Thursday, November 3, 2011

- Rezeki -

[:: Sila baca dengan nada iklan masterchef malaysia dalam Astro tu ye :D ::]

[Ini adalah nasi lemak yang dibuat oleh anda.]

[Ini adalah nasi lemak yang dibuat oleh Makcik Rozi]

[Ini adalah nasi lemak yang dibuat oleh Masterchef Fauziah. haha:D]

alhamdulillah. itulah rezeki malam semalam
act da lama nak buat sambal bilis tu
tapi semalam baru berkesempatan :D

minggu lepas ada sorang kakak ni datang rumah saya
namanya kak linda
senpai JAD jugak
jujurnya saya sangat respect pada kak linda
dalam erti kata lain
saya thiqah la dengan kak linda :)
saya memang sangat suka dengar kak linda bercakap
sebab apa yang dia cakap, insyaAllah ada ilmu yang baik untuk kita hadam
kak linda tido rumah saya
kalau kak linda datang, memang saya x lepaskan peluang la tanya sume benda

yang saya nak cerita ni
kedatangan kak linda kali ni buat saya belajar tentang


REZEKI

bermula dengan kak linda sampai okayama eki
lepas tu memikirkan takut lapar nanti, kak linda pun beli bento
banyak la sayur nasi sume
lepas tu senior saya pegi amik kak linda
and ajak makan kari ayam halal di okayama daigaku
lepas tu kak linda rasa kenyang n x makan la bento dia
bila saya balik dari lab
kak linda suh saya makan bento tu
tp sebab saya x suka makanan jepun saya pun x makan la
bila kawan saya lagi sorang balik
memang kawan saya nak makan something masa tu
then bila masuk bilik saya n salam dengan kak linda
kak linda pun suh kawan saya makan bento tu
kawan saya pun makan sebab die suka makanan jepun

then kak linda cakap
ni rezeki kawan awak
sebab cantik da Allah atur sampai rezeki tu jadi milik kawan saya
perancangan asalnya kak linda beli sebab takut lapar
tapi rezeki kak linda bila senior saya belanja kak linda makan kari
then bento tu jadi rezeki kawan saya

pagi esoknya
saya kak linda n ain pegi morning walk di satu taman
taman ni taman ketiga tercantik kat jepun
lama juga kami morning walk
lepas tu ain belanja aiskrim
rezeki lagi :)
makcik yang jual aiskrim ni pun ramah tamah
lepas tu kami pun bercadang nak g buat senaman dalam taman tu
tapi kalau x bawak student card kena bayar la nak masuk
kalau ada student card free je
kami pun intai2 je la dalam tu
skali tengok ramai orang jepun dalam tu
macam ada event
lepas tu makcik yang jual aiskrim tu cakap pagi tu ada event
diorang akan lepaskan sejenis burung ni terbang dalam taman tu
burung tu besar so bila die boleh terbang, bagi orang jepun sugoi kot bende tu haha
lepas tu event nye setahun sekali je
kalau x tengok hari tu maknanya tahun depan baru ade balik event tu
kami memang nak masuk la
sorang kene bayar 400 yen
tapi saya n kak linda x bawak duit
duit ain pun da abis beli aiskrim tadi
sedihnye
event tu da nak mula da masa tu
bila da buntu fikir
kami pun pusing ke belakang nak balik rumah la
sebab frust haha
skali bile pusing je belakang
makcik yang jual aiskrim tu pegi beli 3 tiket n bagi pada kami
kami sume macam tekejut
makcik tu kata dia bagi hadiah pada kami
maybe dia tahu kami nak sangat masuk dalam tu time tu
memang ureshi sangat masa tu

lagi skali kak linda ingatkan
" ni la rezeki kita tak tido lepas subuh"

lepas kak linda balik tokyo
ada seorang kakak lain berkongsi tentang
4 kunci ketenangan hidup Al-Imam Hassan Al-Bashri:

1. Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang.
2. Aku tahu bahawa tugasku ( sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya.
3. Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa.
4. Aku tahu ajal itu pasti datang, maka kau selalu bersiap-siap menantinya.

saya tertarik dengan yang nombor 1

mungkin macam2 perkara berlaku
tapi semua yang berlaku tu
Allah nak tarbiyyah saya 1 saja
iaitu rezeki

Rezeki kita tidak akan jatuh ke tangan orang lain
dan
rezeki orang lain tidak akan jatuh ke tangan kita
cukuplah dengan beriman dengan dua perkara ni
buat hidup kita menjadi tenang
kalau memang rezeki kita
macam2 mana sekalipun kita ia pasti jadi milik kita
kalau bukan rezeki kita
even nasi dalam mulut pun boleh tumpah ke tanah
ramai orang salah anggap tentang rezeki
bagi mereka rezeki ni dalam bentuk duit saja
dan kerana duit juga ramai manusia jadi macam2

kerana duit, mungkin 2 sahabat boleh bergaduh
kerana duit, mungkin pengusaha kedai makan sanggup bomoh dan sihir sahabat sendiri yang lebih laku kedai makannya

semua sebab duit kan?

mari insafi
buang sifat hasad dengki yang boleh mengganggu hati
mari merasa gembira dengan kejayaan orang lain
kalau kita dapat itulah rezeki kita
kalau kita tak dapat maknanya bukan rezeki kita tapi rezeki orang lain
cantik dan adil Allah aturkan
rezeki berbeza2 bagi mengisi keperluan hamba-Nya
kalau kita pertikaikan rezeki orang lain
maknanya kita sedang pertikai urusan Allah s.w.t
moga hati tenang
kerana yakin dan berimannya kita dengan rezeki yang Allah tetapkan untuk setiap makhluknya :)





Tuesday, October 11, 2011

- Jadi Kuat Dengan Jiwa Yang Kuat Juga -

hari ni saya belajar satu perkara
bersangka baik dengan Allah s.w.t
semua orang diuji kan?
kalau student final year di jepun ni, mungkin ramai rasa teruji dengan lab
bukan semua, tapi ada la
sensei garang.
kenkyu bizi sangat.
senior garang.
itu adalah perkara normal untuk kita menjadi sedih dan tak gembira bila berada di dalam lab
tapi, kalau sensei baik tapi kenkyu tak jalan pun adalah satu ujian bagi yang menghadapinya
kesimpulannya, apa yang baik dimata kita tak semestinya baik bg yang melaluinya
ala relax la sensei baik, best ape.
ala relax la kenkyu free boleh enjoy.
em saya tak rasa dua perkara itu sesuatu yang baik
dan saya tengah menghadapi situasi itu
tapi kadang2 bila dengar kawan mengadu senseinya garang
saya rasa bersyukur dikurniakan sensei yang sangat baik dan supportive
kadang2 bila dengar kawan mengadu pasal lab yang terlalu busy
saya bersyukur sebab lab saya tak sebusy die
tapi saya tak pernah rasa seronok dengan lab saya
sebab saya tak dapat apa yang saya harap dalam lab tu
saya mengharap suasana lab yang hidup dan semua orang bekerjasama buat kenkyu
tapi ianya tak berlaku
kalau sorang saja semangat, memang tak akan jalan kenkyu tu
tambah2 saya gaijin yang banyak lagi tak tahu perkara2 tentang kenkyu tu
saya kecewa. sedih dengan pilihan saya
kalau kawan2 yang selalu contact saya tu akan tahu berapa kali saya sebut perkataan menyesal bila bercerita tentang lab
menyesal?
itu adalah perkataan yang keluar dari mulut seorang hamba yang tidak redha dengan ketentuan Rabb-nya

kenapa x suka lab yang free? ok ape x payah busy2 buat kenkyu
- sebab saya mahu grad dengan yakin dan saya boleh jawab dengan baik bila orang minta saya terangkan pasal research yang saya buat. kalau lab free, maknanya tak banyak jikken ( experiment) yang saya buat so tak banyak data yang saya dapat so tak banyak kesimpulan yang saya boleh buat. then, tak banyak lah bende yang saya belajar kenapa data jadi macam ni macam tu.

banyak kali juga memotivasikan diri sendiri. kalau semua orang tak mula buat kenkyu, akulah kene jadi orang pertama yang buat kenkyu. tapi nak mula tu kene ada orang ajar kan sebab saya pun budak tengah belajar.

emm susahnya nak terangkan situasi saya, kamu kene ada dekat tempat saya. barulah kamu tahu kenapa saya asyik nak menangis setiap kali bercerita perihal lab saya. ya, kamu kene berada di tempat saya.

percayalah, apa pun masalah yang sedang kita hadapi
sekerap mana pun kite mengadu pada orang lain
keadaan tidak akan berubah kalau diri kita sendiri x mengubahnya
percayalah, banyak manapun orang yang kita tanya
banyak mana pun pendapat yang kawan kita bagi
ia tak mungkin dapat bantu kita kalau kita sendiri sudah punya kehendak diri sendiri
adakah buang masa kita bertanya, buang masa kawan kita menjawab dan menasihati kita?
tidak. tidak
sebab manusia ni memang lemah
kadang2 perkara kecil pun rasa nak kongsi dengan orang lain
sebab ada orang yang dia tidak boleh hadapi masalah sorang2 even masalah kecil
sebab itu bila kawan kita bertanya, sekurang-kurangnya berilah dia satu harapan. satu nasihat yang boleh kuatkan dia kembali
dia bukan mahu buang masa kita
cumanya dia sedang cari harapan baru
manalah tahu hanya dengan satu kata, mampu buat dia jadi kembali bersemangat

kembali kepada perihal bersangka baik dengan Allah :)
manusia cepat sangat rasa lemah
cepat sangat mengeluh
kadang2 kite pelik, kenapa die ni suka mengeluh
sensei baik pun nak mengeluh
kenkyu tak busy pun nak mengeluh
sebab kan, manusia ni berbeza-beza
setiap orang ada perkara yang dia harap dan mahu
bila sesuatu perkara itu tak mengisi kehendak dia, memang dia akan mengeluh
huhu. tak salah sebenarnya kita sedih. mengeluh
tapi jangan sampai hilang keimanan kita tentang qadar Allah
qadar Allah ini, kalau kita beriman dengannya insyaAllah tenang kehidupan kita
bagaimana cantik Allah menyusun takdir untuk hamba-Nya
mustahil Allah takdirkan sesuatu yang sia-sia untuk sebaik-baik makhluk seperti kita
even untuk makhluk Allah yang lain pun, sangat teliti Allah aturkan
hatta, daun yang gugur dari pokok sekalipun
pukul berapa daun itu gugur, dari ketinggian berapa daun itu gugur
semua itu sudah Allah aturkan dengan sangat teliti
jadi tidak lah layak bagi manusia seperti kita yang selalu buat khilaf ni nak mempertikaikan takdir Allah
Allah datangkan semua perkara bersama hikmahnya
maka beruntunglah orang mukmin yang ketemu dengan hikmah tersebut
bagi yang sedang diuji, teruskan mencari hikmah
saya, sampai sekarang saya tertanya-tanya
apakah hikmahnya saya ditakdirkan berada dalam lab ini
kenapa tahun lepas saya memilih lab ini?
saya sedang mencari dan saya yakin akan bertemu hikmahnya kalau saya teruskan bersabar
tapi banyak kali juga saya gagal untuk bersabar
bersangka baiklah dengan Allah.
Sudah Dia takdirkan kita begini pada waktu ini
bersangka baiklah dangan aturan kehidupan yang Allah tetapkan
yang dah berlalu biarkan berlalu
rasa salah memilih tu mungkin akan jadi pengajaran untuk lebih berhati2 buat pilihan di lain ketika
mungkin pada masa hadapan, bila saya diuji dengan kehidupan yang busy, saya akan bersyukur sebab pernah melalui zaman tak busy mcm sekarang
mungkin pada masa hadapan, bila saya diuji dengan bos yang garang, saya akan bersyukur sebab pernah dikurniakan sensei yang baik seperti sekarang
jangan cakap menyesal lagi
itu tandanya kita tak redha dengan ketentuan Tuhan
jangan mengeluh lagi
selamat berjuang untuk hari2 mendatang wahai diri
yappari, kalau nak jadi kuat, perkara paling penting adalah jaga hubungan dengan Allah
sebab Dia lah Rabb kita yang kita letakkan kasih sayang, cinta, takut dan harapan
mintalah kekuatan dengan Dia
kalau kita rasa kita mampu jadi kuat tanpa menjaga hubungan dengan Allah, kita salah
kita tidak mampu jadi kuat tanpa kekuatan dari Dia
kalau kita rasa mampu pun, mungkin kita kuat dengan jiwa yang kosong
jiwa kosong yang tidak terisi dengan cinta kepada Pencipta kita.
marilah menjadi kuat dengan jiwa yang kuat juga
moga Allah membantu :)
semua ni nasihat untuk diri saya. diri saya. ya, diri saya :)
bukan nak mengadu pada awak, bukan nak minta simpati dengan awak
tapi, ni kan blog saya. so saya boleh bercerita kat sini kan? ;)

jadi kuat macam semut
dia kecil dan sedar dirinya kecil lantas dia menjadi makhluk yang kuat berusaha
samalah macam diriku
diriku gaijin yang banyak lagi perkara yang tak tahu, so kene usaha supaya menjadi orang yang tahu banyak perkara.


Friday, October 7, 2011

- Makcik Tu Hantu Ke? -

assalamualaikum :)
salam saiyyidul ayyam, penghulu segala hari
sekarang di Jepun sudah gelap gulita hehe
sebab maghrib awal, so awal la gelapnya
saya sorang2 di rumah ni
housemate saya sorang x balik lab lagi
sorang lagi berjuang menjawab ielts di Osaka :D
saya pun baru pulang juga dari lab
hari ni lab saya best, kami da start buat programming sikit2
before ni setiap kali pegi lab saya agak bimbang sebab lab saya masih belum start jikken lagi
sekarang da nak bermula, alhamdulillah
kene terima apa saja yang berlaku setiap hari dengan positif ;)
sebut pasal duk sorang2 ni
saya teringat satu kisah
masa mula2 sampai jepun dulu saya cuak tak terkata kene duk rumah sorang2
abis la saya, takde orang nak teman saya tidur sume kan
tapi ok la sebenarnya sebab rumah kat jepun ni sebesar bilik je
so xde la takut kalau duk sorang2
tapi berbeza pada tahun ni
saya dan dua kawan saya tinggal satu rumah
rumah dua tingkat
kayu dan sangat besar
memang la best sebab besar kan
tapi bagi saya, lagi besar rumah tu lagi takut nak duk sorang2
tapi malam ni saya duk sorang2
teringat peristiwa yang melucukan yang jadi tahun lepas

SAYA NAMPAK HANTU MAKCIK JEPUN!

Tahun lepas, setiap jumaat malam kami ada usrah
and usrahnya gilir-gilir rumah setiap orang
ditakdirkan hari tu usrah rumah kawan saya yang belajar di Okayama Daigaku
so, agak jauh la dengan rumah kami ni sebab rumah kami dekat dengan Okayama Rika Daigaku
Lain tau Okayama Daigaku n Okayama Rika Daigaku hihi
ok lepas tu usrah malam tu abis pukul 11 malam
masa tu musim sejuk la so sume pakai baju belon tu haha
ala baju tebal tu la, saya panggil baju belon je ;P
lepas abis usrah tu saya, kak ijat, ain n soha balik la skali
macam biasa, saya memang x behenti bercakap
suke sangat cakap time naik beskal
saya jalan seiring dengan kak ijat
ain n soha pula seiring di depan saya masa tu
lepas tu dari jauh ktorang nampak sorang makcik jepun ni bawak baby stroller
makcik ru rambutnya sume putih, paras leher
lepas tu saya yang genki masa tu pun cakap dekat kak ijat

Saya : Akak, ada makcik kat depan. tak sejuk ke makcik tu?

Kak Ijat diam je time tu tapi ain n soha dengar saya cakap

Soha : eh makcik tu bawak baby ke anjing tu?

Saya : haha. macam baby je. tapi tak sejuk ke makcik ni.

Kak Ijat masih lagi diam sebelah saya.

Saya : akak2 die bawak baby la. tak sejuk ke baby tu.

Masa saya cakap dialog last kat atas tu saya selisih dengan makcik tu. Kiranya makcik tu lalu sebelah saya la. Kami bertentangan arah. masa betul2 makcik tu sebelah saya, saya tengok la die. Makcik tu pun pandang saya sesaat dengan mata yang garang pastu die terus tengok bawah.

Lepas je makcik tu berselisih dengan saya tu, kak ijat pun bersuara

Kak Ijat : Gee, kalau nampak orang or benda malam2 macam ni jangan tegur tau. kak ijat cakap dengan nada yang macam berbisik

lepas tu saya pun terus cuak. Saya pusing blakang. Tengok2 makcik tu da xde.
waaaaaaaa! padahal jalan blakang tu adalah jalan lurus n sawah padi
xde lorong nak pusing kiri atau kanan
so secara logik nya makcik tu memang akan ada la kat atas jalan straight tu kan?

saya pun pusing lagi skali sebab tak puas hati
makcik tu xde jugak. kosong je jalan blakang saya
saya pun dengan cuaknya terus terketar-ketar
tangan da xleh pegang basikal da
saya pun terhimpit kak ijat n ktorang pun jatuh sama2 kat tepi kedai
lepas jatuh tu lagi la saya xleh nak pegang basikal
masa tu la airmata ni keluar tak stop2
nangis je la saye mase tu
sebab memang dalam fikiran saya memang saya nampak hantu!
ain n soha pun stopkan basikal tanya kenapa
saya memang tak boleh nak cerita la masa tu
kak ijat pun cerita la kat diorang apa yang jadi
kami berempat pun singgah la dekat konbini besar tepi jalan
tenangkan hati
kak ijat suruh baca surah 4 kul
baca banyak2 kali sambil nangis
lepas da ok tu kami pun sambung perjalanan
tak pasal2 kami tido umah kak ijat time tu
lepas tu gelak2 balik sebab teringat kenapa la aku cakap banyak tadi
kenapa la aku g nangis tadi

yang kelakarnya lepas usrah
sepatutnya lepas usrah ni hati ni kene betul2 kuat la
xde la nak fikir or takut dengan hantu ke ape kan

sampai sekarang saya pun tak pasti yang saya nampak tu hantu ke ape
tapi memang betul2 xde kat jalan bila saya pusing blakang
lagipun muka die pelik je masa pandang saya tu
muka dia putih yang bukan biasa2
tapi bila cerita kat mak memang kene gelak je la
tu la kisahnya
pengajarannya, kalau nampak orang tengah2 malam janganlah tegur
janganlah jadi ramah tamah macam saye >_<


tapi tak baik kita takut sangat dengan hantu ni
boleh rosak akidah kalau kita takut sangat
sebab hantu ni xleh ganggu kita tanpa izin Allah s.w.t
sebab iblis syaitan ni kan makhluk Allah jugak
Allah ajar kita ayat2 al quran untuk minta pelindungan dengan Dia kan :)

marilah kite lupakan kisah hantu tu
ingatlah Allah sentiasa ada dengan kita
Allah sangat dekat dengan kita
lebih dekat dari urat leher kita :)

jom dengar lagu ni kejap
bagi saya lagu ni best.. ada nostalgia yang tersendiri
kalau anda tak suka lagu ni xpe la
sebab minat saya pada lagu ni lain macam sikit
lagu2 lama kan sume sedap2
tak macam lagu sekarang, femes ikut musim aje :D