Sunday, June 19, 2011

-Selamat Hari Bapa; al-fatihah-

Hari ni hari bapa
Selamat Hari Bapa buat arwah ayah saya
semoga ayah saya tenang disana
moga doa-doa anakmu sentiasa buatmu tenang disisi orang yang dikasih Allah disana
selamanya saya sayang ayah saya
walaupun ayah saya sudah berada di kehidupan kekal disana
saya disini sentiasa mengingati dan mendoakan ayah tenang disana
tak berada disisi ayah masa ayah saya menghembuskan nafas terakhir adalah perkara yang cukup buat saya terkilan
dapat cium ayah sebelum ayah dikebumi adalah perkara yang cukup saya syukuri
terima kasih ayah kerana beri saya peluang menuntut ilmu dunia dan tak pernah lupa mengajar kami supaya tidak lupa pada kehidupan akhirat yang kekal
moga dapat jumpa ayah saya disyurga
sama2 menikmati kehidupan yang sangat-sangat bahagia di dalamnya
amin ya Rabb
sape2 baca entri ni bacakan al-fatihah untuk arwah saya ya :)

ini ada satu lagu
sejak form 2 lagu ni cukup saya minat
siap da hafal lirik die since form 2
buat ayah saya
ya, saya betul2 tuju lirik2 lagu ni buat ayah saya
mari la dengar :)
sayang arwah ayah saya selamanya;
Al-fatihah :)

Monday, June 13, 2011

- macam-macam ada -

salam sayang dari bumi okayama

sebenarnya nak update blog semalam tapi x sempat pulak

pagi ni menjadi pagi yang digeruni sikit

sebab tadi baru je nampak seorang perempuan tercampak dari basikal lepas kena langgar dengan sebuah kereta

betul2 depan mata dan saya terkaku tengok dan stop berjalan

act tadi pegi okayama eki nak anta fanna naik bus nak balik osaka

masa nak lintas jalan tu basikal tu datang dari arah bertentangan kami

tapi kereta tiba2 datang dari tepi padahal masa tu kereta xleh gerak sbb lampu merah

perempuan tu pun tercampak dari basikal dan saya tengok sendiri kepala perempuan tu terhantuk atas jalan raya dengan kuatnya >__<

Ya Allah takutnya

rasa macam x boleh terima kereta tu langgar perempuan tadi

ain dan soha pun terus gerak tolong angkat basikal n beg perempuan tadi

saya?

saya stop kat tengah2 jalan tu sebab terkaku tengok sume tu >__<

aduh tak bolehnya tengok benda2 macam ni

moga2 perempuan tadi x cedera teruk sangat >__<

sedihnya taknak lah cerita pasal ni lagi

tapi betul2 jadi pengajaran untuk hati2 naik basikal lepas ni



sebenarnya weekend kami yang lepas diserikan dengan kehadiran cik fanna

lepas tu kami jadi sangat genki nak memasak

mula2 ajak fanna gi makan toast dekat bandar okayama



okayama je ade ni tau. kalau nak makan kena datang okayama :)

malamnya tu rasa nak masak sesuatu :D




mula2 nak tunjuk air bandung

uish air bandung ni banyak kenangan dalam rumah kami

sebab kadang2 air bandung ni manis

kadang2 masin sebab tertukar garam gula hihi

tapi saikin banyak minum air bandung plak :)




ini bergedil :)




ini bihun yang da dicelur :)




ini sambal kicap :)




ini sup sayur dan chikuwa :)

sup ni sedap, mek ain yang masak

opss jangan puji sup ni nanti hari2 plak die masak sup :P hihi




ini nasi himpit :)

haaa daripada gambar2 kat atas tu boleh teka tak apa yang berjaya dihasilkan?











jeng3

soto dekita!


ye soto!

alhamdulillah :)

oishikatta! oishikatta! soto :)



esoknya makan mee goreng pulak :)

dengan udang besar yummy yummy :)



next day kami berparty takoyaki

act bukan party pun sebab x ramai pun

berlima je

ni kali ke berapa entah kami buat takoyaki ni

alang2 da ade acuan dia ni kan baik kita buat sendiri je




takoyaki yang baru nak masak :)




takoyaki separa masak :D




takoyaki yang da siap :) macam biasa, oishikatta! hihi




last skali nasi ayam fanna masakkan


sedap ni yummy yummy

kadang2 makanan ni senang sangat nak dapat sampai lupa yang ia pun satu nikmat

ayuh bersyukur :)

seronok plak makan ramai2 ni

cik fanna da pulang ke tanah air nagase

nanti datang lagi ye fanna

kami suka fanna datang sini :)

owh esok saya ada interview dengan sensei tachi untuk sambung master

doakan saya ain dan soha tenang masa mensetsu nanti ye

jya ne :)

Thursday, June 9, 2011

- Qadar Allah Itu Mengatasi -





tengok tu buku yang sensei suruh saya baca

glurp glurp glurp cuak la melihat

takpe saye akan cuba baca walaupun saye tahu muri untuk saye baca sume buku tu dalam masa yg singkat hihi

dulu kan beriya cakap xnak sambung master

tapi sekarang dan tukar fikiran kepada nak sambung master

sori sensei sbb banyak peningkan sensei T___T

alhamdulillah masih belum terlambat

jazakillah pada ain n soha sebab teman saya g amik borang master hari tu

alhamdulillah syukur ya Allah saya dapat kawan a.k.a housemate yang menyokong

tu yang saya duk kalut minta tema sume dengan sensei

tapi tu la keyakinan diri untuk apply mana2 scholarship tu masih sangat rendah

sebab rasa diri ni x teror sangat mcm orang lain

tapi xpe sebab insyaAllah telah bersedia menerima sebarang kemungkinan
kalau dapat scholarship saya sambung, kalau tak dapat saya balik kerja

dua2 pun saya akan lalui dengan hati yang terbuka. insyaAllah. moga2

sebenarnya keputusan ni dibuat lepas lama saya berfikir

kadang2 kita buat keputusan ikut kehendak hati kita

buat keputusan taknak sambung master sebab hati kita rasa taknak sambung

jarang sekali nak istikarah

tahu tak betapa pentingnya istikarah ni?

betapa melalui istiqarah ni kita dapat mohon dengan Allah mana yang terbaik untuk kita

kita biasanya buat keputusan ikut ape yang akal kita fikir

sebab tu kita mudah menyesal

kalau kita buat keputusan dengan mohon pada Allah

insyaAllah Allah tunjukkan jalan terbaik untuk kita

kat sini perlunya sifat redha yang akan membuat hati tenang melalui jalan yang kita pilih

tak kira susah atau senang

hidup ni mudah kan kalau kita ikut apa yang Allah perintahkan kita buat

ikut isi al-Quran

sebenarnya hati sangat terkesan dengar apa yang seorang kakak ni cakap

Allah Maha Teliti dalam mengatur qadar untuk makhlukNya

kalau sehelai daun gugur dari pokok pada pukul 9 pagi tadi

pukul 9.02 pg daun tu berada 200 meter dari tanah

pukul 9.04 daun tu berada 100 meter dari tanah

dan pukul 9.06 pagi daun tu jatuh mencecah tanah

itu semua dalam ketetapan Allah

Allah dah tetapkan pukul berapa dan bagaimana keadaan daun tu

sangat teliti kan Allah aturkan qadar walaupun untuk sehelai daun

subhanallah. tak tahu nak cakap macam mana lagi T__T

kiranya sangat teliti la Allah aturkan sesuatu untuk kita

cuma kita kena selalu mohon dengan Dia keputusan yang terbaik untuk diri kita

tak perlu ada bimbang dengan masa depan

tak perlu ada rasa menyesal dengan masa lalu

sebab kita yakin tentang ketelitian Allah mengatur qadar untuk kita

yakinlah! kita pasti tidak akan bersedih.

rasa yakin tentang ketelitian aturan Allah inilah yang buat para sahabat Rasulullah s.a.w begitu kuat untuk membela agama Allah

dalam satu kisah Imam Syahid Hasan Al Banna yang mahu keluar berdakwah di hari raya

walaupun isteri beliau minta beliau untuk berada di rumah sebab anak mereka demam pada masa tu, beliau memujuk isteri beliau dengan satu ayat al quran

mengapa beliau punya jiwa jihad sekuat itu?

sebab beliau yakin, apabila beliau dah sempurna apa yang Allah perintahkan

insyaAllah urusan beliau yang lain (anak dan isteri) itu akan diuruskan Allah dengan secantiik cantik urusan

subhanallah. Mari memuji Allah sahabat :)

btw,hari rabu ni saya ada interview untuk master

dengan semua sensei2 gakka denki denshi sistem

semalam bincang pasal tema dengan sensei saya

banyak juga tema yang sensei susume kan

tiba2 rasa macam nak buat kenkyuu pasal sistem untuk train

nak ubah sistem train (KTM) di Malaysia

sebab biasanya orang akan cakap train malaysia ni sampai tak ikut masa la sume

tapi kalau complain je ape kelas kan? hihi

kena cuba usaha nak ubah sistem tu

amboi besarnye cite2!

xpe cite2 kena besar barulah langkah pun besar mencapainya

*saya sedang memotivasikan diri*

alang2 da kenkyu pasal sistem ni

nak try la tanya sensei kot2 boleh buat kenkyuu pasal sistem train ni
train jepun tak payah la nk dibandingkan

sebab memang sampai tepat pada masa yang dijadualkan
owh saya bukan nak agungkan jepun

bila duk jepun ni nampak la ketepatan train tu sampai dekat satu2 stesen tu

ok last skali nak letak gambar kenangan dengan soha dan ain

sebagai tanda terima kasih sebab mereka teman saya g amik borang master hari tu

*adakah saya poyo haha*


kawan selamanya n i love u fillah sahabat :)

Wednesday, June 8, 2011

yamaguchi>okayama>osaka>kyoto>osaka>okayama>yamaguchi>okayama

sebenarnya minggu lepas saya berjalan sakan



kalau sebelum ni tak pernah sampai yamaguchi



dalam masa tak sampai 2 minggu saya da sampai sana 2 kali



baru la perasan yang saye suka jugak jalan2 ni



dari yamaguchi saya pulang ke okayama



sebab ada zemi hari isnin tu



tamat je zemi terus ke okayama eki beli tiket nak ke osaka



ke osaka nak g jumpa sensei JAD yang datang Jepun



kalau kat malaysia akan jumpa syahril sensei waktu jogging



kali ni x jogging tapi teman sensei jalan2



kebetulan saye xde freshment seminar khamis tu



maka cuti bersambung la dari selasa sampai khamis



sebulan sebelum sensei datang sensei da cakap kat saya dia nak datang osaka



n tanya saya free x 31hb tu



kebetulan 31hb tu hari selasa dan memang xde ape2 kat lab



maka saya pun save the date ( betul ke english ku ni? T__T) untuk ke osaka jumpa sensei



maka bermula la sesi jalan2 pagi selasa tu



thanx pada fanni tolong guide jalan2



kami g outlet selasa tu



yang pasti memang saya yang shopping lebih dari sensei



padahal nak temankan sensei beli barang untuk wife n anak2 sensei



skali saya yang terbeli kasut baju sume >__<



esoknya teman sensei ke kyoto



jumpa budak2 ritsumeikan daigaku



wah happy dapat jumpa kouhai2 kat sana



tak sangka lame betul x jumpa diorang akhirnya jumpa jugak



khamis tu teman fanna bawa lecturer UIA jalan2



mereka suruh kami panggil mereka Makcik Nomi dan Makcik Azizah



kami ke Nara tengok rusa



rusa2 ni memang jinak tapi masa kami pegi tu rusa2 ni kelaparan



kami pon beli la senbei utk bagi rusa ni makan



skali kena kejar dengan rusa2 ni



uishh sempat jugak saye balas dendam dengan rusa ni









lepas tu kami ke taman bunga ros



wahh memang la wanita dan bunga tak dapat dipisahkan hihi



excited habis kami bergambar



yappari la semaju mana pun negara jepun ni



saya tetap suka pada alam semulajadi yang sangat menenangkan hati



Jumaat pagi tu pulang ke okayama terus ke lab



jumaat tu memang penat habis sebab sampai2 je terus g lab



dalam lab kena buli ngan sensei hihi tak buli pun



kena baca bunsho yang panjang dalam english dan nihonggo depan budak2 lab



takpe takpe saya suke =)



esoknya terus ke yamaguchi lagi



lepas yamaguchi pulang okayama balik



wah memang penat sangat



tapi bila kita jalan2 lihat alam ni



memang hilang penatnya kan



minggu ni insyaAllah tak kemana2



tapi x pasti lagi sebab saya ngan housemate saya suke kuar jalan2 tanpa dirancang



anyway sangat seronok jumpa sensei dan kawan2 sepanjang perjalanan saya yang panjang ni ;)

Sunday, June 5, 2011

Jangan Buli :(

Saya dalam perjalanan pulang ke Okayama;
Weekend indah di Yamaguchi sudah berakhir;
InsyaAllah apa yg kita dapat disana mampu jadi bekalan untuk kita berubah hidup dibawah naungan Al-Quran :)
Perjalanan ke yamaguchi?
6 jam 40 minit dalam train :)
Ape yang kami buat dalam train?
Mesti la tidur beramai2 hihi
Kalau tanya saya macam mana perjalanan ke yamaguchi, saya akan jawab SERONOK!
Sebab kami kesana untuk cari sesuatu :)
Plus pergi ramai2 dengan akhwat kesayangan saya :)
Semua orang berjaya mencipta gaya tidur tersendiri
Tak lupe juga yang berjaya ambik gambar kami tidur ^^;
aduh macam2 cite kami sepanjang 6 jam 40 minit dalam train tu
Yang pasti saya seronok sebab rasa perjalanan panjang ini bermakna sekali :)
Ni dalam perjalanan pulang
Saya da letih da tido dan buli senpai saya
Hihi xde la bukan buli sebenarnya
Tapi saya suka usik kak ijat yg saya panggil mama
Suka tengok mama saya ni gelak hihi
Tadi dalam train saya hampir2 mengalirkan air mata tengok sorang budak laki jepun kena buli dengan senior die;
Senior die sepak la, naikkan lutut ke kepala budak tu, baling bola kecik dekat biskut yang dipegang budak tu lepas tu biskut tu jatuh ke lantai lepas tu dia paksa budak tu makan pulak biskut tu >.<
ah saitei! saitei !>.<
budak tu pun lari pastu diorang sekat kaki budak tu terajang lutut budak tu ambik cermin mata budak tu letak kat mana2 entah
Bila budak tu lari senior tu ikut and duduk atas budak tu
Kesiannya.
Saya memang x boleh nak cover la muka marah saya ni
Saya tutup mata taknak tengok sebab tak sampai hati
Kesiannya >.<
akhirnya mata pun berair la tahan nak nangis
Saya tak boleh la tengok budak2 baik kene buli ke pakcik or makcik tua buat kerja berat2 ke tengok ape2 yang saya rasa saya sendiri x mampu nak lalui :(
Memang tak boleh sebab nak nangis >.<
ya Allah taknak jadi jahat macam senior budak tadi
Betapa orang tengok perkara tu dengan penuh kebencian
Ya Allah teringat muka budak tadi
Rase nak pegi dekat senior die tu cakap
やめてよ!やめて!
Tapi nanti saye plak yang kene buli
Ya Allah, tak mahu jadi orang jahat
Nak jadi orang baik!
Nak jadi orang baik!