Sunday, October 24, 2010

- ceritera blog dan comment -

setengah orang kata
menulis blog ni macam membuka pekung di dada
semua cerita nak tulis dalam blog
tapi saya tak tahu la nak setuju ke x
sebab masing2 ada pendapat masing2
sebab bg saya manusia ada macam2 cara
untuk pujuk hati dia
kalau dia selesa meluah diblog x salah kot
sebab blog dia dan tak menjejaskan nama orang lain
ini pendapat saya ye
kalau macam kita x suka orang luah apa2 di blog
x payah baca pun xpe kan
tengok tajuk pon mungkin da boleh agak post tu berunsur marah ke
sedih ke gembira ke
so, masa tu masing2 boleh buat pilihan untuk baca atau tidak
sebab jujurnya, sebagai seorang yang mempunyai blog
saya antara yang suka luahkan apa2 disini
kadang2 tengok post saya dah xde ke
kadang2 saya edit post saya buang mana2 ayat yg x patut ke
tu biasa berlaku dalam blog saya
sebab saya pun manusia biasa
ada hati dan jiwa macam orang lain kan.
dan jujurnya saya berblog ni bukan untuk meraih publisiti atau nak buat havoc n so on
siyesly, suka2 saja :)
ok, bukan nak cakap pasal tu sangat pon
cuma nk simpulkan yang blogger2 ni manusia biasa jugak
kalau die nk luah apa2 tu bergantung kepada dia
kita yang membaca, perlu membuat pilihan
kalau rasa x sesuai utk baca, x perlu baca
kalau rasa sesuai baca, boleh baca.
kalau lepas baca anda rasa nak marah ke dengan post tu
blogger2 boleh tanya balik pada anda
sape suruh baca post saya? ( baca dengan nada bertanya, bukan sinis) hihi
tu la nak cakap
sebab beberapa hari lepas saya ada baca post kawan saya ni
saya hanya mampu memujuk dia melalui komen
sebab dia memang sedang sedih
tapi hati saya bertambah sedih
apabila ada anonymous yang komen juga
yang kata apa yang jadi pada kawan saya tu
sebagai tarbiyah sebab kawan saya pernah buat macam tu juga pada orang lain
rasanya la kan;
tak baiklah nak cakap cam tu ye
kalau si A pernah buat macam tu dekat si B
dan lepas tu si C pun nak buat macam tu pada si A
kalau la si C tu anggap apa yang die buat tu sebagai tarbiyah kepada si A
suatu hari nanti kalau ada si D yang buat macam tu balik dekat si C
tak ke bersambung2 jadinya?
lepas tu si D pun boleh bagi alasan apa yang dia buat pada si C tu
sebagai tarbiyah sebab si C pernah buat mcm tu pada si A
jelas x? kalau ada yang membaca post ni dan x jelas
boleh tanya ye supaya sampai maksud yang saya nak cakap
semalam saya igt nak tambah juga komen dekat post tu
tapi blogspot problem
tapi Alhamdulillah tadi tgk da ada kawan yang betulkan situasi tu
cuma mungkin pemilik blog dan delete postnye
ok la
post ni bukan untuk nak salahkan siapa2
saya pun tak mahu cari salah orang lain
sebab saya da rasa perasaan apabila orang cari salah kita
kalau boleh apa yang saya rasa ni, x nak la orang lain rasa sekali
cuma mahu berkongsi la
kita kan manusia ciptaan Allah s.w.t
jadi sebenarnya tidak ada hak untuk kita tentukan
Allah sedang tarbiyah sesiapa
rahsia Allah ini tidak ada siapa yang tahu
jadi hidup kita perlu sentiasa memaafkan dan dimaafkan
ada lagu sikit;

" kiasan hidup ibarat roda
kekadang di atas, di bawah, di atas semula
redha dan syukur akan kehendakNya
itulah tanda kasih sayang kita..:) "

lepas tu mari layan sikit post afif ni
ringkas tapi sarat dengan maksud mendalam
why can't we all just respect one another
enjoy what we love to do
and stop complaining about others :)

5 comments:

  1. sansei,kite mane layak nok kate orang tu Allah sedang tarbiyah,drpd dot cakap camtu,aq rase better kito doa kpd Allah supaya Allah tarbiyah kita utk kite masok syurga

    ReplyDelete
  2. @ fanny : adik, mengapakah?
    @cerah : x sempat nk bace sume comment mu kt post tu sbb da di delete postnye. tp leh nakak la mu nk oyak gapo. ganbarimashOu

    ReplyDelete
  3. setuju jugak. sangat! apa yang berlaku biarlah empunya diri dan Allah sje yg tau. spe kita untuk menilai. ;)

    ReplyDelete

sugar(s)