Thursday, November 25, 2010

- ilmu Allah s.w.t-

" Dan seandainya pohon-pohon dibumi menjadi pena dan lautan (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh lautan (lagi) setelah (kering)nya, nescaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat-kalimat Allah ( ilmu-Nya dan hikmah-Nya). Sesungguhnya Allah Mahaperkasa, Mahabijaksana." [ Surah Luqman 31:27]

subhanallah!
maka mengapa kita memilih untuk menjauh dengan Allah s.w.t?
mengapa rutin hidup kita tidak sepenuhnya mendamba redha-Nya
tidak cukupkah ayat diatas membuktikan
bahawa Allah s.w.t Maha Besar, Maha Kuasa
mengapa masih ada lagi yang menyombongkan diri
sedangkan ilmu kita sangat cetek jika mahu dibandingkan dengan ilmu Allah
maka kita, manusia yang berilmu cetek ini
harus tunduk patuh kepada Allah
harus bersyukur bila berjaya
dan harus redha bila diuji
selamat beramal :)

Thursday, November 18, 2010

- adik amirul -

budak dalam gambar tu adik amirul
amirul sekarang berada di Okayama University Hospital
untuk menjalani pembedahan jantung
semalam melawat amirul
satu jam setengah dengan amirul saya rasa sekejap
dia petah bercakap
nakal macam budak2 lain jugak
bezanya dia sekarang sedang sakit :)
doakan dia cepat sembuh
doakan dia jadi seorang mujahid yang akan sama2
berjuang untuk Islam
nak sangat cakap dengan amirul lagi
saya suka bercakap dengan dia
nanti kalau ade peluang nak cakap2 ngan amirul lagi
semoga amirul tabah dengan ujian besar diusia yang cukup muda
kita yang diberi nikmat kesihatan yang baik
gunakan ia sebaiknya agar ia tidak menjerat kita tapi
menjadi satu landasan untuk kita lebih dekat dengan Allah s.w.t :)
cerita cerita masa saya melawat dia ada disini :)
Ya Allah berikan kesembuhan yang baik buat adik amirul;
Ya Allah permudahkan urusan pembedahan adik amirul;
jadikan dia seorang insan yang tabah :)

Monday, November 15, 2010

- setengah hari indah -

bertemu mereka aku gembira
setengah hariku terasa indah
walau hanya setengah hari
mereka seperti hari2 disisiku
mereka masih ceria seperti dulu
mereka masih mampu tersenyum
mendengar cerita aku melihat 'hantu makcik'
mereka semangat bawa aku makan kedai malaysia
sebab mereka tahu aku x boleh makan makanan jepun melainkan terpaksa
mereka semangat juga bawa aku makan tomyam
yang da lama aku nk makan
aku gembira setengah hari itu
tapi malam itu
saat meninggalkan mereka aku bersedih
manisnya persahabatan ini :)

laksa@malaychan

ikan siakap masam manis ni paling best!

sayur kailan dengan ayam :)

omelette telur + udang :)
alamak gambar tomyam yang paling sedap tu lupe nk amik

mereka sangat sweet :)
terima kasih sahabat :)
walaupun pertemuan ni kita x rancang sangat
and last2 minute je tapi ia sangat manis
hontouni! :D
lain kali tak teragak2 lagi nk makan kat shin okubo ni
sedappp!

Tuesday, November 9, 2010

- kecewa dengan kepimpinan mereka -

kecewa apabila mendapat tahu
ada cadangan menjadikan Malaysia sebagai hab pusat hiburan malam
pendapat peribadi;
hiburan bukan pilihan tepat untuk menjana ekonomi negara
pilihan paling tepat adalah ILMU
ilmu yang akan sentiasa melahirkan insan2 yang waras berfikir dan bertindak
ilmu yang akan melahirkan insan yang berfikiran jauh ke depan
mereka melihat hiburan itu mampu menjana ekonomi negara
namun sayang, mereka tidak lihat kesan2 akan datang
kesan2 pada akhlak anak2 muda
kecewa mendapat khabar
isteri perdana menteri memperkenalkan 'busana muslimah'
yang menjatuhkan martabat wanita muslim
adakah namanya busana muslimah
andai masih mendedahkan bahagian tubuh yang bernama aurat?
apakah motif tulisan Muhammad dalam bahasa arab
yang ditulis terbalik pada baju yang langsung tidak sopan
Ya Allah, mereka sangat melampau!
apakah tidak ada sedikit pun nilai2 islam dalam diri mereka?
atau mereka terus buta hati mengejar keduniaan?
mereka merancang ke arah kemusnahan negara sebenarnya
jujurnya, diri ini amat kecewa dengan kepimpinan mereka
semoga Malaysia terhindar dari mereka2 yang melampaui batas.

" Dan tetaplah engkau (Muhammad) ( di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." [ Surah Hud :112]

Friday, November 5, 2010

- bicara pagi jumaat yang menyentuh hati -

( mengapakah tarikh post ni jadi tarikh smalam?)
assalamualaikum,
hari ni hari jumaat
kalau nk ikutkan saya ada satu kelas hari ni
tapi kelas tu xde hari ni. sensei ada kerja kot
pagi tadi sebelum terlelap balik atas katil
iphone berbunyi, saya lantas mencapai iphone saya
oo kawan saya call; happy :)
tapi panggilan kali ini lain
panggilan yang cukup sayu dan menyentuh hati
biasa saya suka usik kawan saya yang kecik molek ni
tapi kali ini dia buat saya hampir menangis
perbualan dimulakan tanpa banyak cakap2 kosong
dia terus bagitau saya dia nak kongsi sesuatu dengan saya
maka saya yang tadi hampir terlelap terus bersedia mendengar
dari jauh saya tahu betapa sahabat saya ini memang bersemangat mahu berkongsi
" hari ni saya nak kongsi dengan awak tentang ikhlas." kata sahabat saya tu.
" ok saya dengar :) " saya tersenyum walaupun sahabat saya tak dapat lihat saya sedang senyum
masyaAllah. semua yang sahabat saya cerita itu benar-benar membuka mata saya.
rasa macam hati terpukul. terima kasih sahabat.
Ikhlas, satu perkara yang kita pandang enteng
namun sebenarnya ikhlas ini mampu mengubah keseluruhan hidup kita.
bicara pagi jumaat ini benar-benar buat saya muhasabah kembali hakikat diri yang hidup bertuhan. Jazakillah khairon Kathira :)
yang buat saya tersentuh apabila setiap perkataan yang sahabat saya cakap
saya dapat dengar nada sebak pada suara sahabat saya ni.
daripada awal sampai akhir cerita. saya setia mendengar walaupun hati saya terlalu mahu tahu apa yang buat sahabat saya sebak :(
setelah selesai bercerita, saya cuba ambil masa bertanya
kenapa dia sebak...
dan jawapan sahabat saya buat saya turut sebak.
masyaAllah.
Sahabat, teruskan langkahmu dalam jalan ini
kerana yang pastinya memang akan sentiasa ada ujian yang akan kita hadapi
tapi ia bukan penghalang, ia pemanis perjalanan sebenarnya.
mujahadah itu dirasakan pahit kerana kita mengharap manisnya syurga
sahabat, teruskan berkongsi dengan saya ye :D
sangat menanti perkongsian dr awak lagi
sangat mahu ketemu awak sekarang
teruslah berdamping dengan orang-orang yang berilmu
hidup kita tidak banyak masa lagi untuk main2
sahabat, jika hatimu gelisah
solatlah.. minta pertolongan dari Yang Maha Menolong
Dia pasti menolong.
dan saya, akan sentiasa mendengar jika awak ingin saya mendengar :)
kerana awak adalah sahabat saya
sahabat anugerah Allah s.w.t
sahabat yang mungkin melalui awak, Allah cuba sampaikan sesuatu buat diri saya
subhanallah.
dulu mase sekolah kita suka nyanyi sama2 kan.
namun kini, jidai2 menyanyi dalam kelas sudah tamat mungkin.
saya suka awak yang dulu dan saya suka awak yang sekarang dan saya tetap akan suka awak yang akan datang :)
kini, tiba masa kita kembali kepada Allah s.w.t
Ilah kita; yang mana setiap kali solat kita bersaksi tiada ilah selain Dia
maka tunaikan penyaksian kita sahabat.
terima kasih sahabat.
andai ada yang membencimu kelak, jangan kamu bersedih
kerana Allah ada untukMu
dan saya, insyaAllah tidak mungkin membenci awak
bagaimana sekalipun awak, awak adalah sahabat saya
dan saya lihat sesuatu yang baru pada diri awak sahabat
salam sayang dari saya :)
ada rezeki kita jumpa. insyaAllah saya ke sana nanti.
ingat janji kita,
" kita akan masuk syurga sama-sama"

* hati berbunga-bunga bila saerah n aida cakap nak datang okayama x lama lagi. menanti mereka dengan penuh kasih sayang :)