Saturday, April 12, 2014

Status Bertukar ^^;

Assalamualaikum 

Alhamdulillah, dah lebih seminggu bertukar kerjaya
Dari pelajar kepada pekerja^^ 
Dari dulu x sabar nak jadi jurutera
Harini Allah makbulkan
Dulu kalau dengar engineer rasa macam wahh hebatnya sapa jadi engineer! 
Tapi bila diri sendiri yang jadi engineer, rasa biasa saja, tak sehebat yang saya dengar dulu, patutlah Allah kata manusia ni semua sama, yang membezakan kita hanyalah taqwa. 

Rasulullah kata taqwa tu disini, sambil baginda tunjuk ke arah dada baginda. 
Betullah, taqwa itu ada dalam diri, dalam hati dan rasa keimanan kita pada Allah
Rasa ni, tak boleh dilihat dan diperlihatkan
Semoga kita terus berusaha mencari erti sebenar taqwa itu :) 

Seminggu lebih kerja di sini
Suasana tempat kerja sangat baik
Senior dan kawan2 suka senyum dan kalau x tahu diorang ajar dengan baik
Walaupun satu satunya orang luar disyarikat ni, tapi rasa macam mereka semua mengalu-alukan kehadiran saya
Walaupun sangat pelik cara hidup saya dengan mereka,
Disini mereka sediakan saya satu bilik solat yang sangat selesa
Boleh guna bila-bila masa
Waktu rehat pon diorang cakap, xpe Fauziah-san lepas solat baru masuk tempat kerja balik pon xpe
Tapi alhamdulillah, waktu solat zohor memang dalam waktu rehat tengahari, so xde sebab nak masuk kerja lambat dari orang lain kan :) 

Setakat ni, hanya mampu ucap alhamdulillah
Yang selepas ini, sepenuhnya saya serah kepada Allah yang lebih tahu tentang masa depan saya. 
Harap-harap dapatlah kerja lama kat sini :) 
 Doakan :) 

Oh ya,
Rasa happy dengan kehidupan sekarang
Rasa masa lebih terisi
Malam tidur awal, bangun awal dan tak sempat nak tidur dah lepas subuh
Satu lagi, tak sempat nak tengok cerita melayu online dah
Sebenarnya inilah rutin hidup yang saya idamkan sejak dulu
Terisi dengan perkara yang kita tahu kenapa kita buat perkara tu
Bukan terisi dengan perkara yang kita pun tak tahu kita buat ape hari2 hihi
Macam shachou saya cakap haritu, 
Perbezaan paling besar antara student dengan orang yang dah kerja adalah sekinin ( tanggungjawab) 
Masa belajar semuanya bebas, kita bayar duit dekat university untuk belajar, belajar untuk kejayaan diri sendiri
Tapi bila dah kerja, kita dibayar untuk buat kerja, dan kita buat kerja bukan untuk diri sendiri tapi untuk orang lain, dan paling penting semua yang kita nak buat, tak boleh fikir diri sendiri je, kene fikir banyak sudut dan banyak pihak
Wah dah dewasa rupanya saya! Haha

Meh nak kongsi gambar masa 入社式 ( majlis kemasukan ) kot (?) 
Thanks ma yang sentiasa ada disisi anakanda ni
Mak balik nanti kompem menangis tak berlagu sorang2 ~_~ 


Semoga kita semua berjaya dalam bidang apa pun yang kita pilih
Dan semoga kita menunjukkan contoh muslim yang baik kepada orang sekeliling kita dimana pun kita berada
Dan semoga Allah menyemai rasa tawaduk dalam hati kita kat mana pun kita berada
Jadilah apapun, asalkan jangan lupa pada Allah dan Allah redha pada kita :)