Wednesday, July 13, 2011

- titik paling lemah -

Salam sayang dari bumi okayama :)


hari ni alhamdulillah berperasaan gembira


sampai saja dai saya singgah konbini nak beli makanan


tengok-tengok apa yang boleh dimakan


skali saya jumpa satu makanan yang menarik hati hihi


cuba tengok kat bawah tu :)




Ala-ala sushi, nasi bersama ikan bakar


nampak sangat sedap


terus saya amik dan baca kandungan bahan-bahannya


ok boleh makan, makcik yang kerja di konbini ade disebelah saya masa tu


dia pun baca sekali kandungan bahan makanan


lepas tu cakap, boleh makan kan yang ni?


mereka tahu la apa yang kami boleh makan dan tak boleh


alhamdulillah. moga-moga sinar Islam hadir ke dalam jiwa orang Jepun yang baik hati ni :)






amacam sedap x? hihi


sedap sedap trust me! hihi


sekarang kan saya jadi sangat berminat nak cuba makanan jepun


tapi kan saya da tak berani nak makan makanan bergoreng kat sini


dulu makan juga udang or ikan goreng


tapi mengikut pengalaman, kebanyakan makanan bergoreng ni digoreng dalam minyak yang sama yang digunakan untuk goreng pelbagai jenis daging


lepas tahu pasal ni dan ada pengalaman bertanya sendiri kepada tuan punya kedai2 kat Jepun ni, ternyata perkara itu benar


jadi saya dah stop makanan bergoreng di kedai-kedai jepun ni


yang bakar, insyaAllah selamat.

serius sikit




ok act ada perkara yang nak tulis sikit


tadi saya baca blog seorang sahabat saya


terlihat mungkin ada sesuatu bermain di jiwa sahabat saya


mungkin hati dan jiwa nya diuji dengan sesuatu yang dia kurang berdaya menerimanya


teringat kata-kata seorang kakak




"Tarbiyyah bermula dari titik yang paling kita lemah"




jika kita ini seorang yang lemah menahan marah,


tarbiyyahnya mungkin bermula dari perkara yang buat kita belajar menahan marah


jika kita ini jenis yang sukar menerima teguran,


tarbiyyahnya mungkin bermula bila ada orang menegur kita.




pernah tak bila kita berdoa diberi sifat berlapang dada


banyak pula perkara yang mengguris hati berlaku pada kita?


pernah tak bila berdoa dipelihara ukhwah kita dengan sahabat kita


datang bertandang pula konflik yang buat kita dan rakan kita itu berselisih pendapat?


pernah tak bila kita berdoa diberi ketabahan hati


banyak pula perkara yang menguji kesabaran berlaku pada kita


pernah tak?


saya pernah dan banyak kali berlaku pada saya


kita tertanya-tanya


kenapa bila aku minta dengan Allah agar diberi sifat berlapang dada


hadir pula perkara yang buat aku tak boleh berlapang dada


Tapi,


sebenarnya itulah namanya tarbiyyah


bukan Allah hadirkan sesuatu yang buat kita tak boleh berlapang dada


tapi Allah hadirkan ujian-ujian itu untuk kita berlatih, untuk kita biasakan diri untuk berlapang dada


yakinlah, Allah Maha Mendengar


Allah sedang kabulkan permintaan kita itu melalui tarbiyyah yang sebegitu


bersangka baik pada Allah itu adalah sesuatu yang mencetus ketenangan hakiki


percayalah.




dan mungkin juga terkadang kita ragu pada keampunan Allah


banyak benar dosa yang kita buat


nak bertaubat pun terkadang malu pada Allah


namun janganlah sifat malu itu buat kita berhenti berharap pada keampunan Allah


Allah Maha Pengampun


Allah Maha Penyayang


yakinlah dan berimanlah dengan sifat Allah s.w.t ini


namun bukanlah jaminan untuk kita mengulangi dosa yang sama


sujudlah, berbicaralah dengan Allah


menangislah, mengadu pada Allah


berdoalah, mohon pada Allah sifat mukmin yang diredhai


beritahu pada Allah bahawa kita mahu jadi mukmin yang baik


Dia Mendengar dan Memahami hamba-Nya


percayalah


kalau masih belum yakin, cubalah untuk yakin


Allah sedang mentarbiyyah kita untuk menjadi yakin dengan keampunan-Nya




Ramadhan semakin mendekati sebenarnya


ayuh lajukan lagi langkah ibadah kita


jika kita dijemput dulu sebelum Ramadhan bertandang


sekurang-kurangnya biarlah kita tergolong dalam golongan hamba Allah yang bersungguh-sungguh mencapai keberkatan Ramadhan


amin :)




semutmerah;


keisokuseigyokenkyushitsu;