Wednesday, July 14, 2010

- kimatsu mendekat; carilah kejayaan yang hakiki-

kimatsu shiken ( final exam) makin mendekat;
buat bonda tersayang; dOakan anakmu tenang menjawab dan berjaya menjawab.
buat abang2 tersayang ; dOakan adikmu tak bimbang sangat.
buat kakak2 tersayang; dOakan adikmu sentiasa mengingat Allah dalam apa jua situasi sekalipun.
buat adik yang sorang; dOakan kak sempat belajar sume n betul2 ready utk exam.
e.x.a.m!
ye. ia semakin mendekat. tak sampai sebulan pun lagi
tapi petang2 begini seusai study boleh juga ambil masa update blog
setiap kita mesti mahu result cemerlang
kalau boleh semua A+
kalau boleh nak prepare belajar sampai tak tidur
kan? sebab tu lumrah manusia. inginkan kejayaan.
namun, result yang cemerlang itu menjadi tidak bermakna
hanya sehelai kertas semata-mata
disentap, koyaklah ia;
disiram air pecahlah dakwat pada kertas itu;
ia jadi tidak bermakna jika kejayaan itu tidak memberi apa2 makna untuk kehidupan hakiki di akhirat

SAYA DIDIDIK.....
saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana
dan saya sangat bersyukur dengan cara mak dan arwah ayah mendidik
sejak kecil, mak dan ayah tidak pernah lambat membayar yuran sekolah
walaupun hidup kami sederhana, bukan orang senang
tapi mak dan ayah saya percaya bahawa pendidikan mampu membuat anak2 mereka menjadi orang berguna
jadi biar hidup bersederhana, asalkan yuran sekolah dibayar dan pelajaran anak2 tidak terganggu
kerana disekolah itulah anak2 mereka dididik ilmu dunia
dan disekolah juga ada didikan agama selain dirumah.
tapi ibu bapa saya tidak pernah buatkan jadual belajar ke untuk saya
mereka tak pernah suruh saya duduk depan mereka dan belajar
tapi
cukuplah anak-anak melihat sendiri bagaimana usaha mereka
untuk pastikan anak2 selesa belajar, makan minum cukup
pakaian ke sekolah bersih dan bergosok
kami dididik untuk berfikir dan menghargai
apabila kami berfikir, maka ia buat kami adik beradik berusaha belajar
mak dan ayah tak pernah paksa kami belajar, tapi apabila mereka tanya " keje skolah da buat ke belum?" tu tandanya mereka suruh kami belajar.
mereka tak pernah suruh kami ulangkaji pelajaran, tapi bila mereka tanya,
" periksa bila? kata nak dapat no. 1 dalam kelas." ia cukup membuat saya faham yang saya kene buat ulangkaji supaya dalam exam saya cemerlang.
sebab kami adik beradik hormat pada mak dan ayah
mereka mendidik melalui hati, bukan melalui paksaan
sebab itu bila ayah kata " waktu maghrib jangan buka tv. " kami adik bradik tak akan berani buka tv sampailah tiba waktu siaran buletin utama
kalau nak ikutkan, kami boleh je nak buka bila ayah ke masjid waktu maghrib
tapi ayah mendidik kami berfikir bukan mengikut arahan tapi bila berfikir dan rasa hormat itu timbul, ia membuat kami mengikut arahan.

SEBAB ITU.....
sebab itu bila da dewasa, saya tidak boleh terima unsur-unsur paksaan dan desakan dalam diri saya
apabila bab belajar, saya mengaku saya bukan orang yang 'gila belajar'
saya bukan orang yang terlalu ghairah memahami sesuatu
saya tidak boleh paksa diri saya belajar waktu saya tidak boleh belajar
sebab tu kalau saya tengah buat maths, orang tanya pasal physics, saya jadi ralat.
saya bukan orang bijak. sampai ke Jepun pun sebab dipanjangkan rezeki dan ditambahkan sedikit ilmu dalam hati oleh Allah s.w.t
sebab itu bila orang asyik bertanya;
"kau da siap itu? "
"kau dah siap ini?"
saya jadi ralat dan saya menjawab. tapi jika orang masih bertanya dan bertanya, kemarahan dan rasa tertekan itu wujud dalam diri dan kadang2 membuat saya tak jawab pertanyaan itu
sebab itu saya rasa macam saya nak hidup dengan semut2
sebab saya rasa cara saya banyak buat orang lain terluka
sebab kalau belajar, saya tak sama dengan orang lain
kalau saya rasa saya nak belajar malam saya belajar malam
kalau saya rasa nak tidur dulu n belajar lepas subuh, saya buat begitu
sebab saya pun manusia juga
dan saya juga ada matlamat hidup saya sendiri
belajar di luar negara membuat kita perlu dan kena berdikari

MAAF, SAYA TIDAK SUKA DIPAKSA
kadang2 saya rasa 24 jam kehidupan saya ni dalam sehari
24 jam juga saya perlu mohon maaf pada orang sekeliling
sebab mungkin cara belajar saya membuatkan saya gagal membantu yang bertanya
namun jauh di sudut hati, kalau boleh saya nak belajar bersama kawan2
tapi macam saya kata, saya punya masa belajar yang berbeza dengan orang lain
pernah saya join study group bersama rakan2 di JAD dulu
tapi di pertengahan belajar, saya tertidur sebab mind set saya
"malam ni nak tido awal dan esok nak bangun awal belajar"
mungkin orang memandang cara belajar saya tidak bagus dan bukan gaya pelajar cemerlang
tapi saya yakin pada diri saya dan saya tahu apa yang saya buat
kalau report kene hantar selasa petang
saya akan buat report itu bila2 masa saya mahu asalkan selasa petang saya hantar report itu.
dan keyakinan dan pengharapan sebenar hanya diletakkan pada keizinan Allah s.w.t
maaf, saya tak suka dipaksa
walaupun saya bukanlah seorang yang sangat pandai
tapi alhamdulillah kerana Allah meletakkan saya disini sekarang
sekurang-kurangnya saya diberi ilmu dan kekuatan untuk meneruskan pengajian saya
walau dengan kejayaan yang sederhana
dan secara jujur saya juga ingin menjadi orang yang sangat berjaya sebenarnya
tapi janganlah kehendak dan impian mendesak kita menjadi kita yang lain
kerana saya suka kata-kata ini;
"no.1 にならなくてもいい、もともと特別な only one"
ape maksud kata2 ni?
tengok dekat video kat bawah ye :)

SILAKAN
mahu kritik cara saya? silakan
saya selesa begini
kerana saya yakin. kejayaan yang saya miliki sekarang tidak akan berlaku tanpa izin Allah
kerana saya yakin. jadilah apa pun asalkan di bawah redha Allah.
sebab saya yakin cara saya asalkan saya tidak menyusahkan orang2 sekeliling saya
kalau dah keje berkumpulan, memang tiada cara lain melainkan saya kene bersedia bekerja bila-bila masa mengikut masa orang lain juga.
dan yang paling penting, kerana saya yakin dengan cara mak dan ayah mendidik saya.
cara mereka mendidik tidaklah sempurna dimata semua orang
tapi cukup sempurna dimata kami adik beradik
kerana dengan keizinan Allah juga, Alhamdulillah kami 10 orang membesar dengan baik, 8 orang sudah punya pekerjaan masing2 dan hanya tinggal saya da adik yang sedang belajar
insyaAllah tahun 2012 bertambah lagi seorang engineer dalam keluarga :)
kalau ikutkan mak saya, dia teringin tengok seorang anaknya jadi guru
tapi apakan daya minat anak2 dalam bidang lain tapi mak tak pernah memaksa
asalkan anak2 pandai berfikir
mak dan ayah dah bagi peluang belajar ilmu dunia dan akhirat
jadi kene pandai jalani hidup dan jaga maruah diri

CARILAH KEJAYAAN HAKIKI
kejayaan yang sebenar itu adalah kejayaan menuju syurga Allah
Allah berfirman;
"Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya. Barangsiapa menghendaki pahala dunia, nescaya Kami berikan kepada mereka pahala dunia itu, dan barangsiapa menghendaki pahala akhirat, Kami berikan pula kepadanya pahala akhirat, dan Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang bersyukur." ( Al-imran : 145)

jadi kejayaan kita dalam exam biarlah kejayaan yang membawa kita lebih dekat kepada Allah
kerana tiada yang layak mengizinkan kejayaan itu berlaku kecuali Allah azza wajalla
semoga Allah memberi kejayaan kepada saya dan rakan-rakan
semoga kejayaan yang dikecapi meninggikan rasa syukur kami kepadaNya.
carilah kejayaan hakiki :)

* masa seakan tidak memberi izin lagi kepada saya meneruskan kata2 di semut merah
* masa seakan-akan membuatkan saya rasa mungkin ini post terakhir sebelum exam
* keadaan juga seakan mengizinkan saya mencoret kata "maaf" andai ada terkasar bahasa, tersilap perilaku. maaf sekali lagi


2 comments:

  1. ohayu gozaimasu...

    gud lark gee...

    doakan ak jugak...

    nnti da berjaya,famous ckit kg paya ngn kg darat pak chan...hik3....

    P/s;marah kamu msh berpanjangn ye...let it go..InsyaAllah,stp cabaran dlm hidup pasti ad hikmah tersembunyi...

    ReplyDelete
  2. @fanny : hihi. time kasih fani :) saye mane ade maroh la adik, cume marah diri sendirir je.
    shiken ganbatte ne:D

    ReplyDelete

sugar(s)