Tuesday, January 31, 2012

- pembuat roti dan istighfar -

Diceritakan dalam satu kisah
suatu hari Imam Ahmad bin Hanbal keluar dalam satu perjalanan
masa beliau nak balik, hari sudah gelap dan terlalu sejuk
maka imam Ahmad pun buat keputusan untuk tidur dalam masjid
tapi pengawal masjid tu kata tak boleh tidur dalam masjid
sebab nanti orang lain pun akan ikut tidur dalam masjid
maka Imam Ahmad pun tanpa banyak soal keluar dari masjid
lalu beliau bersandar di dinding masjid
pengawal tu pun kata tak boleh juga duduk di tepi masjid
nanti orang ikut buat perkara yang sama

pada masa itu mungkin pengawal itu tidak mengenali Imam Ahmad bin Hanbal
pada masa itu Imam Ahmad bin Hanbal sangat masyur
mungkin orang tak kenal sebab tak pernah lihat wajah beliau

ketika Imam Ahmad cari tempat berteduh
seorang hamba Allah ni datang dan menegur beliau
orang tu seorang pembuat roti
lalu dia ajak Imam Ahmad masuk dalam kedai rotinya

Imam Ahmad masuk dan tengok orang tu menguli roti sambil istighfar
Imam Ahmad tengok perbuatannya
Imam Ahmad tanya;

Imam Ahmad : Sejak bila awak amalkan istighfar ni?
Pembuat roti : dah lama dah
Imam Ahmad: adakah engkau mendapati apa-apa hasil?
Pembuat roti : ya
Imam Ahmad : apa hasilnya
Pembuat roti: seingat aku aku tidak pernah berdoa melainkan Allah mustajabkan doaku. kecuali satu satu doa yang Allah belum makbulkan...
Imam Ahmad : apa dia doa tu?
pembuat roti : aku doa kepada Allah, aku mahu berjumpa dengan Ahmad bin Hanbal
Imam Ahmad : sesungguhnya Allah telah makbulkan doamu kerana aku Ahmad bin Hanbal :)

besar kan fadilat istighfar? hihi
maknanya, Allah makbulkan semua permintaan si pembuat roti dari arah yang tidak dia sangkakan.

" Sesiapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka."
[ Hadis Riwayat Abu Daud ]

Jom banyakkan istighfar
moga Allah membantu kita dalam setiap urusan kita
saya rasa terkesan dengan cerita ni
kalau pembuat roti boleh istighfar setiap kali dia menguli tepung
kita pun boleh istighfar masa duk menaip thesis, satu huruf satu istighfar
kita pun boleh istighfar masa kayuh basikal ke mana-mana
satu kayuhan satu istighfar
banyaknya Allah bagi masa untuk kita istighfar
cuma kita tak tahu sebelum ni kan
so lepas ni boleh jadikan pembuat roti ni sebagai contoh
dokodemo, istighfar :))
kalau nak dengar cerita yang sama dari Dr. Asri boleh tengok ni;





jom istighfar :)
kalau dengar video kat bawah ni sorang2 boleh nangis uolss :))



moga Allah ampuni dosa-dosa kita
moga allah sentiasa beri hidayah terus menerus pada kita :)

2 comments:

  1. wahh..gee
    tau tak, haritu kakak2 tokushima ade cite yg pakcik arab, bos kilang roti yg mereka baito tu, beristighfar/bismillah sambil menguli roti...

    **sweet**

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. sugoinye kan syae :))
    hihi sweet :D

    ReplyDelete

sugar(s)