Wednesday, May 25, 2011

- morning walk dan hari indah -

Selamat hari rabu okayama :)
pagi tadi kan saya bermorning walk dengan ain :D
sebab rasa da lama tak exercise!
kul 6 pagi lebih2 sikit tadi kami pun stat la bermorning walk
cuba teka pukul brape kami sampai rumah balik?
tetttt masa da tamat (gaya yus raja lawak :D)
kami sampai rumah dalam pukul 7.48 pagi tadi
memang jauh pun kami jalan
saya nak share sesuatu dengan anda
morning walk adalah satu senaman yang sangat menyihatkan badan
buktinya lepas balik rumah tadi terus da tak ngantuk
dan hari ni saya tak tidur di siang hari
ape2 pun kalau buat aktiviti2 sihat ni mesti tak boleh lari dari angan2 nak jadi kurus
uwahhh pegi la angan2 kosong. saya tak boleh berangan saya nak kurus
sebab nanti saya akan rasa saya semakin gemuk.
tapi amalan minum green tea masih diteruskan sampai hari ni alhamdulillah :)

satu lagi perkara menarik nak share hari ni
hari ni saya tengok cerita yang bukan bahasa melayu
hihi saya kan tak suke langsung cite yang bahasanya selain melayu
dulu ade satu cerita jepun saya tengok sebab konon2 nak tanamkan minat dengan cite jepun
last2 memang sampai sekarang saya hanya mampu tengok 3 episod drpd 13 episod
yabai la jugak nak mengimprovekan bahasa jepun ni
berbalik kepada cite tadi
sebenarnya dapat tahu daripada facebook
ramai kawan di facebook duk share link yang sama
skali saya pun klik
uhh bukan cite melayu (hampir nak close tab)
lepas tu tergerak hati nak tengok sikit lagi
bahasa Turki tapi ada subtitle english
rupa2nya tu la cite yang senior saya pernah cakap dulu
ada orang turki buat cite pasal kekejaman Israel di Palestin.
wah saya pun menguatkan semangat nak tengok
berjaya juga tengok sampai habis
sebab cerita ni sangat best. tak boring langsung
osusumedesu!



kalau nak tahu macam mana jahatnya zionis pada saudara kita di Palestin tengok la cite ni
part paling menyentuh hati mestilah part zionis ni runtuhkan rumah keluarga pejuang palestin ni n masa tu ada sorang budak lelaki lumpuh nama Ahmed dalam rumah tu
lepas rumah tu musnah ada sorang makcik tua ( tak sure kankei die dengan Ahmed) cari2 Ahmed ni
Ya Allah sedihnye masa tu T____T
tengok lah. tak rugi sejam 45 minit anda insyaAllah
satu movie yang harus dilihat dan difahami dengan mata hati
supaya kita tahu sekarang kita sedang buat apa disaat zionis sedang menzalimi saudara seagama kita
please! please! pray for Palestin! pray for Islam!
MyEm0.Com


Tuesday, May 24, 2011

- saya suka Jepun (1)-

Tadi kan saya terfikir
Orang Jepun ni baguskan
Kalau la semua orang Jepun ni da faham Islam, saya rasa ada kemungkinan untuk mereka berhenti seketika waktu bekerja untuk solat jemaah ramai2 bila masuk waktu solat
sebab orang jepun ni kan sangat menjaga kualiti masa mereka
tapi saya rasa yang jaga kualiti masa ni adalah orang jepun yang umur 30 ke atas sebab anak2 muda jepun ni macam tak jaga sangat je kualiti masa diorang :D
Besar sangat kan harapan nak tengok negara jepun ni jadi negara Islam
tapi tak ade perkara yang mustahil kan kalau kita betul2 bekerja ke arah itu cuma tempoh masa yang nak diambil mungkin agak lama
tapi kan saya rasa bila orang jepun ni dah faham Islam, mereka mesti mampu jadi orang Islam yang baik
Tengok la moral orang-orang jepun ni
masa tsunami melanda miyagi beberapa bulan lepas tu, mereka masih boleh beratur tunggu giliran nak beli ape
kalau mereka semua ni jenis yang pentingkan diri sendiri, mesti da berebut2 kan masa nak beli tu sebab takut tak sempat beli ke, takut makanan habis ke
owh kalau kakak dengan abang saya baca entry ni mesti diorang buat muka dekat saye sebab dekat rumah kan kalau saya cerita pasal moral orang jepun yang bagus ni mesti abang dan kakak saya cakap
" puji la orang jepun tu..." (sambil sengih2 perli)
haha tapi saye tak kisah
saya cakap datang lah duduk jepun lelama sikit baru la tahu macam mana moral orang jepun ni
tapi xpe sebab family saya tak tahu pun yang saya ada blog hihi
entry kali ni saya nak cite apa yang saya suka tentang Jepun.

1. Saya suka Jepun sebab kalau beli hadiah kan, tak payah beli kertas cantik2 nak balut hadiah kita tu sebab kedai kat sini ( okayama la) da sediakan kertas cantik untuk balut hadiah kite tu. just cakap nak bagi dekat kawan or emak, diorang akan uruskan designnya macam mane sume free of charge. saye suka mungkin sebab saya suke beli hadiah kot jadi rasa sangat berbaloi lah selama berada di jepun ni. Kalau beli hadiah mother's day kan die siap letak sekuntum bunga merah lepas da siap balut hadiah tu. saye suka mak saya pun suke =)

2. Saya suka Jepun sebab kalau kita sesat ke tak kenal tempat yang kita nak pergi ke, tanya je orang jepun ni diorang akan tunjukkan kita macam mana nak pegi sana dengan bersungguh2. Ada pakcik tu siap nak jalan sama2 hantar g tempat yang kita cari. Ni orang okayama la. orang dekat kawasan lain saya tak tahu :D

3. Saya suka Jepun sebab train dan bus dia sampai tepat pada masanya. Kiranya kalau kita ada janji ke nak g mana2 kita boleh la plan mengikut waktu train dan bus sebab kemungkinan untuk train or bus tu sampai ke destinasi mengikut apa yang kita da plan adalah tinggi. :D

4. Saya suka Jepun sebab kat sini keutamaan diberikan kepada orang yang naik basikal. Kalau tengok lampu isyarat dia ni memang lampu isyarat untuk orang yang berbasikal berfungsi dengan jayanya dan terasa macam diberi keutamaan je sebab even kita sorang yang nak melintas pun kereta2 terpaksa berhenti, :D

5. Saya suka Jepun sebab kalau pegi bank ke, post office ke kalau kita tak tahu nak buat apa-apa pekerja dia akan ajar kita sampai selesai urusan kita.
" Ala memang la sebab orang luar. diorang paham la kita tak tahu ape2."
salah tu kalau anda fikir macam tu, sebab even orang jepun pun tak tahu ape2 ke pekerja dia akan ajar sama macam diorang ajar kami2 ni.:)

sampai sini dulu la cerita saya pasal Jepun ni
nanti kalau ada ape2 yang saya suka lagi saya buat entry lain pule :)
hurmm saya suka jepun
duk dua tahun ok la kot
kalau duk lama2 tak kot :D
MyEm0.Com

Wednesday, May 18, 2011

- saya kena faham -

Saya kena faham dan kena terima satu perkara;
" Manusia tidak akan mampu buat keputusan tanpa pertolongan dari Allah s.w.t. Sekuat mana pun kita cuba kuatkan hati kita dengan keputusan kita, aturan Allah pasti akan mendahului. Hakikatnya satu, manusia perlu hidup untuk Allah dan ketepikan segala keinginan dan cita2 yang menuju keduniaan."

Masa depan saya Allah dah aturkan secantiknya. Mari lalui hari2 mendatang dengan tenang dan tersenyum :)


Tuesday, May 17, 2011

- kemanisan iman-

Kemanisan iman mengatasi segala kemanisan dunia dan isinya.
Sayidina Abu Bakar r.a berkata:
" Sesiapa yang telah mengecapi sebahagian daripada kemurnian cinta kepada Allah s.w.t, maka hal itu akan menyibukkannya daripada mencintai dunia dan mengasingkan diri daripada seluruh cinta manusia."
- petikan solusi 30

Yappari membaca itu membantu kita menambah ilmu pengetahuan. Astaghfirullah, lama da tak baca buku ilmiah. Bila baca ni rasa banyaknya dosa bila banyak bicara perkara sia2.
Moga Allah masih memandang saya dan mengampuni dosa hamba-Nya.
Jom kawan2! Kita banyakkan baca buku ilmiah. InsyaAllah tak rugi sedikit pun wang beli buku ilmiah, tak rugi sedikit pun masa bila kita baca buku ilmiah dan tak rugi sedikitpun masa bila kita kongsi dan sampaikan pada orang lain.
Pergi lah wahai cinta pada dunia!
Pergilah wahai cinta pada manusia!
Aku teringin merasa nikmat cinta buat Allah dan Rasul-Nya semata :)

Monday, May 16, 2011

- Selamat Hari Guru -

Lokasi : Tadika Kemas, Dungun.
* pakai baju petak petak merah putih dengan kain biru gelap* pegi kelas arwah ayah hantar dan amik * setiap hari mak bagi duit rm1 untuk bagi dekat cikgu untuk masuk tabung simpanan saya* hari grad tadika dulu cikgu bagi duit simpanan saya* saya masih ingat jumlah wang tu, rm126* cikgu yang mengajar saya nama Cikgu Tie* dia baik dengan family saya* alhamdulillah bila da berusia 22 tahun ni diberi peluang salam cium tangan cikgu Tie masa cuti haru hari tu sebab dia datang majlis kawen kakak saya*

Lokasi : Sekolah Kebangsaan Balai Besar, Dungun.
* darjah satu kelas 1 Amanah* bila exam akhir tahun dapat nombor 3 yeayyeay!* hari paling suka adalah hari sukaneka* latihan bola jaring dengan cikgu hanidah sangat taihen sebab cikgu garang tapi garang mase ngajar je la hihi* bola baling suke juge sebab dapat team bola baling yang best* banyak kali kene cubit perut dengan cikgu Maimun yang ngajar sains sebab lupa bawak buku teks* walaupun sakit saya tetap sayang cikgu* cikgu la yang pertama panggil saya Pujiahhh* tuisyen rumah cikgu pun best walaupun cikgu tegas dan agak garang* hihi* sir maulud paling best* kelas english bestnya tiada tandingan* tuisyen umah sir pon best walaupun malam2 banyak cite yang saye xleh tengok kat tv sebab g tuisyen*sob3* alhamdulillah berkat jasamu guru saya dapat 5A UPSR*

Lokasi : Sekolah Menengah Sains Pasir Putih, Kelantan.
*mula terpisah dengan family* sob3 * masa form 1 kelas 1 khadijah* amik bahasa Jepun* Ya Allah masa tu tak minat langsung bahasa Jepun* ape benda la namanya hiragana katakana ni* mase form 1 ustazah baling buku nota saye sebab saye tersengguk dalam kelas dia dan tak salin sikit nota dia* cuaknya masa tu* tapi sampai sekarang saya ingat ustazah ni dan ustazah pun ingat saya hihi* sebelum fly ke Jepun sempat call dia dan dia banyak bagi nasihat dan pesanan* mase form 1 ni jugak sangat minat dengan sorang cikgu sains ni* bila nampak dia ngaja kelas sebelah mesti doa dalam hati moga2 tahun depan tu dia ngaja saya jugak* tak sangka la bila naik form 2 cikgu ni ngaja sains kelas saya* hati berbunga2 tiap kali kelas sains haha* tapi xlah minat lebih2 sebab cikgu tu da kawen*keciknya dunia bila dapat tahu yang cikgu tu adalah paksu kepada kawan JAD saya* hihi* banyaknye buat salah bile da naik form 2 ni* bila ada Anugerah Juara Lagu tak pegi prep sebab g tengok tv umah warden* sayang cikgu Shidah, guru library yang sangat baik* time ade Anugerah Bintang Popular pun lari umah warden jugak* aish banyak nye kesalahan* mase hari guru ade dikir barat+boria untuk guru2* time KOT paling best rase sehat dan kurus sebab main sukan je hihi*

Lokasi : Kompleks Rakan Muda, Klang.
*tak sangka dapat masuk kursus intensif ni* tak sangka dapat masuk persediaan ke Jepun* sensei2 kelas Jati memang terbaik la* best je time kelas * sensei ajar pun senang nak paham* dalam kelas time sensei ngajar mata memang ngadap dewan makan so dekat2 waktu rehat tu mata dah beralih ke dewan makan* gomen ne sensei* nak sangat kumpul satu kelas jati dan jumpa sensei2 n teacher2 yang ngaja masa KRM*

Lokasi : Unisel
* Masa ni under program JAD* tak tahu la kenapa bila teringat mula2 nak masuk JAD ni terus teringat pada Arba'in sensei* sebab masa mensetsu nak masuk JAD, saya kena mensetsu dengan Arba'in sensei* tak tahu la kenapa sepanjang mensetsu tu perkataan paling banyak saye sebut adalah 'washing machine'. ade ke saye jawab di masa depan nanti saya nak majukan penggunaan washing machine lah ape lah* aghh malu ngan sensei bile teringat kegagapan masa mensetsu* dalam banyak2 peringkat kehidupan, time ni dirasakan paling seronok dan bermakna* mula2 takut juga nak melalui alam universiti ni sebab penah dengar cite lecturer universiti tak macam cikgu sekolah time mengajar tak tanya pun paham ke tak ke lepas mengajar terus keluar kelas* aduh! kalau betul2 macam tu susah la kan sebab da biasa dengan cara cikgu yang ngaja n tanya kita paham ke x* kalu tak paham boleh tanye terus* TAPI bila masuk JAD ni semua cite tu tak boleh pakai da* sebab sensei JAD memang the best la!* time ngaja sensei2 tanya paham ke x sume* macam dekat skolah dulu2* sebab tu la best* sensei sangat best dan sporting* bila masuk kelas tu rasa best je* tak rasa takut2 ke* cuma banyak mengantuk la sebab kelas full hari2 kan* gomen ne sensei* hehe* teringat la masa matrik dulu begitu cuak sekali bile tibe kelas fizik haha* kelas pun da cuak bila ada test xyah cakap la tahap kecuakan* tapi suka la cara azrul sensei didik kami2 semua* baru la kami2 ni berusaha lebih sikit* kecomelan mizuno sensei memang takleh lupe* mase kelas denki kairo kami2 yang no. JAD 9 kat blakang paling banyak kot kena panggil jawab soalan kat depan* fufu natsukashinye jugyo mizuno sensei* kelas nihonggo memang paling best la* kelas Hasparina sensei, Rohani sensei, dan Ishibashi sensei paling best* rasa macam disayangi je kalau masuk kelas sensei sebab mereka caring dan yasashi* sensei2 nihojin pun best2* hihi*sangat best bila ade majlis hari raya ke sebab sensei2 jepun suka pakai baju melayu dan baju kurung :) * tak lupa juga aktiviti jogging bersama shahril sensei* aktiviti menguruskan badan tapi sampai jepun sudah gemuk balik sob3*sensei JAD, satu antara seribu :):):)* balik haru hari tu sempat jumpa ramai sensei2 JAD* sensei2 tak lokek dengan senyuman mereka* sayang lah sensei2 JAD saya :D

Lokasi : Okayama Rika Daigaku
* Alhamdulillah, tak sangka sampai Jepun sudah*sensei2 baik* caring dengan student Malaysia* masa kelas pun senang faham cara sensei ngaja* alhamdulillah sekarang sudah tahun akhir* alhamdulillah dapat sensei kenkyu yang baik, baik dan baik.* sensei kenkyuu saya sangat baik* rase bersalah plak sebab penah menyesal pilih lab ni dulu* sekarang tak nyesal da sensei* saya suka kenkyuu saya* insyaAllah nak jadi student yang baik untuk sensei* mou sukoshi gambarimasu!*

Dari tadika sampailah sekarang sudah tahun akhir di universiti;
alhamdulillah membesar dengan bantuan didikan daripada guru;
terima kasih guru;
sudi jadi pendidik buat kami yang butuh ilmu;

Selamat Hari Guru untuk semua insan yang bergelar guru;
semoga Allah melimpahkan sebaik-baik rahmat buat insan mulia bergelar guru;
mohon maaf salah silap sepanjang jadi student;
banyaknye buat salah dulu, sob3
kini sedang belajar menjadi insan yang lebih matang dalam kehidupan;
doakan saya cikgu2 :)
saya teringin nak jadi cikgu juga suatu hari nanti;
cikgu tadika pun xpe :) hihi

untuk insan bergelar guru,

Tuesday, May 10, 2011

-kisah pisang goreng dan baito-

ni goreng pisang saya buat tadi
saja nak tunjuk sebab first time try buat goreng pisang
lepas reka resepi sendiri
maka terhasillah goreng pisang kat atas tu
oishikatta! (sedap!)
oh saya memang suka puji masakan sendiri!
sebab kalau puji nanti baru semangat nak cuba resepi baru lagi
beli pisang masa keluar cari baito (part time job) dengan ain tadi
yeah. saya sedang cari baito ni
untuk menjayakan misi membawa pulang sebiji kereta untuk diri sendiri bulan 3 2012 nanti
insyaAllah;
tapi macam x sempat je nak kumpul duit sepenuhnya ni
sebab tu la nak mula berjimat dan cari baito
moga2 dapat baito dan leh tambah duit sikit
kalau x sempat kumpul jugak
maknanya kene buat pinjaman peribadi la dengan abang saye sikit :D
tiket flight pulang cuti natsu (summer) pon selamat dibeli
alhamdulillah :)
tapi ni malas nak beli tiket awal2 ni
sebab bile da beli tiket mula la nak mengira berape hari lagi nak balik
uish. kene ganbatte kat sini dulu ye :)
doakan saya mampu berjimat!
doakan saya dapat baito untuk mengisi masa lapang!
jya ne nak sambung cari baito dengan ain dekat internet.
susah jugak nak dapat baito ni
sebab bukan semua baito yang kita boleh buat kan
kena teliti jugak jenis baito semua
kalau berkaitan dengan makanan x berani la nak buat
sebab makanan kat sini tak semua halal kan
so tak boleh la keje tempat yang jual makanan tak halal sebab hasil wang tu diragui jugak kan
kerja dengan konbini pun banyak tapi tak boleh buat jugak sebab kalau orang beli arak ke benda2 yang haram ke kalau kita tolong jualkan nanti dapat 'share' jugak kan :)
sebelum fly dulu ustaz pernah cakap yang kalau nak buat baito kena hati2 sebab kita baito nak cari duit tambahan bukan kita darurat ke terpaksa ke
so tak boleh la buat kerja2 yang diragui hasil pendapatannya :)
ingatan untuk saya sendiri juga;

"niat tak menghalalkan cara"


Monday, May 9, 2011

pesan kakak (2)

seorang kakak pernah berpesan
apa jua masalah yang sedang kita hadapi
sebenarnya bukanlah datang dari pengaruh-pengaruh luar
sebenarnya ia datang daripada sikap kita sendiri
contohnya masalah suka tidur lepas solat subuh
ia sebenarnya datang dari sikap kita yang tidak mahu mujahadah
boleh je kalau lepas subuh tu kita buat kerja2 yang bergerak macam jemur kain ke, sapu bilik ke, lipat baju ke supaya kita tak ngantuk lepas subuh tu
masalah tidak cukup masa yang kita hadapi pun berpunca daripada sikap kita yang tidak pandai mengatur masa sebaiknya
hatta masalah berat badan sekalipun datang dari sikap kita yang tak jaga pemakanan
jadi kalau ada masalah tak boleh merungut da
sebab rata-rata masalah datang dari sikap kita sendiri
jazakillah kakak :)
saya akan sentiasa ingat pesan kakak
bertemu kakak di Jepun ni buat saya rasa sedikit termotivasi :)
tak kiralah apa pun masalah kita
mohonlah pada Allah Yang Paling Mendengar doa hamba-Nya
cuma kita kadang2 tersilap
bila kita punya masalah, kita mudah luahkan pada selain-Nya
yang belum tentu mampu buat kita tenang selepasnya
sedangkan Allah sentiasa menanti hamba-Nya merintih pada-Nya
mari motivasikan hati!
walaupun rasa kecewa sentiasa mendahului rasa redha
walaupun rasa nak merungut akan sentiasa mendahului rasa nak bersabar
bersabarlah dengan kesabaran yang baik
even tak boleh berfikiran positif pun untuk keadaan sekarang
cubalah untuk merasa teringin menikmati nikmat sabar dan redha
kita kan hidup untuk Allah
even ikan, semut dan laron pun hidup kerana Allah
inikan pula kita yang punya hati dan akal untuk berfikir dan memahami :)


Friday, May 6, 2011

Pesan Kakak

Teringat pesan seorang kakak beberapa hari lalu;
Dalam apa jua yang kita lakukan, lakukanlah dengan penuh taqwa kepada Allah s.w.t;
Ya, satu saja yang menjamin kebahagiaan dan ketenangan hidup kita di dua daerah berbeza, daerah dunia dan daerah akhirat, ianya adalah hubungan dengan Allah;
Jazakillah kakak;
Saya pilih jalan ini,
Walaupun ia terlihat asing,
Saya tidak berharap pada yang lain kerana yang mahu saya raih adalah redha Dia,
Satu harapan saya,
Moga saya thabat atas jalan ini,
Amin Ya Rabbal Alamin

semutmerah;
dalam train ke rumah Hanis :)