Thursday, November 3, 2011

- Rezeki -

[:: Sila baca dengan nada iklan masterchef malaysia dalam Astro tu ye :D ::]

[Ini adalah nasi lemak yang dibuat oleh anda.]

[Ini adalah nasi lemak yang dibuat oleh Makcik Rozi]

[Ini adalah nasi lemak yang dibuat oleh Masterchef Fauziah. haha:D]

alhamdulillah. itulah rezeki malam semalam
act da lama nak buat sambal bilis tu
tapi semalam baru berkesempatan :D

minggu lepas ada sorang kakak ni datang rumah saya
namanya kak linda
senpai JAD jugak
jujurnya saya sangat respect pada kak linda
dalam erti kata lain
saya thiqah la dengan kak linda :)
saya memang sangat suka dengar kak linda bercakap
sebab apa yang dia cakap, insyaAllah ada ilmu yang baik untuk kita hadam
kak linda tido rumah saya
kalau kak linda datang, memang saya x lepaskan peluang la tanya sume benda

yang saya nak cerita ni
kedatangan kak linda kali ni buat saya belajar tentang


REZEKI

bermula dengan kak linda sampai okayama eki
lepas tu memikirkan takut lapar nanti, kak linda pun beli bento
banyak la sayur nasi sume
lepas tu senior saya pegi amik kak linda
and ajak makan kari ayam halal di okayama daigaku
lepas tu kak linda rasa kenyang n x makan la bento dia
bila saya balik dari lab
kak linda suh saya makan bento tu
tp sebab saya x suka makanan jepun saya pun x makan la
bila kawan saya lagi sorang balik
memang kawan saya nak makan something masa tu
then bila masuk bilik saya n salam dengan kak linda
kak linda pun suh kawan saya makan bento tu
kawan saya pun makan sebab die suka makanan jepun

then kak linda cakap
ni rezeki kawan awak
sebab cantik da Allah atur sampai rezeki tu jadi milik kawan saya
perancangan asalnya kak linda beli sebab takut lapar
tapi rezeki kak linda bila senior saya belanja kak linda makan kari
then bento tu jadi rezeki kawan saya

pagi esoknya
saya kak linda n ain pegi morning walk di satu taman
taman ni taman ketiga tercantik kat jepun
lama juga kami morning walk
lepas tu ain belanja aiskrim
rezeki lagi :)
makcik yang jual aiskrim ni pun ramah tamah
lepas tu kami pun bercadang nak g buat senaman dalam taman tu
tapi kalau x bawak student card kena bayar la nak masuk
kalau ada student card free je
kami pun intai2 je la dalam tu
skali tengok ramai orang jepun dalam tu
macam ada event
lepas tu makcik yang jual aiskrim tu cakap pagi tu ada event
diorang akan lepaskan sejenis burung ni terbang dalam taman tu
burung tu besar so bila die boleh terbang, bagi orang jepun sugoi kot bende tu haha
lepas tu event nye setahun sekali je
kalau x tengok hari tu maknanya tahun depan baru ade balik event tu
kami memang nak masuk la
sorang kene bayar 400 yen
tapi saya n kak linda x bawak duit
duit ain pun da abis beli aiskrim tadi
sedihnye
event tu da nak mula da masa tu
bila da buntu fikir
kami pun pusing ke belakang nak balik rumah la
sebab frust haha
skali bile pusing je belakang
makcik yang jual aiskrim tu pegi beli 3 tiket n bagi pada kami
kami sume macam tekejut
makcik tu kata dia bagi hadiah pada kami
maybe dia tahu kami nak sangat masuk dalam tu time tu
memang ureshi sangat masa tu

lagi skali kak linda ingatkan
" ni la rezeki kita tak tido lepas subuh"

lepas kak linda balik tokyo
ada seorang kakak lain berkongsi tentang
4 kunci ketenangan hidup Al-Imam Hassan Al-Bashri:

1. Aku tahu bahawa rezekiku tidak akan jatuh ke tangan orang lain, maka hatiku menjadi tenang.
2. Aku tahu bahawa tugasku ( sebagai hamba) tidak akan dikerjakan orang lain, maka aku sibukkan diriku dengannya.
3. Aku yakin Allah memerhatikanku, lalu aku malu untuk menjatuhkan diriku ke dalam dosa.
4. Aku tahu ajal itu pasti datang, maka kau selalu bersiap-siap menantinya.

saya tertarik dengan yang nombor 1

mungkin macam2 perkara berlaku
tapi semua yang berlaku tu
Allah nak tarbiyyah saya 1 saja
iaitu rezeki

Rezeki kita tidak akan jatuh ke tangan orang lain
dan
rezeki orang lain tidak akan jatuh ke tangan kita
cukuplah dengan beriman dengan dua perkara ni
buat hidup kita menjadi tenang
kalau memang rezeki kita
macam2 mana sekalipun kita ia pasti jadi milik kita
kalau bukan rezeki kita
even nasi dalam mulut pun boleh tumpah ke tanah
ramai orang salah anggap tentang rezeki
bagi mereka rezeki ni dalam bentuk duit saja
dan kerana duit juga ramai manusia jadi macam2

kerana duit, mungkin 2 sahabat boleh bergaduh
kerana duit, mungkin pengusaha kedai makan sanggup bomoh dan sihir sahabat sendiri yang lebih laku kedai makannya

semua sebab duit kan?

mari insafi
buang sifat hasad dengki yang boleh mengganggu hati
mari merasa gembira dengan kejayaan orang lain
kalau kita dapat itulah rezeki kita
kalau kita tak dapat maknanya bukan rezeki kita tapi rezeki orang lain
cantik dan adil Allah aturkan
rezeki berbeza2 bagi mengisi keperluan hamba-Nya
kalau kita pertikaikan rezeki orang lain
maknanya kita sedang pertikai urusan Allah s.w.t
moga hati tenang
kerana yakin dan berimannya kita dengan rezeki yang Allah tetapkan untuk setiap makhluknya :)





2 comments:

sugar(s)