Tuesday, May 24, 2011

- saya suka Jepun (1)-

Tadi kan saya terfikir
Orang Jepun ni baguskan
Kalau la semua orang Jepun ni da faham Islam, saya rasa ada kemungkinan untuk mereka berhenti seketika waktu bekerja untuk solat jemaah ramai2 bila masuk waktu solat
sebab orang jepun ni kan sangat menjaga kualiti masa mereka
tapi saya rasa yang jaga kualiti masa ni adalah orang jepun yang umur 30 ke atas sebab anak2 muda jepun ni macam tak jaga sangat je kualiti masa diorang :D
Besar sangat kan harapan nak tengok negara jepun ni jadi negara Islam
tapi tak ade perkara yang mustahil kan kalau kita betul2 bekerja ke arah itu cuma tempoh masa yang nak diambil mungkin agak lama
tapi kan saya rasa bila orang jepun ni dah faham Islam, mereka mesti mampu jadi orang Islam yang baik
Tengok la moral orang-orang jepun ni
masa tsunami melanda miyagi beberapa bulan lepas tu, mereka masih boleh beratur tunggu giliran nak beli ape
kalau mereka semua ni jenis yang pentingkan diri sendiri, mesti da berebut2 kan masa nak beli tu sebab takut tak sempat beli ke, takut makanan habis ke
owh kalau kakak dengan abang saya baca entry ni mesti diorang buat muka dekat saye sebab dekat rumah kan kalau saya cerita pasal moral orang jepun yang bagus ni mesti abang dan kakak saya cakap
" puji la orang jepun tu..." (sambil sengih2 perli)
haha tapi saye tak kisah
saya cakap datang lah duduk jepun lelama sikit baru la tahu macam mana moral orang jepun ni
tapi xpe sebab family saya tak tahu pun yang saya ada blog hihi
entry kali ni saya nak cite apa yang saya suka tentang Jepun.

1. Saya suka Jepun sebab kalau beli hadiah kan, tak payah beli kertas cantik2 nak balut hadiah kita tu sebab kedai kat sini ( okayama la) da sediakan kertas cantik untuk balut hadiah kite tu. just cakap nak bagi dekat kawan or emak, diorang akan uruskan designnya macam mane sume free of charge. saye suka mungkin sebab saya suke beli hadiah kot jadi rasa sangat berbaloi lah selama berada di jepun ni. Kalau beli hadiah mother's day kan die siap letak sekuntum bunga merah lepas da siap balut hadiah tu. saye suka mak saya pun suke =)

2. Saya suka Jepun sebab kalau kita sesat ke tak kenal tempat yang kita nak pergi ke, tanya je orang jepun ni diorang akan tunjukkan kita macam mana nak pegi sana dengan bersungguh2. Ada pakcik tu siap nak jalan sama2 hantar g tempat yang kita cari. Ni orang okayama la. orang dekat kawasan lain saya tak tahu :D

3. Saya suka Jepun sebab train dan bus dia sampai tepat pada masanya. Kiranya kalau kita ada janji ke nak g mana2 kita boleh la plan mengikut waktu train dan bus sebab kemungkinan untuk train or bus tu sampai ke destinasi mengikut apa yang kita da plan adalah tinggi. :D

4. Saya suka Jepun sebab kat sini keutamaan diberikan kepada orang yang naik basikal. Kalau tengok lampu isyarat dia ni memang lampu isyarat untuk orang yang berbasikal berfungsi dengan jayanya dan terasa macam diberi keutamaan je sebab even kita sorang yang nak melintas pun kereta2 terpaksa berhenti, :D

5. Saya suka Jepun sebab kalau pegi bank ke, post office ke kalau kita tak tahu nak buat apa-apa pekerja dia akan ajar kita sampai selesai urusan kita.
" Ala memang la sebab orang luar. diorang paham la kita tak tahu ape2."
salah tu kalau anda fikir macam tu, sebab even orang jepun pun tak tahu ape2 ke pekerja dia akan ajar sama macam diorang ajar kami2 ni.:)

sampai sini dulu la cerita saya pasal Jepun ni
nanti kalau ada ape2 yang saya suka lagi saya buat entry lain pule :)
hurmm saya suka jepun
duk dua tahun ok la kot
kalau duk lama2 tak kot :D
MyEm0.Com

2 comments:

  1. jiiii bila suke entry nii..hr tu bila bice dgn pikah,gane kalo ore jpun ni suma masuk islam.bila dk pk ore jpun kn buleh kate stiap rumah ada anjing,nnt diorg kne buang anjing2 diorg tu..pstu pikah wi cdgn buang la anjing2 tu kt dlm hutan,pastu msti anjing2 hok kaki pendek akn mati cpt sb x dpt bertahan lama kena gigit ke serangga2 hiiihi..
    bila pn hrpp sgt jepun akn jd negara Islam satu masa nanti,amin3..

    ReplyDelete
  2. haha lucu molek cadangan pikah
    tapi akan dipertimbangkan untuk usulkan pada kerajaan jepun kelak :D

    ReplyDelete

sugar(s)