Tuesday, November 9, 2010

- kecewa dengan kepimpinan mereka -

kecewa apabila mendapat tahu
ada cadangan menjadikan Malaysia sebagai hab pusat hiburan malam
pendapat peribadi;
hiburan bukan pilihan tepat untuk menjana ekonomi negara
pilihan paling tepat adalah ILMU
ilmu yang akan sentiasa melahirkan insan2 yang waras berfikir dan bertindak
ilmu yang akan melahirkan insan yang berfikiran jauh ke depan
mereka melihat hiburan itu mampu menjana ekonomi negara
namun sayang, mereka tidak lihat kesan2 akan datang
kesan2 pada akhlak anak2 muda
kecewa mendapat khabar
isteri perdana menteri memperkenalkan 'busana muslimah'
yang menjatuhkan martabat wanita muslim
adakah namanya busana muslimah
andai masih mendedahkan bahagian tubuh yang bernama aurat?
apakah motif tulisan Muhammad dalam bahasa arab
yang ditulis terbalik pada baju yang langsung tidak sopan
Ya Allah, mereka sangat melampau!
apakah tidak ada sedikit pun nilai2 islam dalam diri mereka?
atau mereka terus buta hati mengejar keduniaan?
mereka merancang ke arah kemusnahan negara sebenarnya
jujurnya, diri ini amat kecewa dengan kepimpinan mereka
semoga Malaysia terhindar dari mereka2 yang melampaui batas.

" Dan tetaplah engkau (Muhammad) ( di jalan yang benar), sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan." [ Surah Hud :112]

2 comments:

  1. ak sokong 100%..luahan hati mg ke nih..like dis bley??huhu

    ReplyDelete
  2. hihi :)
    yup luahan hati aku miey :)
    sedihkan ngan Malaysia. sob3 :(
    haha sila la like :D

    ReplyDelete

sugar(s)