Friday, October 29, 2010

- kanak-kanak Jepun -

hampir tiap2 hari call rumah
call time weekend la paling seronok
sebab boleh cakap dengan semua orang
especially kakak2 yang best!
memang macam da tiap2 hari call rumah
sebab nak dengar suara ma :)
kalau x call sehari ma akan tanya
busy ke?
kadang2 byk keje sgt sampai lupe nk call rumah
ok nak cerita pasal kanak2 jepun :)
ari ahad baru-baru ni
saya menemani kawan2 dari Tsuyama makan nasi ayam di rumah kak nini
balik dr rumah kak nini, saya berjalan kaki pulang ke rumah
sebab da lama betul x exercise kan
otw nak balik, saya nampak ramai ibu2 bawak basikal bersama anak-anak kecil
hurm.. tak pelik sebab ia biasa di Jepun
kalau di Malaysia baru saya pelik sbb jarang sangat jumpa orang naik basikal sekarang
saya pun jalan lagi
lepas tu saya jumpa seorang budak lelaki jalan sorang2
ditangannya ada payung;

saya pun tegur die;
"どこへ行くの?" ( nak pergi mana?)
budak tu jawab;
" 家へ帰る。" ( nak balik rumah)
saya tanya lagi;
"お母さんとお父さんは、今日仕事している?" ( mak ayah keje ke hari ni?)
dia jawab ;
"いいえ、家にいる。" ( taklah. ade kat rumah)

yang kelakarnye budak ni macam takut2 je
tapi die jawab je semua soalan
ye la kalau saye pun takut
orang asing tegur kite kan :)
tapi bila saya pusing belakang, budak ni duk intai2 lagi disebalik payung
mesti die pikir
sape la kakak yang tegur aku ni
sebenarnye memang saje je tegur
nak tengok die jawab ke x kalau saye tegur
sebab kalau saya balik dr daigaku (university),
kalau ade budak2 baru balik sekolah
memang diorang tegur
"konnichiwa!" sambil tundukkan kepala skit
suka betul tengok diorang ni
tapi kan budak2 kat sini macam terlalu independent
kalau pegi n balik skolah pon
mereka jalan kaki je ramai2
kirenye bukan parents yang hantar and amik
tapi bila pikir2 balik maybe sebab negara jepun x banyak jenayah kot
parents x bimbang sangat la
kalau kat malaysia buat macam ni
mahu nye hari2 kuar berita budak2 kene culik :)
hari tu kebetulan pegi shiga
dekat belakang rumah kawan saya ada sekolah
dan boleh la tengok aktiviti2 diorang
kebetulan hari tu diorang bertanding main 野球 ( baseball)
lebih kurang macam sofbol juga mainan ni
suke betul tengok diorang main
teringat mase main sofbol tyme muda remaja dulu.hihi
lepas tu esoknya masa diorang sekolah
tyme rehat cuba teka diorang buat ape?
hihi
mereka duk main2 satu padang ni
tapi bende ni biasa je
kat malaysia pon ade gak budak2 main di padang kan
hihi
saje nk cerita
suka tengok budak2 di jepun ni
x tahu kenapa :)

Wednesday, October 27, 2010

-ceritera cinta-

"cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta
sekalipun cinta telah ku uraikan
dan kujelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidahku sudah mampu menguraikan
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
akal tebaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan"

saya bukan jiwang sangat
ni bukan puisi ciptaan saya
tapi puisi petikan dari cerita ketika cinta bertasbih
indah kan dia coretkan maksud cinta
dan yang memberi perasaan cinta kepada kita itu adalah Allah s.w.t
subhanallah!
sebenarnya cinta ini mahal
bukan perkara main-main :)

Sunday, October 24, 2010

- ceritera blog dan comment -

setengah orang kata
menulis blog ni macam membuka pekung di dada
semua cerita nak tulis dalam blog
tapi saya tak tahu la nak setuju ke x
sebab masing2 ada pendapat masing2
sebab bg saya manusia ada macam2 cara
untuk pujuk hati dia
kalau dia selesa meluah diblog x salah kot
sebab blog dia dan tak menjejaskan nama orang lain
ini pendapat saya ye
kalau macam kita x suka orang luah apa2 di blog
x payah baca pun xpe kan
tengok tajuk pon mungkin da boleh agak post tu berunsur marah ke
sedih ke gembira ke
so, masa tu masing2 boleh buat pilihan untuk baca atau tidak
sebab jujurnya, sebagai seorang yang mempunyai blog
saya antara yang suka luahkan apa2 disini
kadang2 tengok post saya dah xde ke
kadang2 saya edit post saya buang mana2 ayat yg x patut ke
tu biasa berlaku dalam blog saya
sebab saya pun manusia biasa
ada hati dan jiwa macam orang lain kan.
dan jujurnya saya berblog ni bukan untuk meraih publisiti atau nak buat havoc n so on
siyesly, suka2 saja :)
ok, bukan nak cakap pasal tu sangat pon
cuma nk simpulkan yang blogger2 ni manusia biasa jugak
kalau die nk luah apa2 tu bergantung kepada dia
kita yang membaca, perlu membuat pilihan
kalau rasa x sesuai utk baca, x perlu baca
kalau rasa sesuai baca, boleh baca.
kalau lepas baca anda rasa nak marah ke dengan post tu
blogger2 boleh tanya balik pada anda
sape suruh baca post saya? ( baca dengan nada bertanya, bukan sinis) hihi
tu la nak cakap
sebab beberapa hari lepas saya ada baca post kawan saya ni
saya hanya mampu memujuk dia melalui komen
sebab dia memang sedang sedih
tapi hati saya bertambah sedih
apabila ada anonymous yang komen juga
yang kata apa yang jadi pada kawan saya tu
sebagai tarbiyah sebab kawan saya pernah buat macam tu juga pada orang lain
rasanya la kan;
tak baiklah nak cakap cam tu ye
kalau si A pernah buat macam tu dekat si B
dan lepas tu si C pun nak buat macam tu pada si A
kalau la si C tu anggap apa yang die buat tu sebagai tarbiyah kepada si A
suatu hari nanti kalau ada si D yang buat macam tu balik dekat si C
tak ke bersambung2 jadinya?
lepas tu si D pun boleh bagi alasan apa yang dia buat pada si C tu
sebagai tarbiyah sebab si C pernah buat mcm tu pada si A
jelas x? kalau ada yang membaca post ni dan x jelas
boleh tanya ye supaya sampai maksud yang saya nak cakap
semalam saya igt nak tambah juga komen dekat post tu
tapi blogspot problem
tapi Alhamdulillah tadi tgk da ada kawan yang betulkan situasi tu
cuma mungkin pemilik blog dan delete postnye
ok la
post ni bukan untuk nak salahkan siapa2
saya pun tak mahu cari salah orang lain
sebab saya da rasa perasaan apabila orang cari salah kita
kalau boleh apa yang saya rasa ni, x nak la orang lain rasa sekali
cuma mahu berkongsi la
kita kan manusia ciptaan Allah s.w.t
jadi sebenarnya tidak ada hak untuk kita tentukan
Allah sedang tarbiyah sesiapa
rahsia Allah ini tidak ada siapa yang tahu
jadi hidup kita perlu sentiasa memaafkan dan dimaafkan
ada lagu sikit;

" kiasan hidup ibarat roda
kekadang di atas, di bawah, di atas semula
redha dan syukur akan kehendakNya
itulah tanda kasih sayang kita..:) "

lepas tu mari layan sikit post afif ni
ringkas tapi sarat dengan maksud mendalam
why can't we all just respect one another
enjoy what we love to do
and stop complaining about others :)

Wednesday, October 20, 2010

- tarbiyah yang mentarbiyah -

alhamdulillah
dapat hadiah lagi daripada Allah
hari baru tu kan hadiah :)
bila Allah memberi izin untuk kita bangkit selepas tidur
tu kan satu nikmat yang luar biasa
tapi kita sering anggap ia biasa-biasa
memulakan cerita hari ini dengan ucapan subhanallah!
sebab hanya kuasa Allah yang mampu membuat hati yang tidak tenang menjadi tenang
Hanya dengan kuasa Allah mampu membuka pintu hati manusia untuk berlapang dada
dua tiga hari yang saya lalui baru-baru ini
menjadi hari yang benar-benar mentarbiyah diri saya
perkara yang mentarbiyah diri saya
bahawa manusia itu tidaklah sempurna
apabila saya mengetahui tentang kejahatan yang menusia itu lakukan
tidak patut bagi saya untuk terus membenci dia
kerana mungkin orang yang lebih besar kesalahan dia
semakin banyak istighfarnya
dan diri kita yang mengeji ini
mungkin lebih banyak pula titik hitam yang wujud dalam hati
kadang-kadang saya hairan
mengapa saya terus membenci seseorang yang tidak ada salah pada saya
mungkin kerana diri saya terkejut dengan apa yang berlaku depan mata saya
tapi ia bukan alasan untuk saya terus membenci
hari-hari lalu juga mentarbiyah saya
supaya tidak bertindak mengikut perasaan
sejak di jepun ini, saya jarang diuji dengan kemarahan
jika dulu seorang yang sangat cepat melenting
di sini mungkin tak ada banyak perkara yang buat saya melenting
namun ada juga ketikanya saya rasa marah
lalu saya terus menulis di blog ini dengan rasa marah itu
kalau saya marah terus saya letak di status ym
apalah salahnya jika kemarahan itu saya biarkan reda dulu
apalah salahnya jika tidak saya lakukan apa2 saat saya marah
tapi saya juga manusia
kadang2 saya tak mampu berfikir yang mana jalan terbaik patut saya ambil
kawan saya kata jangan garang sangat dalam blog
insyaAllah lepas ni tak garang lagi
mungkin tak ada lagi kisah-kisah untuk saya tulis dalam blog ini
memikirkan setiap patah kata yang saya tulis ini
bakal di hitung di akhirat nanti
maka takut rasanya nak menulis lagi
melainkan jika ada sedikit ilmu untuk saya kongsi
semalam juga merupakan malam yang mentarbiyah
beberapa jam yang membuat diri saya rasa terkesan
rupa-rupanya bercakap dari hati ke hati itu
lebih membuat kita memahami
penjelasan saya mungkin merungkai tanda tanya senior saya
kenapa saya dan kawan2 saya tak mahu join aktiviti2 di sini
kenapa kami selalu nak pegi sendiri kalau ada nak ke mana2
dan saya bercerita panjang semalam
dan ia terungkai
apa yang saya tidak terfikir sebelum ini
sudah boleh saya fikirkan
insyaAllah selepas ini boleh menjadi kohai yang baik kepada senpai2
barulah tersedar
Ya Allah rupanya kami banyak buat salah mungkin
yang kami fikir betul itu mungkin ada salah dimata orang lain
lepas ni perlu berhati-hati kalau bertindak
lepas ni perlu berhati-hati kalau berbicara
maaf ye semua kalau ada tersinggung dengan post2 di semut merah
saya pun manusia. tak lepas dari kesalahan
kadangkala duduk diam dan berfikir itu
akan membawa kita menjadi lebih matang
dan menjadi manusia yang menghargai kehidupan

Saturday, October 16, 2010

- Cuti Cuti Japan (1) : Kyoto :)

alhamdulillah
minggu lepas mendapat cuti panjang
panjang ke? lima hari tu kira panjang la :)
sebenarnya cuti sabtu, ahad isnin
tapi sabtu tu kami ada kelas ganti
tapi cuti kami jadi lagi panjang
sebab selasa dan rabu kami xde kelas
horeyyy! :)
kami pun plan mahu jalan2 sekitar Jepun
destinasi pilihan kali ini ada Kyoto!
bukan Kyoto sangat pun sebab kawan2 kami duk di Shiga
tapi kami g jalan2 sekitar Kyoto juga
sabtu petang tu kami bertolak ke Shiga
malam hari barulah sampai sane
dan sewa basikal di eki
menarik2 sebab x penah tahu leh sewa basikal dekat eki ni
sampai2 sana disambut oleh senyuman manis
cik Syira dan cik Tisuuu :P
rupe2nye cik Tisu dari osaka pun ada di Shiga
dan suasana di rumah kawan saya tu jadi semakin menarik
sebab kami boleh la usik2 cik Tisu ni :)
esoknya, ( hari Ahad) Syira ajak kami ke Otsu

sebab ada Otsu Matsuri kat sana ( matsuri = festival )
saye tak tahu sangat matsuri ni pasal ape
tapi die ade beberapa kereta kayu
dalam kereta kayu tu ada tema masing2


ade tema pasal duit, anak, macam2 ag
lepas tu ade orang yang tarik kereta2 kayu ni
mungkin nk amik berkat dr kereta2 kayu yang ditarik
mengikut kepercayaan mereka ( saye rasa la)
lepas tu mase kereta kayu bergerak
orang2 kat atas tu akan baling sesuatu
semua orang Jepun berebut rebut nak sambut bende alah tu

ni la bende yang mereka baling2 tu :)

kami tengok2 je.
tapi ade yang datang dekat kami bagi bende tu
mungkin diorang tengok kami lain dr yang lain
dalam ramai2 orang, kami lain sebab kami bertudung
jadi banyak la barang yang kami dapat
mase duk tengah2 tengok kereta kayu tu
jumpa la sorang baby yang sangat menarik hati
sebab muka macam mat salleh tapi ade iras2 orang jepun
dalam hati da agak da, baby tu mix
pegi2 dekat baby tu rupe2nye memang betul die mix
sebab mak die mat salleh ayah die orang jepun
suka tengok baby tu
nama Alice dan ada sepasang mata yang cantik

ni la Alice :)

bila main2 ngan baby tu
makcik yg pegang baby tu pun bagi saya dukung baby tu
suke2. sebab baby tu x nangis
maka leh la main2 ngan Alice tu kejap
balik2 dari matsuri tu kami pegi bb!
bb ni tempat macam banyak game la
mula2 excited nak masuk
da puas cuba2 game2 yang ada
rasa macam nak keluar balik
sebab tempat tu bising dan bingit
pening kepala dengan bunyi2
dan tu mungkin pertama dan terakhir la masuk bb tu :)
esoknye
kawan2 semua ada kelas
jadi kami pun jalan2 bertiga ke Kyoto

Kyoto ni menarik juga tapi banyak tempat2 bersejarah
banyak temple dan kami jalan2 kejap je
lepas tu sampai Kyoto Eki
banyak pula tempat menarik nak bergamba
lama juge kami kat situ
alang alang datang tempat orang
mesti merakam gambar kenangan
kalau tak xde kenangan nk tengok balik
selasa pula aktiviti makan nasi ayam
wah kali ni macam reunion sebab semua kawan2
yang blaja di Ritsumeikan Daigaku ada masa tu
duk bercerita perihal tempat masing2
sambil makan nasi ayam yang enak!
lepas makan kami ke Ritsumeikan daigaku
dan mengambil peluang bergambar kat sana
nasib baik ade cameraman yang sporting
maka banyaklah gambar terakam di sana
lawa betul Ritsmeikan Daigaku ni
maybe sebab bangunan2 dia masih baru
gambar kenangan di Ritsumeikan daigaku
arigatOu Aj, arigatOu cameraman :)

petang tu ke kedai baju dan banyaklah juga duit dilabur disana
tapi puas hati :)
malamnya pegi makan udon
malam tu juga berpillow talk dengan maslinda dan ain
mas banyak kali minta maaf
sebab xleh luangkan masa dengan kami
sebab mas ada kelas
xpe2. daijoubu :)
kami memang da plan nk explore tempat2 tu sendiri
dan tibalah hari rabu
hari nak pulang ke Okayama
lepas da silap naik satu train
perjalanan menjadi semakin lama..
tapi ok juge
boleh la tengok2 alam sepanjang salah train tu
panjangnye cerita cuti kami
sangat heppi dengan cuti kali ni
lepas ni insyaAllah cuti2 lain menyusul lagi
dan next destination sudah bermain2 dalam kepala
hihihihihi
rahsia dulu next destination tu
tapi tempat tu macam best
nanti da pegi baru kita cerita :)
syukur alhamdulillah kerana Allah memudahkan segala perjalanan kami
terima kasih kawan2 di Shiga
Terima kasih daun keladi ye :)

Friday, October 8, 2010

- hijrah itu perlu -

baru-baru ini
banyak terbaca kisah hijrah beberapa artis
kisah hidup azmil mustapha menarik perhatian saya
dulunya beliau pelakon cerita 'ali setan'
selepas saya baca kisah hijrah beliau
saya cuba tonton sedikit cerita ali setan ni
memang berbeza
subhanallah!
kuasa Allah untuk memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki
kini azmil mustapha berada di Syria
menuntut ilmu disana
bersama anak2
saya tertarik membaca kisah hidup beliau disana
dimana digambarkan syria ini satu bumi yang aman
rakyatnya suka membantu
sehingga beliau sendiri mendapat tempat tinggal percuma di sana
dan sebagai fisabilillah, beliau dan anak2 pernah mendapat derma mencecah rm1000
dan diceritakan perbezaan sikap anak2 beliau
dimana mereka kini menjadi anak2 muda yang cinta pada al-Quran
berbeza dengan sikap mereka ketika di Malaysia
sebut pasal hijrah ni
saya rasa perasaan mahu berhijrah ini patut ada dalam diri semua manusia
hijrah menjadi lebih baik
setiap manusia memang mempunyai fitrah untuk menjadi baik
malah saya punya ramai kawan2 yang bersemangat mahu berubah
kadang2 malu pula dengan mereka sebab diri ni masih banyak lalai
tapi kita tahu kan
hanya dengan hidayah Allah s.w.t
manusia boleh berubah
sejahat mana pun mamat tu
kalau Allah bagi hidayah, dia boleh berubah menjadi seorang yang taat pada agama
kawan saya pernah cakap
"hidayah Allah datang apabila kita taat kepada perintah Allah s.w.t"
saya tanya dia balik
" abis tu, kalau orang tu memang x taat. macam mana dia nak dapat hidayah untuk jadi taat?"
kawan saya jawab;
" kawan2 n orang sekeliling la yang kena berdoa kepada dia."
betul3. setuju!
sebab tu kalau kawan kita tu tak solat ke, x tutup aurat ke
kita tak boleh pinggirkan dia
kita tak boleh jauh dari dia
kita yang kena doa supaya Allah memberi hidayah kepada kawan kita tu
supaya kawan kita tu solat dan tutup aurat
kita yang kena bagi tunjuk ajar
kita yang kena ajak dia solat sama2
sebab mungkin dia perlukan perhatian lebih dari kita
macam kita jugak
kalau kita rasa nak berubah
kena ada orang yang sama2 nak berubah macam kita
barulah bersemangat
macam jogging juga
kalau kita nak jogging
kena ada orang yang bersemangat nak berjogging
barulah kita heppi jogging sama2
(dah masuk bab jogging dah)
jadi lepas ni mari kita hijrah menjadi manusia yang lebih baik
menjadi manusia yang tahu bahawa setiap gerak geri
kita diperhatikan Allah s.w.t
menjadi manusia yang tahu setiap yang dilakukan didunia ini
pasti akan dibalas di akhirat sana

" Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka
akan mendapatkan dibumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya ( sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[ An-nisa' : 100]

Thursday, October 7, 2010

- ceritera azzariyat -

Teringat lagi ketika seorang rakan bertanya;
"Gee nak join team azzariyat x?"
" Team azzariyat ni macam mana?" saya tanya kembali
" Dia macam buletin JAD. Ape2 yang berlaku dalam JAD kita masukkan dalam azzariyat."
Ketika itu azzariyat dalam bentuk kertas, belum ada website lagi
" boleh jugak." saya bersetuju.
maka saya dan team azzariyat mula bekerja
bukan mudah, banyak juga kesukaran yang dialami
apabila terpaksa pergi interview sensei2 jepun
tanya mereka soalan-soalan yang berkaitan topic yang dibincangkan
nak memahami apa yang mereka cakap
nak tulis sambil mendengar
memang mencabar
tapi Alhamdulillah
sensei2 JAD semuanya baik dan yasashi
so takde masalah untuk bertanya apa yang kita x faham
masa tu juga boleh improve bahasa jepun
ada juga waktu saya ditugaskan menulis article pendek
pasal senyuman dan gurauan Rasulullah s.a.w
memang menggelabah waktu itu
limit article sudah ditetapkan
memang kena cipta article sendiri
copy pun x boleh
kena usaha pegi pinjam buku dari kawan2
kena tulis seakan kita bercerita dengan pembaca
dan masih ingat lagi ketika azzariyat topic cinta dikeluar
kan
kalau dalam batch saya
ketika itu hari jumaat dan selepas solat jumaat kelas bahasa jepun
kecoh sekali mereka bincang pasal cinta ni
ada yang bawa azzariyat dari kelas ke kelas
bertanya pendapat kawan2 tentang topic itu
kini sudah wujud website azzariyat.com
yang ini lagi mencabar
tidak boleh copy mana-mana article dari blog orang lain
kena cipta article sendiri
kadangkala rasa macam beratnya amanah ni
kalau da blank sangat ambil lagu nasyid di youtube dan tulis lirik dibawah video tu
kadang-kadang lupa sudah tiba giliran kita post article
namun manisnya bekerja dalam kumpulan ini
mereka saling memahami
bila saya tak sempat buat article
ada rakan yang tolong buatkan
bila ada kesilapan dalam article
ada rakan betulkan
tapi ada juga pahitnya
malu benar rasanya apabila berkali-kali saya gagal post article masa turn saya
malu benar berkali2 minta maaf pada cik ketua azzariyat
malu juga pada Allah apabila apa yang kita tulis dalam azzariyat tu
kita sendiri kadang2 lupa untuk praktikkan
kita suruh orang sabar, kadang2 kita yang tidak sabar
kita suruh orang bersangka baik, kadang2 kita yang berprasangka buruk dengan orang lain
sehingga minggu lepas, (kalau x silap)
saya terima emel dari seorang rakan
yang memberi kata2 nasihat buat kami yang masih kekal dalam azzariyat
nasihatnya panjang
namun satu yang begitu terkesan di hati
nasihatnya berbunyi lebih kurang macam ni
" Jangan lupa baca kembali article2 yang telah kita tulis. Sebagai muhasabah untuk diri kita. Bimbang jika orang lain mendapat pengajaran dan manfaat dari article kita, tapi kita sendiri masih hidup bergelumang dosa."
saya tak tahu macam mana nak bagitau perasaan saya pada azzariyat ni
yang boleh saya katakan;
insyaAllah saya setia bersama-sama team azzariyat.com
selagi ada upaya saya menghasilkan article2 buat blog ini
kerana dari azzariyat inilah banyak ilmu yang ditimba
kerana daripada azzariyat inilah saya belajar sikap bertimbang rasa dalam bekerja
kawan susah kita tolong
kita susah, kawan pun tolong kita
daripada azzariyat ini juga saya belajar banyak cara menulis
bagaimana untuk menulis seolah2 kita sedang bercerita dengan
pembaca
bagaimana untuk menulis supaya penulisan kita 'masuk' dalam jiwa pembaca
masih banyak yang perlu diperbaiki
kepada rakan yang pernah dan masih sama2 dalam team azzariyat
terima kasih kawan;
sesungguhnya ketika saya down dan rasa malas nak menulis lagi
saya terbayangkan kesungguhan kalian
saya bayangkan kesibukan kalian yang lebih sibuk daripada saya,
namun masih mampu menulis
sesungguhnya saya mendoakan Allah meredhai setiap apa yang kita tulis dalam azzariyat.com
semoga tulisan2 kita sendiri mampu mentarbiyah kita
menjadi lebih baik dari sebelum ini

moga terus bekerjasama :)

kenangan bekerja dengan kalian tidak mampu dilupakan :)

Tuesday, October 5, 2010

- Jepun dan Islam -

Setelah lebih 6 bulan berada di bumi sakura ini
banyak yang saya pelajari tentang kehidupan
sebelum berlepas ke jepun beberapa bulan lalu
banyak perkara yang saya bimbangi
yang paling dibimbangi adalah tentang makanan
bimbang jika termakan makanan yang haram dimakan
bimbang bagaimana nak cari makanan halal
namun Alhamdulillah
Allah memudahkan segala urusan di bumi Okayama ini
sepanjang disini, kemana saja saya pergi
banyak yang saya perhatikan sebenarnya
saya melihat sesuatu yang tak pernah saya fikirkan tentang Jepun
disini rakyatnya ramai dan mereka kebanyakan bukan beragama Islam
Namun mereka mempraktikkan cara hidup yang bagus
cara hidup yang dianjurkan Islam kepada umatnya
saya melihat cara hidup ini diamalkan di bumi sakura in
Islam menganjurkan umatnya menjaga kebersihan
saya melihat rakyat Jepun sangat menitikberatkan tentang kebersihan
dari segi cara membuang sampah sehinggalah kebersihan di tandas
pernah saya berbasikal bersiar-siar
saya melihat makcik2 tua membawa anjing mereka bersiar2
ditangan mereka ada plastik untuk mengisi najis2 anjing mereka di sepanjang jalan
tidak dinafikan, saya kagum melihat cara hidup mereka
sampai begitu sekali rasa tanggungjawab dalam diri mereka
begitu juga jika saya pergi membeli belah
pekerja-pekerja mereka tidak ada yang rehat curi tulang
semuanya seperti tidak jemu bekerja
semuanya bersungguh-sungguh bekerja
kebajikan pelanggan memang terbaik
pekerja bekerja penuh senyuman
mereka hipokrit?
itu bukan persoalannya,
sekurang-kurangnya mereka sangat menitikberatkan kebajikan pelanggan
dan saya jarang melihat perkara ini di negara sendiri
bukan mahu membandingkan antara Jepun dengan Malaysia
bukan mahu bandingkan antara negara bukan Islam dan negara Islam
tetapi tiba masa memuhasabah diri saya sendiri
sebagai seorang Islam di negara bukan Islam ini
menjadi tanggungjawab saya untuk berakhlak seperti yang dianjurkan Islam
supaya orang Jepun juga melihat Islam ini sebagai satu agama yang benar
menjadi tanggungjawab saya sendiri
untuk mempraktikkan gaya hidup ini di Malaysia kelak
banyak yang boleh kita pelajari tentang adab kehidupan disini
banyak juga perkara yang tidak elok
namun lihatlah kepada mana yang elok untuk kita sama2 contohi
balik Malaysia nanti boleh bekerja penuh senyuman...;)