Monday, July 5, 2010

-hadith logam-

assalamualaikum
alhamdulillah masih diberi nafas hari ini
sebagai menjawab soalan " orang dok paham "
yang bertanya di shOut mix tempoh hari tentang hadith logam
insyaAllah moga-moga Allah memberi kekuatan dan sedikit ilmu
untuk menerangkan tentang hadith kegemaran saya ini
"manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliah terpilih juga mereka ketika Islam, sekiranya mereka faham."(sahih Bukhari)
mula2 kita fahamkan dulu tentang logam
logam mempunyai sifatnya yang tersendiri
contohnya berkilau, mulur dan mudah ditempa
sifat2 logam ini tidak akan berubah.
kita berbalik kepada manusia
kenapa manusia diibaratkan seperti logam?
kerana manusia juga ada sifat2 tersendiri
dalam hadith ini terdapat dua jenis logam
logam jahiliah dan logam Islam
tetapi sifat logam itu sendiri masih belum berubah

MANUSIA
manusia juga punya sifat tersendiri
yang membezakan adalah bagaimana sifat itu di aplikasikan
kalau manusia itu jenis yang banyak bercakap
jahiliahnya mesti dia banyak bercakap perkara2 lagho
tetapi apabila dia sudak faham Islam
pasti dia gunakan sifat 'banyak cakap' itu ke arah islam
mesti die lebih banyak bercakap tentang ibadah
kerana dia faham Islam menyeru penganutnya menggunakan mulut untuk mengucapkan sesuatu yang berfaedah
jika dilihat, sifat manusia itu masih tidak berubah
yang membezakan ke arah mana sifat itu digunakan

SAIDINA UMAR AL_KHATAB
Saidina Umar al-Khatab merupakan contoh terbaik
jauh berbeza bagaimana Umar ketika Jahiliah
dan bagaimana pula Umar ketika Islamnya
kita mengenali Umar kerana sejarah menceritakan betapa Umar memiliki sifat garang dan berani
dimana zaman jahiliah Umar begitu memusuhi Nabi s.a.w
tiadalah manusia yang paling dibenci ketika itu melainkan insan bernama Muhammad bin Abdullah
akibat tidak tertahan dengan perkembangan Islam, Umar bertekad mahu memenggal sendiri kepada Nabi s.a.w tetapi semasa dalam perjalanan beliau diberitahu bawaha adiknya dan iparnya telah beriman
lalu Umar pergi ke rumah adiknya lalu ditampar adiknya sehingga tersembur darah dari mulut adiknya
ketika melihat darah keluar dari mulut adiknya
Umar diberi hidayah untuk kembali berfikir secara rasional
untuk melihat dan membelek apa sebenarnya yang cuba disampaikan oleh insan semulia Nabi s.a.w
" Toha, kami tidak menurunkan Al-Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah, tetapi sebagai peringatan kepada orang yang takut (kepada Allah)..(surahToha : 1-3)
hanya dengan tiga potongan ayat, hati umar menjadi lembut.
hatinya terbuka disinari cahaya hidayah Allah.
dan bagaimana Umar apabila dia beriman?
Umarlah insan yang terang terangan mengishytiharkan keislamannya
Umarlah insan yang mengajak Rasulullah untuk tampil menegakkan kebenaran
Dia berkata kepada Rasulullah : Ya Rasulullah, bukankan kita adalah yang benar?"
Rasulullah menjawab : "Ya"
Umar menyambung : " maka marilah kita keluar, beribadah secara terang-terangan"
lihatlah bagaimana keberaniannya digunakan untuk Islam
pernah suatu ketika Umar menangis keseorangan dan selepas itu dia ketawa
orang bertanya : " kenapa kamu begitu wahai amirul mukminin?"
Umar menjawab : " aku menangis kerana teringat bahawa ketika jahiliyah aku menanam anak perempuanku hidup-hidup, yang membuatkan aku hiba adalah ketika aku meletakkan anakku ke dalam lubang untuk ditanam, dia menyapu janggutku yang terkena debu pasir.tetapi aku sedikitpun tidak terasa ketika itu malah terus menerus menanamnya sehingga habis."
begitu sekali kerasnya hati umar kerana jahiliyah menutup kebijaksaan akalnyabahawa anak itu satu nikmat yang berharga.maka apakah pula yang membuat kau ketawa wahai umar?
Umar menjawab : " aku teringat dulu, ketika hendak berniaga ke Syam, aku akan membawa berhala yang diperbuat daripada tamar,agar mudah disembah di tengah jalan, tetapi apabila lapar aku akan mengopek berhala itu dan memakannya. itu yang membuat aku ketawa."
beliau ketawa kerana terlalu taksub dengan berhala sehingga tidak terfikir berhala itu tidak mampu melakukan apa2 pun kepadanya malah dia boleh memakan 'tuhan'nya itu.
jika ketika jahiliah Umar paling kuat menentang Islam, tapi ketika Islam Umar menjadi insan yang paling kuat menentang musuh-musuh Islam.
betapa dulu Umar inilah peminum arak, penyembah berhala
tetapi dia berjaya menjadi yang terbaik dalam Islam
sepuluh orang yang diberitakan syurga ketika masih hidup
hebatnya Umar ini sehingga Rasulullah bersabda;
"sekiranya Umar melalui satu lorong, maka syaitan akan memilih lorong lain dari bertembung dengannya"
"sekiranya ada lagi nabi selepas aku, maka dia lah Umar"
kenapa Umar yang jahiliah boleh berubah menjadi Umar yang dijanjikan syurga?
kerana Umar membuka hatinya untuk melihat kebenaran lantas Allah memberi hidayah kepadanya. subhanallah~
lihat, sifat saidina umar tidak berubah. beraninya dia ketika jahiliah, berani juga dia ketika Islam kerana dia faham tuntutan Islam itu sendiri.
jadi, bagaimama kita sekarang, itu adalah kita. jadilah apapun, asalkan kita guna apa yang kita ada ke jalan Islam. asalkan kita faham Islam, kita faham apa yang Allah mahu.
jom tukar logam jahiliah menjadi logam Islam :)
semoga penerangan ini mampu difahami
walaupun banyak kurangnya.
wallahualam :)






3 comments:

sugar(s)