Wednesday, April 10, 2013

Korea Aku Datang :)

sedikit waktu terluang petang ini membuatkan saya terasa nak tambah sikit cerita tentang pelancongan saya dan ain ke korea, yang telah saya karang sejak dua minggu lalu, ketika masih di Malaysia tapi harini baru nak publish wahaha.

Assalamualaikum dari bumi Malaysia :)

baru teringat yang saya masih belum update kisah percutian saya ke negara kpop iaitu korea :)
tahukah anda ketika di korea tempoh hari saya sangat berkobar kobar mahu update kisah percutian saya ke korea?
mungkin ketika itu saya sedang teruja tapi sayangnya keterujaan tersebut telah hilang sedikit demi sedikit :)

tapi saya gagahkan juga diri untuk update
sebagai lakaran perjalanan hidup saya si alam maya :)

entah mengapa bahasa saya sedikit skema sejak dua menjak ini :D

baiklah, mari mulakan kisah saya di korea :)

KOREA AKU DATANG

sebenarnya percutian ni tidaklah dirancang dengan rapi sangat sebab last minit juga decide mahu ke korea bagi mengisi cuti musim sejuk :)
dan keinginan itu aku suarakan kepada Ain dan Sohair.
untuk pengetahuan semua, Ain dan Sohair telah pun ke korea ketika cuti musim bunga dulu hehe

kebetulan ain pun xde plan untuk musim sejuk, ain kata ok je nak pegi korea lagi skali. perghh. Ain memang anak datuk :D haha jangan marah Ain comeyhh.
manakala Sohair pula sudah ada perancangan untuk cuti musim sejuk tersebut :D

lepas dengar Ain nak join, saya kate xpe ain buat ape nak pegi korea dua kali kan. dah mcm kampung halaman pule kalau mcm tu :D kan kan
Ain yang sememangnya terkenal dengan sikap ' i ok je' ni kate xpe xpe aku xpe je. wahaha

tapi sebagai rakan yang masih mempunyai hati dan perasaan, saya berfikir. kesian ain kalau die nk pegi tempat sama dua kali. so apa kata kali ni kami pegi Jeju! hehe

Jeju ni sebuah pulau di korea.
biasanya kalau budak2 ni pegi memang akan ke Seoul, jarang yang akan ke Jeju.
tapi bagi saya sendiri, saya prefer tempat yang ada permandangan cantik. kalau Seoul mungkin best untuk shopping tapi Jeju ni sesuai untuk orang yang suka melihat alam dan permandangan yang cantik :D

selepas menyuarakan hasrat untuk ke Jeju, Ain bersetuju cuma die kesian pada saya kalau langsung x pegi Seoul. Yelah, kalau ke Korea tanpa melawat Seoul ibaratnya seperti manusia tanpa kepala. wahaha maknanya ibarat tidak lengkaplah percutian ke korea :)

setelah berbincang, kami putuskan untuk bukan hanya ke Seoul dan Jeju, malah ke Busan juga :)

Maka bermulalah misi mencari tiket.
Kami plan ke dari Kansai Airport terus ke Jeju. tidur semalam di Jeju then esoknya ke Busan. Di Busan kami x bermalam, lepas jalan2 di Busan kami amik KTX ( macam shinkansen kalau di Jepun) ke Suwon.
Bermalam di rumah akhwat korea, esoknya memulakan misi shopping di Seoul.
Benarlah bagai dikata, kedai produk kecantikan di Korea ni berderet-deret banyaknya di tepi-tepi jalan macam kedai keropok lekor di negeri Terengganu :D

sungguh rambang mata saya melihat
cumanya mungkin diri ini kurang meminati alat-alat makeup, saya seperti memandang kedai-kedai tersebut hanya dengan sebelah mata :D kikiki

oleh kerana hanya ada dua hari ni Seoul, kami menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya. Oleh sebab dah tulis list barang yang nak dishoppingkan di Seoul, perjalanan menjadi agak lancar dengan izin Allah dan juga bantuan dari akhwat2 di Korea :)

Alhamdulillah, sempatlah shopping tshirt i love korea, brooch untuk family dan sepasang sutera cantik buat bonda tersayang :)

sempat juga melawat dua universiti di sana.
ketika itu suhu di Seoul dan Suwon mencecah -11.
memang kesejukan terasa sampai ke tulang terutamanya di tulang kaki
sehingga kami beberapa kali singgah minum kopi di cafe untuk meredakan kesejukan sekaligus mengambil kesempatan menggunakan wifi free disana hihi :D

saya akan berkongsi cerita tentang negara jiran Jepun ni.
saya pecahkan kepada beberapa bahagian supaya entri ini kelihatan sedikit comel dan sedap dibaca :)

1. TIKET
Kami bertolak dari Kansai Airport ke Jeju International Airport. Tiket pergi balik kami agak mahal jika dibandingkan dengan tiket2 yang pernah dibeli oleh rakan-rakan sebelum ini. Perjalanan dari Osaka ke Jeju mengambil masa dalam satu jam lebih. Tak sampai dua jam. Menaiki Korean Air, memang selesa dan saya begitu tertarik dengan pakaian pramugarinya. Warna pakaian yang lembut dan yang memakai seluar panjang kelihatan begitu sopan dengan hiasan di sanggul rambut yang ringkas tapi sweet :) Dari Jeju, kami ke Busan menaiki Jeju Air. Mengambil masa sejam lebih sikit. Harga tiket flight dari Jeju ke Busan tidaklah mahal. Tiket-tiket train pun tidak mahal. Dari Busan ke Suwon kami menaiki KTX. Saya kurang pasti ianya singkatan dari perkataan apa. KTX ni macam shinkansen di Jepun. Train yang berkelajuan tinggi, bezanya tiket KTX ni tidaklah semahal tiket shinkansen di Jepun, walaupun jarak perjalanannya hampir sama :) Dari Gimpo Airport ke Jeju Airport, kami menaiki Jin Air. Sampai ke Gimpo Airport kurang lebih 15 minit sebelum berlepas, memang berjaya menghasilkan dua orang pelari pecut dari Malaysia! haha Tanpa disangka-sangka Ain telah menunjukkan bakat terpendamnya apabila berlari dgn kadar kelajuan luar biasa untuk mengejar masa yang masih berbaki haha :)


Jin Air :)

2.MAKANAN
Makanan adalah antara perkara terpenting kalau kita ke sesuatu tempat. Nak mencari yang halal dan boleh dimakan bukanlah sesuatu yang mudah lagi lagi di negara yang sepenuhnya guna bahasa ibunda mereka. Kalau di Jepun, kami terlah diajar oleh senior bagaimana cara untuk pastikan makanan boleh dimakan atau tidak. Perkara ni telah difikirkan sebelum kami terbang ke sana lagi. Kami telah menjumpai satu website yang saya kira sangat berguna untuk muslim yang ingin ke Korea. Ebook ini memuatkan senarai restoran halal, kedai seafood yang boleh dimakan juga senarai masjid di sekitar korea. Sangat berguna, tapi kami x sempat print ebook ini. Sesampainya di Jeju, rupenya di kaunter pertanyaan juga disediakan pamplet untuk pelancong dan alhamdulillah disenaraikan juga beberapa kedai halal sekitar Jeju. Cantikkan kan pertolongan Allah :) Kalau disekitar Seoul kami kurang bimbang, sebab ada junior yang akan bawa kami jalan jalan dan pastinya dia lebih tahu mana makanan yang boleh dimakan. hehe :) Dengan bantuan adik manis bernama Krun dan Anis dan Najipah, dapat la kami merasa beberapa jenis makanan korea weheee :D Oh, saya kurang arif sikit menilai makanan sedap atau tidak, tapi sepanjang kat sana selera memang x putus :D

3. KENDERAAN AWAM
sepanjang di Jeju, daripada hotel ke airport setiap hari kami naik teksi. Mengambil masa hanya 10 minit dan kos lebih kurang 400 yen sahaja. Setiap hari kami akan ke jeju airport sebab kebanyakan bas ke tempat tempat menarik banyak stop di airport. Jarak masa setiap bas pun sekejap, so bila fikir fikir balik, kami rasa better setiap hari ke airport dan tanya kaunter pertanyaan tentang tempat tempat menarik untuk kami lawati. Tambang bas pun murah, pendek kata kalau melancong ke korea anda tidaklah perlu mengeluarkan belanja yang besar seperti ke tempat tempat lain :) Di Seoul pula, kami banyak guna train. Hanya dengan guna T Money Card, perjalanan menjadi begitu mudah! hehe. Alhamdulillah sepanjang di Seoul kami tidaklah mengalami kesukaran sebab ada junior yang comel sudi menemani dan membawa kami ke tempat tempat yang best :) Jazakillah khair pada Anis Krun dan Najipah! :D

4. KOMUNIKASI
untuk pengetahuan anda, orang orang korea memang begitu bangga dengan bahasa ibunda mereka sehinggakan jarang sekali menjumpai mereka yang fasih berbahasa omputih hehe :D sempatlah sekali dua saya berbahasa isyarat dengan orang korea wahaha. ye lah die x reti bahasa kita, kita pon x reti berbahasa korea bagai ni. Nasib baik Ain peminat setia drama korea, so banyak la juga membantu komunikasi kami dengan orang- orang korea ni. Nak harapkan diri ini, memang cakap bahasa melayu saje akibat hanya menonton drama-drama melayu wahaha :D Tapi Alhamdulillah, boleh membawa diri dengan selamat ke tempat-tempat menarik di Jeju sebab kami berpegang kepada pepatah malu bertanya sesat jalan hihi :)

5. KEBERSIHAN
Oleh kerana kami belajar di Jepun yang sememangnya sangat bersih, kami agak terkejut dengan tahap kebersihan di Korea. Memang mengecewakan dan susah sekali kalau nak cari tempat solat terbuka yang bersih. Oh Oh Oh! Adakah kerana Korea tidak bersih, atau Jepun yang terlalu bersih haha :D Di Korea juga banyak gerai-gerai jual makanan di tepi jalan, seperti Malaysia juga. Tapi jujurnya memang saya merasakan Korea ni kurang bersih dan daripada 5 bintang, sata bagi dua setengah bintang :D

6. BUDAYA
Nak kata budaya tak lah budaya sangat. Cumanya, masa mula-mula sampai ke Jeju Airport, saya sebenarnya telah ternganga dengan sikap seorang pakcik teksi di sana. Ditakdirkan kami dapat pakcik teksi yang agak pelik. Dengan muka yang garang, tak tolong pun angkat beg2 kami malah membebel bebel mungkin suruh kami angkat sendiri beg-beg tersebut. Sebenarnya, kami ni baik orangnya! haha Kalau pakcik tu baik, jangan kata die suruh, die tak suruh lagi pun kami dah tolong die angkat beg tu ke dalam teksi. Saya yang sememangnya pertama kali ke Korea dan langsung tidak tahu budaya orang-orang korea memanglah buat muka tak puas hati. Tapi Ain yang tenang lagi menenangkan tu telah menenangkan diri ini :) Kata Ain orang korea yang dah berusia ni memang kasar sikit dan kuat semangat senioriti mereka. Dan saye telah menerima fakta itu dengan hati yang terbuka, plus, sepanjang perjalanan ke hotel, pakcik tu cakap sorang-sorang dalam teksi. Mungkin pakcik tu istimewa sikit dan kita yang muda ni perlulah lebih bersabar dan senyum saja :D Beberapa hari lepas tu, semasa dalam perjalanan ke airport lagi, saya ternampak seorang wanita bergaduh dengan lelaki di tepi jalan. Siap sepak menyepak lagi. Perghh! Speechless :D haha Kalau kite membeli belah di kedai pun cashier die tak lah sebaik dan sesopan cashier kat jepun. biasa je la. x boleh lawan negara jepun yang 1 dalam 1000 ni hehe

7. TEMPAT TEMPAT MENARIK
Kami memilih Jeju sebagai destinasi utama sebab memang tujuannya nak melihat tempat-tempat yang cantik. Shopping nombor 2 haha :D Kalau anda nak ke tempat yang cantik dan memilih Jeju sebagai destinasi utama, anda sedang membuat keputusan yang tepat. Dekat jeju ni ade 7 wonders of Jeju. Sayangnya kami sedar kewujudan 7 wonders of jeju ni masa hari ketiga terakhir kami kat Jeju. Kalau tahu awal-awal boleh rilek2 je g 7 tempat ni. Tapi sebab dah xde masa terpaksa la marathon 7 tempat ni dalam masa 2 hari wahaha. Alhamdulillah sempat la pegi 7 tempat ni. Subhanallah, Maha Suci Allah. Cantik sangat alam ciptaan Allah. Sampai saya terfikir ' kalau aku x pegi Jeju, aku mungkin x terfikir ada tempat secantik ni.'. haa drama sangat :D Disini izinkan saya berkongsi gambar-gambar 7 wonders of jeju ni. :D Di Seoul kami memang fokus kepada shopping. Memang x pegi tempat2 menarik di Seoul, cumanya agak teruja bila tengok bangunan bangunan yang cantik di Korea University, tempat junior saya belajar :)


Udo Island. 
Bagi saya ni adalah tempat paling cantik di jeju. walaupun gambar yang saya ambil ni kurang cantik, percayalah udo island ni sangat cantikkk :) Ada gambar yang lebih cantik tapi gambar saya ada sekali, so die jadi x cantik da :D


Jungmun Daepo Coastal Columnar Jointed Lava 
Yang ni pun cantik dan saya kagum dengan keunikan tempat ni :)








Jeongbang Waterfall


Manjanggul Cave 


Korea University :)

8. HOTEL
Oleh sebab dapat hotel yang best dengan harga yang agak murah, nak juga letak gambar hotel. hehe


Ni Jeju Palace Hotel. 
10 minit dari airport. Kami dapat bilik paling tepi, so ade ruang yang lebih besar dari bilik2 lain. Alhamdulillah. Sangat selesa :)

tamatlah kisah percutian kami ke korea :)
Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan Allah
Dapat melancong dengan sahabat yang memahami dan x putus putus buat diri ini tersenyum dan ketawa haha 
arigatou ain! 

akhir kata, izinkan saya berkongsi beberapa tips berguna untuk semua

# Dalam kegembiraan dan keterujaan kita melancong, jangan lupa tunaikan perintah Allah :) 
# Listkan siap-siap tempat yang kita nak pegi, senang nk plan perjalanan harini nak g mana, esok nak g mana
# Kalau nak ke tempat yang xde kawan kat situ, usha dulu tempat makan halal kat tempat tu. insyaAllah di zaman serba maju ni, google saja keluarlah ia :D
# Check dulu suhu tempat yang kita nak pegi, senang nak prepare pakaian yang sesuai untuk dibawa :)
# Bawaklah sikit bekalan makanan :)
# Check siap-siap waktu-waktu solat di tempat yang kita nak pegi, kalau boleh catat siap2 waktu2 solat sepanjang tempoh pelancongan kita. prepare je, sebab mana tahu nanti x dapat internet, susah nak cari waktu solat kat tempat tu ke, at least kita da prepare siap2 :)
# Perhatikanlah juga suasana sekeliling kita sepanjang melancong, kadang-kadang apa yang kita lihat tu boleh buat kita berfikir tentang kebesaran Allah, juga menambah rasa syukur dalam diri kita :) 
# sepanjang melancong, kene bertenang dan sentiasa bersedia dengan sebarang kemungkinan. Mungkin semua tempat yang kita plan nak pegi, kita x dapat pegi, so kat situ memerlukan kita untuk tenang dan merasakan bahawa sebaik mana pun kita merancang, perancangan Allah itu bukan sahaja paling baik, malah Terbaik! :)
# Sepanjang melancong, kita kena senyum! hiburkan hati sahabat-sahabat yang bersama kita supaya kita sama-sama merasakan masa yang kita luangkan bersama ni adalah waktu yang berkualiti, bila dikenang kembali pasti buat kita tersenyum sendiri :)

15 comments:

  1. nice jie. next time nak pegi jeju juge.... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sensei.. hehe zehi pegi jeju deh sensei :)
      lawa sangat :D hihi

      Delete
  2. Suma kat atas ni kat jeju ke ji?busan ada gapo su?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bi.. aah gambar2 tu dekat jeju. busan ktorang g sehari je. rasanye busan femes dgn seafood yang fresh tapi ktorang x g makan seafood sane :( busan ni ala2 osaka n putrajaya..haha mcm bandar metropolitan gitu tp bandar die x busy :) hihi

      Delete
  3. KTX - Korea Train Express

    ReplyDelete
  4. Tq share info. . .
    Sejuk sampai -11, ok ker tuk malaysian ni. . .mane best g korea time autumn or winter. . .Nape xde pix u all main snow. . .

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat2 sejuk tp depends pada tempat jugak. kalu pakai proper insyaAllah ok je utk malaysian pun. autumn or winter ofkos lagi best time autumn sbb permandangan sangat cantik n x sejuk sangat rasanya. kalau winter sangat sejuk tp boleh main salji. ade je pic main salji cume x upload dlm ni :)

      Delete
  5. salam. dear. mlawat universiti mane?
    snang x prosedur nk mlawatnye?
    atau just mlawat luarn je ke mcm mane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. just lawan bangunan2 je. x masuk pun. kawan belajar kat situ n dia bawak melawat university diorang. haritu kitorang melawat Korea University and Sungkyunkwan University :)

      Delete
  6. boleh saya tau tak kalau 10,000 won berapa ngan duit kita?

    ReplyDelete
  7. boleh saya tau tak kalau 10,000 won berapa ngan duit kita?

    ReplyDelete

sugar(s)