Sunday, February 26, 2017

Malaysia Best :)

Weekend yang paling tidak productive bilamana mampu habiskan tengok 10 episod drama jepun dalam sehari -_-
Login facebook sebab boring, logout facebook sebab boring tengok timeline lepas tu login balik sebab boring
Last2 deactivate facebook sebab rasa banyak buang masa tengok fb
.
.
.
.
Baru teringat dulu kalau boring i suka update blog lol :D
Dulu suka update blog especially masa dekat jepun sebab nak share cerita dan pengalaman kat sana
lepas balik malaysia senyap sunyi dah semut merah
lepas ni mungkin boleh sambung balik sharing kisah kisah menarik kat Malaysia 
sebab ramai kawan dekat jepun tanya
Best tak balik malaysia?
Oii lupa daratan ke semua? haha

Malaysia best, family dekat nak balik jenguk 
makanan sedap walaupun menggemukkan :D
nanti share lagi cerita best kat sini ;)

Saturday, April 12, 2014

Status Bertukar ^^;

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, dah lebih seminggu bertukar kerjaya
Dari pelajar kepada pekerja^^ 
Dari dulu x sabar nak jadi jurutera
Harini Allah makbulkan
Dulu kalau dengar engineer rasa macam wahh hebatnya sapa jadi engineer! 
Tapi bila diri sendiri yang jadi engineer, rasa biasa saja, tak sehebat yang saya dengar dulu, patutlah Allah kata manusia ni semua sama, yang membezakan kita hanyalah taqwa. 

Rasulullah kata taqwa tu disini, sambil baginda tunjuk ke arah dada baginda. 
Betullah, taqwa itu ada dalam diri, dalam hati dan rasa keimanan kita pada Allah
Rasa ni, tak boleh dilihat dan diperlihatkan
Semoga kita terus berusaha mencari erti sebenar taqwa itu :) 

Seminggu lebih kerja di sini
Suasana tempat kerja sangat baik
Senior dan kawan2 suka senyum dan kalau x tahu diorang ajar dengan baik
Walaupun satu satunya orang luar disyarikat ni, tapi rasa macam mereka semua mengalu-alukan kehadiran saya
Walaupun sangat pelik cara hidup saya dengan mereka,
Disini mereka sediakan saya satu bilik solat yang sangat selesa
Boleh guna bila-bila masa
Waktu rehat pon diorang cakap, xpe Fauziah-san lepas solat baru masuk tempat kerja balik pon xpe
Tapi alhamdulillah, waktu solat zohor memang dalam waktu rehat tengahari, so xde sebab nak masuk kerja lambat dari orang lain kan :) 

Setakat ni, hanya mampu ucap alhamdulillah
Yang selepas ini, sepenuhnya saya serah kepada Allah yang lebih tahu tentang masa depan saya. 
Harap-harap dapatlah kerja lama kat sini :) 
 Doakan :) 

Oh ya,
Rasa happy dengan kehidupan sekarang
Rasa masa lebih terisi
Malam tidur awal, bangun awal dan tak sempat nak tidur dah lepas subuh
Satu lagi, tak sempat nak tengok cerita melayu online dah
Sebenarnya inilah rutin hidup yang saya idamkan sejak dulu
Terisi dengan perkara yang kita tahu kenapa kita buat perkara tu
Bukan terisi dengan perkara yang kita pun tak tahu kita buat ape hari2 hihi
Macam shachou saya cakap haritu, 
Perbezaan paling besar antara student dengan orang yang dah kerja adalah sekinin ( tanggungjawab) 
Masa belajar semuanya bebas, kita bayar duit dekat university untuk belajar, belajar untuk kejayaan diri sendiri
Tapi bila dah kerja, kita dibayar untuk buat kerja, dan kita buat kerja bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang lain, dan paling penting semua yang kita nak buat, tak boleh fikir diri sendiri je, kene fikir banyak sudut dan banyak pihak
Wah dah dewasa rupanya saya! Haha

Meh nak kongsi gambar masa 入社式 ( majlis kemasukan ) kot (?) 
Thanks ma yang sentiasa ada disisi anakanda ni
Mak balik nanti kompem menangis tak berlagu sorang2 ~_~ 


Semoga kita semua berjaya dalam bidang apa pun yang kita pilih
Dan semoga kita menunjukkan contoh muslim yang baik kepada orang sekeliling kita dimana pun kita berada
Dan semoga Allah menyemai rasa tawaduk dalam hati kita kat mana pun kita berada
Jadilah apapun, asalkan jangan lupa pada Allah dan Allah redha pada kita :) 

Monday, February 10, 2014

Yuki dan Ichigo gari~

Assalamualaikum~
Hari sabtu dan ahad yang bahagia
sebab....
Sabtu lepas untuk pertama kalinya salji turun dengan lebatnya di Okayama. 
Okayama Okayama bukan Hokkaido haha 
Mula2 biasalah Sabtu kan, pelajar memang lah sambung tido kejap (je) lepas subuh kan
dalam pukul 10 macam tu phone x henti2 berbunyi
pelik tu pelik jugak
tapi malas tu lagi banyak, so biar je dulu
pukul 10.30 tu tibe2 rasa nak baca msg
group2 msg dengan meriahnya berbunyi
' tengok luar cepattt! jom amik gambar!'

areee~! 
kohai dah bagi gambar depan rumah die penuh salji 
memang terkejut ah
sebab malam tu time g buang sampah memang ade salji turun tapi x lah lebat
so fefeeling macam oh ku berjalan diiringi salju sambil nyanyi lagu bahagiamu deritaku gitu -_-
pastu terus keluar tengok suasana depan rumah
Subhanallah! 
Macam mimpi! 


ni suasana depan rumah
tengok lah Maple Town megah berdiri haha
dengan baju tidonye lagi
x menyempat keluar amik gambo
takut salji cair derr :D
lepas zohor sume pakai lawa2 sebab nak g bergambar tempat lain pulak
semangat tu penting! 


nilah kenangan bersalji di Okayama
anak2 mummy nanti dah besar bukak blog mummy tengok gambar mummy posing dengan kawan2 mummy ye
ni dekat Okayama ye anak2 mummy :D
Alhamdulillah kenangan musim sejuk yang sangat yokatta utk sume orang sebab dah last nak meraikan musim sejuk sama2 as student dekat Okayama tercinta ni :)

Hari Ahad pegi ichigo gari dengan usrati pulak :)
Ichigo tu bahasa jepun, bahasa melayu/omputihnye strawberry 
gari tu memetik (kot) haha
so ichigo gari ni macam g petik strawberry gitulah
bayar 1300yen je pastu boleh petik strawberry die banyak banyak mane pon tapi setengah jam saje
untuk yang suke bergambar macam saye ni rugilah dalam 5 minit sebab duk bergambar
5 minit tu boleh petik 10 bijik la kot wahaha

so ni gambar kenangan memetik strawberry dengan usrati saya
usrah tu x semestinya buat bulatan pastu dengar pengisian je
usrah boleh jugak buat santai santai
contohnye sama2 g petik strawberry, sama2 blaja masak, sama2 bbq ke so barulah usrah tu sendiri nampak lebih luas konsep die n orang tak takut dengan perkataan usrah tu :)


yang tengah tu ilma medina nama die
puteri sulung Kak Hajar
aduh comey benor pulak Medina ni
dah lah bijak pandai eiiii
tapi die nak balik mesia for good dah bulan 3 ni sebab ummi die dah abis phD
sobsob acik gee sabishi ah lepas ni sebab xleh amik gambar medina comey ni! 

so terupdate lah dua lagi kenangan manis dekat Jepun ni :) 

tapi tu ah acik gee macam hima pulak ni
padahal Jumaat ni nak final happyou dah
doakan saya ye!
jumaat ni kalau semua berjalan lancar secara x rasminya tamatlah pengajian master saya :)
lepas tu tamatlah kehidupan sebagai seorang pelajar
akan mula kerjaya baru :)
fuhfuh kene blaja jadi matang dan terurus sikit ni
gambatte acik gee! 
yeahhh

selamat malam,
maaf zahir batin :)