stadi saya
sebab just amik masa dalam 10 minit cam tu~
makan aiskrim kejap;
saya suka buat ni---->
ala-ala banana split gitu gaya die
tapi saya tak kisah ape nama die
sebab yang penting sedap
oleh kerana semut merah suka sangat makan aiskrim dan pisang!
sedap kan? hihi ni semut merah buat sendiri
potong pisang n letak aiskrim chocolate + vanila

dan tak sabar nak say "sayonara" pada cik jikken( experiment)
dan cik repOrt
sekarang tengah buat 2nd last report
esOk jikken last
saya sangat hepi dan seronok sebab sem depan da tak ade jikken bagai ni
moga-moga perjalanan hidup saya berjalan tenang dan lancar
sabar,sabar,sabar
sikit lagi nak habis n boleh prepare utk final exam

"Maka bersabarlah engkau( Muhammad) dengan sabar yang baik." ( 70:5)

Thursday, July 8, 2010

Air Tangan Semut Merah (1) : Sotong Crispy Masak 3 Rasa Teratai Layu Ditasik Madu~

Tinggal di Jepun memang mencabar
sebab tak boleh makan masakan mak hari2
kadang2 ia membuatkan saya berdikari
kadang2 ia buat saya lebih kreatif mencipta masakan
kadang2 kalau malas, ia buat saya terus tak makan! sob3
sebenarnye sudah 3 minggu lebih rice coOker tak berasap!
dapur berasap juga kadang2 sebab masak maggi
sebab rasa malasnye nak memasak sekarang
kalau boleh hari2 nak makan kat luar
bila sudah 3 minggu tak makan nasi
hari ini mula makan nasi balik
ini menu hari ni ;)


1) Nasi
2) Sotong crispy masak 3 rasa ( baru dapat ilham td)
3) serunding ( lauk wajib)
4) aiskrim ( macam tak bleh xde aiskrim )
5) Air nescafe
act. smalam tengok facebook
ada kawan suggest 1 resepi
nampak enak!
kebetulan sotong dalam peti tak berusik lagi
tadi saya memulakan langkah memasak
tapi tak naklah sama ngan kawan punye resepi
jadi reka sendiri
Sotong Crispy Masak 3 Rasa Teratai Layu Ditasik Madu!

1) Salutkan sotong dengan tepung gandum + serbuk kari
2) Goreng sampai garing dan angkat
3) Guna minyak baru dan tumiskan bawang merang yang dicincang
4) Masukkan cili giling, sos tomato, sos cili, sos tiram
5) Masukkan garam+ gula secukup rasa dan sesedap hati :)
6) Letak sotong garing dan gaul hingga masak dan naik bau harumnya
7) Siap!

Rasa sotong 3 rasa ni tak lah sedap sangat2
tapi sedaplah. Alhamdulillah~
lepas ni nak cuba masak makanan lain pula!
insyaAllah. kalau sedap semut kongsi ya!

Monday, July 5, 2010

-hadith logam-

assalamualaikum
alhamdulillah masih diberi nafas hari ini
sebagai menjawab soalan " orang dok paham "
yang bertanya di shOut mix tempoh hari tentang hadith logam
insyaAllah moga-moga Allah memberi kekuatan dan sedikit ilmu
untuk menerangkan tentang hadith kegemaran saya ini
"manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah terpilih juga mereka ketika Islam, sekiranya mereka faham."(sahih Bukhari)
mula2 kita fahamkan dulu tentang logam
logam mempunyai sifatnya yang tersendiri
contohnya berkilau, mulur dan mudah ditempa
sifat2 logam ini tidak akan berubah.
kita berbalik kepada manusia
kenapa manusia diibaratkan seperti logam?
kerana manusia juga ada sifat2 tersendiri
dalam hadith ini terdapat dua jenis logam
logam jahiliah dan logam Islam
tetapi sifat logam itu sendiri masih belum berubah

MANUSIA
manusia juga punya sifat tersendiri
yang membezakan adalah bagaimana sifat itu di aplikasikan
kalau manusia itu jenis yang banyak bercakap
jahiliahnya mesti dia banyak bercakap perkara2 lagho
tetapi apabila dia sudak faham Islam
pasti dia gunakan sifat 'banyak cakap' itu ke arah islam
mesti die lebih banyak bercakap tentang ibadah
kerana dia faham Islam menyeru penganutnya menggunakan mulut untuk mengucapkan sesuatu yang berfaedah
jika dilihat, sifat manusia itu masih tidak berubah
yang membezakan ke arah mana sifat itu digunakan

SAIDINA UMAR AL_KHATAB
Saidina Umar al-Khatab merupakan contoh terbaik
jauh berbeza bagaimana Umar ketika Jahiliah
dan bagaimana pula Umar ketika Islamnya
kita mengenali Umar kerana sejarah menceritakan betapa Umar memiliki sifat garang dan berani
dimana zaman jahiliah Umar begitu memusuhi Nabi s.a.w
tiadalah manusia yang paling dibenci ketika itu melainkan insan bernama Muhammad bin Abdullah
akibat tidak tertahan dengan perkembangan Islam, Umar bertekad mahu memenggal sendiri kepada Nabi s.a.w tetapi semasa dalam perjalanan beliau diberitahu bawaha adiknya dan iparnya telah beriman
lalu Umar pergi ke rumah adiknya lalu ditampar adiknya sehingga tersembur darah dari mulut adiknya
ketika melihat darah keluar dari mulut adiknya
Umar diberi hidayah untuk kembali berfikir secara rasional
untuk melihat dan membelek apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh insan semulia Nabi s.a.w
" Toha, kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan kepada orang yang takut (kepada Allah)..(surahToha : 1-3)
hanya dengan tiga potongan ayat, hati umar menjadi lembut.
hatinya terbuka disinari cahaya hidayah Allah.
dan bagaimana Umar apabila dia beriman?
Umarlah insan yang terang terangan mengishytiharkan keislamannya
Umarlah insan yang mengajak Rasulullah untuk tampil menegakkan kebenaran
Dia berkata kepada Rasulullah : Ya Rasulullah, bukankan kita adalah yang benar?"
Rasulullah menjawab : "Ya"
Umar menyambung : " maka marilah kita keluar, beribadah secara terang-terangan"
lihatlah bagaimana keberaniannya digunakan untuk Islam
pernah suatu ketika Umar menangis keseorangan dan selepas itu dia ketawa
orang bertanya : " kenapa kamu begitu wahai amirul mukminin?"
Umar menjawab : " aku menangis kerana teringat bahawa ketika jahiliyah aku menanam anak perempuanku hidup-hidup, yang membuatkan aku hiba adalah ketika aku meletakkan anakku ke dalam lubang untuk ditanam, dia menyapu janggutku yang terkena debu pasir.tetapi aku sedikitpun tidak terasa ketika itu malah terus menerus menanamnya sehingga habis."
begitu sekali kerasnya hati umar kerana jahiliyah menutup kebijaksaan akalnyabahawa anak itu satu nikmat yang berharga.maka apakah pula yang membuat kau ketawa wahai umar?
Umar menjawab : " aku teringat dulu, ketika hendak berniaga ke Syam, aku akan membawa berhala yang diperbuat daripada tamar,agar mudah disembah di tengah jalan, tetapi apabila lapar aku akan mengopek berhala itu dan memakannya. itu yang membuat aku ketawa."
beliau ketawa kerana terlalu taksub dengan berhala sehingga tidak terfikir berhala itu tidak mampu melakukan apa2 pun kepadanya malah dia boleh memakan 'tuhan'nya itu.
jika ketika jahiliah Umar paling kuat menentang Islam, tapi ketika Islam Umar menjadi insan yang paling kuat menentang musuh-musuh Islam.
betapa dulu Umar inilah peminum arak, penyembah berhala
tetapi dia berjaya menjadi yang terbaik dalam Islam
sepuluh orang yang diberitakan syurga ketika masih hidup
hebatnya Umar ini sehingga Rasulullah bersabda;
"sekiranya Umar melalui satu lorong, maka syaitan akan memilih lorong lain dari bertembung dengannya"
"sekiranya ada lagi nabi selepas aku, maka dia lah Umar"
kenapa Umar yang jahiliah boleh berubah menjadi Umar yang dijanjikan syurga?
kerana Umar membuka hatinya untuk melihat kebenaran lantas Allah memberi hidayah kepadanya. subhanallah~
lihat, sifat saidina umar tidak berubah. beraninya dia ketika jahiliah, berani juga dia ketika Islam kerana dia faham tuntutan Islam itu sendiri.
jadi, bagaimama kita sekarang, itu adalah kita. jadilah apapun, asalkan kita guna apa yang kita ada ke jalan Islam. asalkan kita faham Islam, kita faham apa yang Allah mahu.
jom tukar logam jahiliah menjadi logam Islam :)
semoga penerangan ini mampu difahami
walaupun banyak kurangnya.
wallahualam :)






Friday, July 2, 2010

-minggu kenduri-

Alhamdulillah akhirnya diberi kesempatan utk update blog kali ini
beberapa hari ini saya mengalami kebizian yang kronik
tapi kebizian kali ini tidak membuat saya berasa letih
mungkin kerana hari-hari yang dilalui ini adalah hari yang mengembirakan
minggu lepas saya panggil 'minggu kenduri'
selepas kenduri rumah Ain hari tu
kami, kohai2 yang baru datang ni sepakat
untuk menjamu senior2 kami sebagai tanda terima kasih kami pada mereka
sejak sampai okayama ni
banyak perkara yang mereka ajar dan bantu
dari sudut pegi beli barang2 rumah ( futon, langsir etc.)
tolong tempahkan beras di internet sebab mula2 sampai kami tak reti lagi
tolong bantu pilih subject dan banyak lagi
sangat terharu dan hanya Allah mampu membalas
kami berkelah di tepi sungai sabtu lalu
semalam pula kami dan senpaitachi(senior2) luangkan masa
untuk masak makanan melayu untuk sensei2 Jepun
menunya;
- mee kari
- nasi lemak
- roti jala
- bubur kacang
- air bandung
seronok bila sensei tersenyum makan masakan melayu
hampir dua jam meluangkan masa bersama sensei
minna otsukaresamadeshita :)
----------------------------------------------------------------------------------------