Friday, October 29, 2010

- kanak-kanak Jepun -

hampir tiap2 hari call rumah
call time weekend la paling seronok
sebab boleh cakap dengan semua orang
especially kakak2 yang best!
memang macam da tiap2 hari call rumah
sebab nak dengar suara ma :)
kalau x call sehari ma akan tanya
busy ke?
kadang2 byk keje sgt sampai lupe nk call rumah
ok nak cerita pasal kanak2 jepun :)
ari ahad baru-baru ni
saya menemani kawan2 dari Tsuyama makan nasi ayam di rumah kak nini
balik dr rumah kak nini, saya berjalan kaki pulang ke rumah
sebab da lama betul x exercise kan
otw nak balik, saya nampak ramai ibu2 bawak basikal bersama anak-anak kecil
hurm.. tak pelik sebab ia biasa di Jepun
kalau di Malaysia baru saya pelik sbb jarang sangat jumpa orang naik basikal sekarang
saya pun jalan lagi
lepas tu saya jumpa seorang budak lelaki jalan sorang2
ditangannya ada payung;

saya pun tegur die;
"どこへ行くの?" ( nak pergi mana?)
budak tu jawab;
" 家へ帰る。" ( nak balik rumah)
saya tanya lagi;
"お母さんとお父さんは、今日仕事している?" ( mak ayah keje ke hari ni?)
dia jawab ;
"いいえ、家にいる。" ( taklah. ade kat rumah)

yang kelakarnye budak ni macam takut2 je
tapi die jawab je semua soalan
ye la kalau saye pun takut
orang asing tegur kite kan :)
tapi bila saya pusing belakang, budak ni duk intai2 lagi disebalik payung
mesti die pikir
sape la kakak yang tegur aku ni
sebenarnye memang saje je tegur
nak tengok die jawab ke x kalau saye tegur
sebab kalau saya balik dr daigaku (university),
kalau ade budak2 baru balik sekolah
memang diorang tegur
"konnichiwa!" sambil tundukkan kepala skit
suka betul tengok diorang ni
tapi kan budak2 kat sini macam terlalu independent
kalau pegi n balik skolah pon
mereka jalan kaki je ramai2
kirenye bukan parents yang hantar and amik
tapi bila pikir2 balik maybe sebab negara jepun x banyak jenayah kot
parents x bimbang sangat la
kalau kat malaysia buat macam ni
mahu nye hari2 kuar berita budak2 kene culik :)
hari tu kebetulan pegi shiga
dekat belakang rumah kawan saya ada sekolah
dan boleh la tengok aktiviti2 diorang
kebetulan hari tu diorang bertanding main 野球 ( baseball)
lebih kurang macam sofbol juga mainan ni
suke betul tengok diorang main
teringat mase main sofbol tyme muda remaja dulu.hihi
lepas tu esoknya masa diorang sekolah
tyme rehat cuba teka diorang buat ape?
hihi
mereka duk main2 satu padang ni
tapi bende ni biasa je
kat malaysia pon ade gak budak2 main di padang kan
hihi
saje nk cerita
suka tengok budak2 di jepun ni
x tahu kenapa :)

Wednesday, October 27, 2010

-ceritera cinta-

"cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar
mengubah cuka jadi anggur
mengubah sedih jadi riang
mengubah amarah jadi ramah
mengubah musibah jadi muhibbah
itulah cinta
sekalipun cinta telah ku uraikan
dan kujelaskan panjang lebar
namun jika cinta kudatangi
aku jadi malu pada keteranganku sendiri
meskipun lidahku sudah mampu menguraikan
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya
kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta
dalam menguraikan cinta
akal tebaring tak berdaya
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur
cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan"

saya bukan jiwang sangat
ni bukan puisi ciptaan saya
tapi puisi petikan dari cerita ketika cinta bertasbih
indah kan dia coretkan maksud cinta
dan yang memberi perasaan cinta kepada kita itu adalah Allah s.w.t
subhanallah!
sebenarnya cinta ini mahal
bukan perkara main-main :)

Sunday, October 24, 2010

- ceritera blog dan comment -

setengah orang kata
menulis blog ni macam membuka pekung di dada
semua cerita nak tulis dalam blog
tapi saya tak tahu la nak setuju ke x
sebab masing2 ada pendapat masing2
sebab bg saya manusia ada macam2 cara
untuk pujuk hati dia
kalau dia selesa meluah diblog x salah kot
sebab blog dia dan tak menjejaskan nama orang lain
ini pendapat saya ye
kalau macam kita x suka orang luah apa2 di blog
x payah baca pun xpe kan
tengok tajuk pon mungkin da boleh agak post tu berunsur marah ke
sedih ke gembira ke
so, masa tu masing2 boleh buat pilihan untuk baca atau tidak
sebab jujurnya, sebagai seorang yang mempunyai blog
saya antara yang suka luahkan apa2 disini
kadang2 tengok post saya dah xde ke
kadang2 saya edit post saya buang mana2 ayat yg x patut ke
tu biasa berlaku dalam blog saya
sebab saya pun manusia biasa
ada hati dan jiwa macam orang lain kan.
dan jujurnya saya berblog ni bukan untuk meraih publisiti atau nak buat havoc n so on
siyesly, suka2 saja :)
ok, bukan nak cakap pasal tu sangat pon
cuma nk simpulkan yang blogger2 ni manusia biasa jugak
kalau die nk luah apa2 tu bergantung kepada dia
kita yang membaca, perlu membuat pilihan
kalau rasa x sesuai utk baca, x perlu baca
kalau rasa sesuai baca, boleh baca.
kalau lepas baca anda rasa nak marah ke dengan post tu
blogger2 boleh tanya balik pada anda
sape suruh baca post saya? ( baca dengan nada bertanya, bukan sinis) hihi
tu la nak cakap
sebab beberapa hari lepas saya ada baca post kawan saya ni
saya hanya mampu memujuk dia melalui komen
sebab dia memang sedang sedih
tapi hati saya bertambah sedih
apabila ada anonymous yang komen juga
yang kata apa yang jadi pada kawan saya tu
sebagai tarbiyah sebab kawan saya pernah buat macam tu juga pada orang lain
rasanya la kan;
tak baiklah nak cakap cam tu ye
kalau si A pernah buat macam tu dekat si B
dan lepas tu si C pun nak buat macam tu pada si A
kalau la si C tu anggap apa yang die buat tu sebagai tarbiyah kepada si A
suatu hari nanti kalau ada si D yang buat macam tu balik dekat si C
tak ke bersambung2 jadinya?
lepas tu si D pun boleh bagi alasan apa yang dia buat pada si C tu
sebagai tarbiyah sebab si C pernah buat mcm tu pada si A
jelas x? kalau ada yang membaca post ni dan x jelas
boleh tanya ye supaya sampai maksud yang saya nak cakap
semalam saya igt nak tambah juga komen dekat post tu
tapi blogspot problem
tapi Alhamdulillah tadi tgk da ada kawan yang betulkan situasi tu
cuma mungkin pemilik blog dan delete postnye
ok la
post ni bukan untuk nak salahkan siapa2
saya pun tak mahu cari salah orang lain
sebab saya da rasa perasaan apabila orang cari salah kita
kalau boleh apa yang saya rasa ni, x nak la orang lain rasa sekali
cuma mahu berkongsi la
kita kan manusia ciptaan Allah s.w.t
jadi sebenarnya tidak ada hak untuk kita tentukan
Allah sedang tarbiyah sesiapa
rahsia Allah ini tidak ada siapa yang tahu
jadi hidup kita perlu sentiasa memaafkan dan dimaafkan
ada lagu sikit;

" kiasan hidup ibarat roda
kekadang di atas, di bawah, di atas semula
redha dan syukur akan kehendakNya
itulah tanda kasih sayang kita..:) "

lepas tu mari layan sikit post afif ni
ringkas tapi sarat dengan maksud mendalam
why can't we all just respect one another
enjoy what we love to do
and stop complaining about others :)