Friday, October 8, 2010

- hijrah itu perlu -

baru-baru ini
banyak terbaca kisah hijrah beberapa artis
kisah hidup azmil mustapha menarik perhatian saya
dulunya beliau pelakon cerita 'ali setan'
selepas saya baca kisah hijrah beliau
saya cuba tonton sedikit cerita ali setan ni
memang berbeza
subhanallah!
kuasa Allah untuk memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki
kini azmil mustapha berada di Syria
menuntut ilmu disana
bersama anak2
saya tertarik membaca kisah hidup beliau disana
dimana digambarkan syria ini satu bumi yang aman
rakyatnya suka membantu
sehingga beliau sendiri mendapat tempat tinggal percuma di sana
dan sebagai fisabilillah, beliau dan anak2 pernah mendapat derma mencecah rm1000
dan diceritakan perbezaan sikap anak2 beliau
dimana mereka kini menjadi anak2 muda yang cinta pada al-Quran
berbeza dengan sikap mereka ketika di Malaysia
sebut pasal hijrah ni
saya rasa perasaan mahu berhijrah ini patut ada dalam diri semua manusia
hijrah menjadi lebih baik
setiap manusia memang mempunyai fitrah untuk menjadi baik
malah saya punya ramai kawan2 yang bersemangat mahu berubah
kadang2 malu pula dengan mereka sebab diri ni masih banyak lalai
tapi kita tahu kan
hanya dengan hidayah Allah s.w.t
manusia boleh berubah
sejahat mana pun mamat tu
kalau Allah bagi hidayah, dia boleh berubah menjadi seorang yang taat pada agama
kawan saya pernah cakap
"hidayah Allah datang apabila kita taat kepada perintah Allah s.w.t"
saya tanya dia balik
" abis tu, kalau orang tu memang x taat. macam mana dia nak dapat hidayah untuk jadi taat?"
kawan saya jawab;
" kawan2 n orang sekeliling la yang kena berdoa kepada dia."
betul3. setuju!
sebab tu kalau kawan kita tu tak solat ke, x tutup aurat ke
kita tak boleh pinggirkan dia
kita tak boleh jauh dari dia
kita yang kena doa supaya Allah memberi hidayah kepada kawan kita tu
supaya kawan kita tu solat dan tutup aurat
kita yang kena bagi tunjuk ajar
kita yang kena ajak dia solat sama2
sebab mungkin dia perlukan perhatian lebih dari kita
macam kita jugak
kalau kita rasa nak berubah
kena ada orang yang sama2 nak berubah macam kita
barulah bersemangat
macam jogging juga
kalau kita nak jogging
kena ada orang yang bersemangat nak berjogging
barulah kita heppi jogging sama2
(dah masuk bab jogging dah)
jadi lepas ni mari kita hijrah menjadi manusia yang lebih baik
menjadi manusia yang tahu bahawa setiap gerak geri
kita diperhatikan Allah s.w.t
menjadi manusia yang tahu setiap yang dilakukan didunia ini
pasti akan dibalas di akhirat sana

" Dan barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka
akan mendapatkan dibumi ini tempat hijrah yang luas dan (rezeki) yang banyak. Barangsiapa keluar dari rumahnya dengan maksud berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, kemudian kematian menimpanya ( sebelum sampai ke tempat yang dituju), maka sungguh, pahalanya telah ditetapkan di sisi Allah. Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang."
[ An-nisa' : 100]

No comments:

Post a Comment

sugar(s)