Wednesday, February 16, 2011

ini yang terbaik~

Sekarang saya dalam shinkansen
Otw nak pergi kansai airport
Sebenarnya da beli tiket bus kul 5pagi tapi terlepas bus pulak
Terpaksa naik shinkansen :(
Sebenarnya saya speechless jugak bila terlepas bus
Smalam demam teruk n tumpang tidur rumah senpai saya
Sedar2 da pukul 4.30 pagi
Alamak! Kunci kereta tak mintak lagi dengan senpai kat atas
Memang mase tu saye x tahu nak buat ape da
Senpai bawak kereta dengan lajunya tapi x sempat jugak
Takut jugak sbb first time naik flight di kansai airport n sorang2 plak tu
Dengan keadaan badan yang tak berapa larat
Ya Allah terasa sangat diuji ketika ini
Tapi Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya di luar kemampuan
Mungkin untuk ketika ini, naik shinkansen pegi airport adalah cara yg terbaik buat saya
Saya tak tahu hikmahnya tapi yang pasti Allah tahu..:)
Banyak yg saya belajar seawal jam 5 pagi
Lepas ni kene betul2 alert pasal perkara2 penting
Menghadapi situasi ini dengan tenang dan senyum adalah jalan terbaik
Sebab pastinya ini yang terbaik buat saya ketika ini..:)
Ya Allah selamatkanlah perjalanan pulang saya ke Malaysia hari ini..:)

Monday, February 14, 2011

- jumaat malam akan dirindui -

pagi ni masih turun yuki di okayama......:)
alhamdulillah proses pindah rumah hampir siap
penat tu jangan cerita lah..memang penat
tapi saya yakin ada hikmah disebalik semua ni
sedar2 da nak balik da lusa kan
kalau x pindah rumah mesti seksa jugak menunggu hari balik kan :D
jom hafal lagu hadis kat bawah ni
sebenarnye dulu tak tahu sangat pasal lagu hadis ni
tapi sejak dalam usrah ada slot hadis, semakin banyak lagu yang diperkenalkan
mungkin saya memang orang yang suka music dan lagu
saya rasa lagi mudah hafal dengan lagu
menarik cerita disebalik hadis2 ni
menanti untuk belajar banyak lagi hadis
tapi kan, lepas balik jepun balik
suasana mungkin berubah
malam jumaat yang dirasakan sebelum ni mungkin akan bertukar suasana
sebab kakak naqibah da nak balik Malaysia
siyes sedih sebab tu jumaat hari tu saye tak lepas peluang borak2 dengan naqibah saya
ada rezeki mungkin jumpa lagi
cuma yang pasti memang akan rindu sangat2 suasana setiap jumaat malam yang saya rasa best sangat
tapi insyaAllah setiap yang hilang itu Allah akan gantikan dengan sesuatu yang terbaik lagi kan
tak sangka dekat jepun ni, tarbiyyahnya lagi terasa indah
saya tak tahu kenapa
dan itulah salah satu sebab untuk saya rase berat nak tinggalkan jepun ni
ni lagu hadis yang belajar minggu lepas..:)



Friday, February 11, 2011

-salji turun-

Hari tu kan cakap nak tengok salji turun kat okayama
Pagi tadi kan......
Salji turun kat sini!
Subhanallah da la pagi2 jumaat
Kebetulan si kembar fana fani-fani datang sini
Kami pon keluar la main2 kejap
Sikit je saljinye tak nampak pun salji jatuh kalau amik video
Tapi ok la sebab boleh tengok die memutih kat tanah n atas bumbung kereta senpai hihi
Kan da cakap hari tu, kuasa Allah jua yang menurunkan salji kat sini walaupun kat sini jarang turun salji hihi

Saturday, February 5, 2011

- jadilah apapun -

huh! baru balik dari kelas
hari sabtu pun ade kelas
padahal subject ni dah exam da
sensei buat kelas sebab nak cukupkan jam belajar kot :D
saikin rasa x larat nak berbasikal
asyik semput je kalau naik bukit daigaku tu
tibe2 saya rasa da puas duk jepun
setahun rasa macam lama sangat da
apatah lagi dua tahun kan
sambung master lagi la tak mungkin
insyaAllah pulang bekerja sebagai engineer 2012 nanti..:)
rasa macam tak larat da nak belajar n berhadapan ngan exam da
penat sangat sejak skolah rendah lagi duk jawab exam je keje
rasa tak mampu da nak tahu banyak2 sangat pasal engineering ni
tetibe rasa nak belajar bahasa je..
boleh ke eh balik malaysia belajar pasal bahasa
bahasa melayu pun ok, bahasa Jepun pun ok, english pun ok.
kawan saya kata rugi la sebab selama ni belajar engineering penat2
betul jugak, kalau nak ingat balik pernah belajar n buat report sampai tak tidur semua
memang memenatkan, memang saya tak nafi
ada juga kawan kata, nak jadi apa pun boleh asalkan beri manfaat kepada orang lain
yang ni pun betul jugak kan..
kalau saya amik bahasa, boleh ajar orang lain pasal bahasa
tapi saya da tetapkan matlamat saya da
lepas grad ni memang saya nak balik kerja di malaysia
masa tengah2 kerja tu mungkin boleh cari peluang untuk sambung belajar ke
yang pasti saya tak sambung belajar pasal engineering
tapi nak belajar tentang bahasa
mungkin satu langkah ke arah merealisasikan impian saya
nak hasilkan sebuah buku nukilan saya sendiri.:D
bukanlah saya tak ikhlas belajar engineering sekarang
sudah diaturkan Allah saya belajar engineering di jepun
xpe saya akan usaha abiskan setahun lagi
tahun depan dah masuk lab
buat research pasal keisoku seigyo
mungkin sesuatu yang baru untuk saya pelajari
takpe, jalan apa pun yang kita pilih
tekadkan niat untuk tidak menyesal
sebab sebenarnya semuanya telah di atur oleh Allah
cuma kita yang tak tahu
tapi kita boleh berusaha mencari sesuatu yang terbaik untuk diri kita
jadilah apa pun, jangan lupa cari redha Allah s.w.t :)