Monday, October 7, 2013

popia bersira dan hospital :)

Assalamualaikum :)
Kalau hujung minggu lepas ke Tokushima, hujung minggu ni berehat saja di rumah
sebut pasal Tokushima, saya nak minta maaf pada sensei kesayangan saya, Has Sensei sebab tak sempat nak snap gambar sekitar Tokushima Daigaku sebab plannya nak tido sana semalaman n ahad tu jalan2 Tokushima Dai, tapi terpaksa ubah plan balik malam sabtu tu jugak, so saye x sempat jalan2 dekat kawasan tokudai. sumimasen sensei, insyaAllah kalau berpeluang ke sana lagi insyaAllah zettai akan amikkan gambar untuk sensei :))

hujung minggu ni sangat best
mula2 plan nak ke pasar pagi dekat Deo nak beli ketam segar
kat sini setiap pagi sabtu ada macam pasar ikan depan Deo jual banyak jenis ikan ketam udang
haritu siap nampak ikan pari, fuh nak gugur jantung sebab x pernah terfikir kat jepun ada ikan pari 
bakar pon sodap :D
tapi x beli, gara2 dah panic sebab tertukar ikan tenggiri dengan ikan tongkol
nak tercabut mata kohai iols lepas iols tunjuk ikan besar tu sambil gitau yang saya dah beli ikan tenggiri ni haha!
rupenya ikan tongkol, nasib baik pakcik bagi tukar ;p

Ya Allah tercerita pasal kenangan dekat pasar pulak hihi
tapi x jadi pegi sebabnya hujan lebat T_T
kalau pergi jugak maybe sampai2 sana basah kuyup sama basah dengan ikan2 sebab pegi naik basikal je :)
pastu petangnya plan nak g jogging tapi x jd jugak
kiranya tema hujung minggu ni ala2 pelamin anganku musnah la
sebab sume bende nak buat sume x jadi hihi

so hari sabtu berlalu macam gitu je
sambil ke rumah dai8 menunaikan permintaan sahabat :)

so pagi ni bangun dengan semangatnya nak buat kerepek popia sira
fuuu feveret sepanjang zaman la kerepek2 ni
sebab kalau duk rumah suke mengunyah
haritu teringin nak makan kerepek popia bersira ni
so saya google resepi
senang sebenarnya nak buat
so gigihlah tumpang sek2 rumah dai8 beli kulit popia dekat baticrom

cara buat die senang je
meh nak ajar kut alam maya ni ;D

mula2 amik kulit popia tu
gulung rapat2
kalau saya baca dalam internet diorang guna lidi satay tu pastu gulung kulit popia ikut lidi satay tu
tapi kat sini ade tu ada la lidi satay ni, cume dalam mimpi lah wahaha
tak pernah cari lidi satay ni, maybe ade kot kat daiso
tapi saya hanya menggunakan jari jemari yang gemalai ni je
gulung rapat2, hujung die letak bancuhan tepung gandum dan air supaya dia melekat

lepas tu gunting kulit popia yang dah digulung tu serong serong

macam ni :)

lepas tu goreng dalam minyak yang agak banyak
sampai garing and warna dia bertukar jadi keemas-emasan bak kata chef wan :D

macam ni :)

lepas dah siap goreng kulit popia ni,
tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dikisar
lepas bawang2 ni dah agak kekuningan, masukkan cili kisar
tumis lagi biar lelama sikit :D

lepas tu masukkan kiub ikan bilis
lepas tu masukkan gula
saya guna gula perang ke gula hitam nama die supaya warna merah die jadi lagi menawan!
lepas tu cuba rasa, kalau x cukup masin masukkan garam sikit


last skali saya masukkan bijan ;)

lepas rasa dah ok masukkan kulit popia tu
so last skali dia akan jadi macam ni

siap!
boleh makan sambil nengok cite melayu ke hahak

macam ni la hidup merantau
nak makan ape2 kene buat sendiri
kalau kat rumah cakap dekat mak terus dapat
kat sini boleh jugak buat mcm tu cume dalam mimpi je lah haha :D

petangnya lepas asar, sekali lagi plan nak pegi jogging
sebelum tu singgah tengok Aleesya yang masuk wad sebab ada jangkitan di paru2
Aleesya ni anak kak Ani n abang joe, senpai yang buat phD dekat sini
so pegi la ziarah Aleesya kejap
sedih sangat tengok Aleesya
walaupun aku suka ngusik si Aleesya ni tapi tetap sayang dekat dia
dulu aku penah la ngusik Aleesya cakap nak amik mama dia
sampai skarang dia ingat weh
sampai skarang kalau jumpe je mesti die jerit
"ni mama Aleesya bukan mama acik gee."
kuat ingatan budak2 kecik ni
Aleesya pandai budaknya, cakap jepun dah macam orang jepun :)
so bila tengok Aleesya macam tak bermaya je, sangat sedih
tapi cuba jugak ceriakan hati kakani ni
bergabung la tenaga dengan ain tadi haa
Aleesya ni x nak makan, x nak masuk dalam oksigen tent ke ape nama dia
senang cerita dia macam kelambu gitu
kalau masuk dalam tu dapat la bekalan oksigen
sebab Aleesya kene virus dekat paru2
so die jadi semput2 masa bernafas sebab x cukup oksigen
kene letak something dekat jari untuk tengok bacaan oksigen dalam badan Aleesya
masa ktorang datang tu die duk atas kerusi
xnak masuk dalam tent tu
bacaan oksigen die turun jadi 93 macam tu
papa dia nak angkat masuk dalam tu pun xnak
aku dah teringin dah nak duk dalam tu tapi sebab ada abang joe aku tahan la rasa nak duk dalam tent tu haha
lepas borak2 dengan kakani, abang joe pun keluar dengan Rumaysa nak bawak Rumaysa pegi tangkap mushi
shukudai katenye haha

lepas je abang joe keluar
aku terus jalan nak pegi tengok tent ke ape tu
selangkah aku gerak aleesya dah jerit
" acik gee tak borey masuk"
borey ok sebab ala2 jepun sikit
sebenarnya sebutan dia boleh haha
maksud dia acik gee x boleh masuk!
wahaha 
aku pun pasrah sebab Aleesya nak masuk dalam tu lepas tu
dengan mama2 skali nak masuk
ish Aleesya ni daripada taknak masuk jadi nak masuk pulak T_T
kempunan acik gee nak duk dalam tu hihi

sebenarnya Aleesya ni happy bila ramai orang datang melawat dia
sebab bilik tu jadi x sunyi sangat kan :)

so jom doakan Aleesya cepat sembuh, and kak Ani dapat habiskan phD dia dengan jayanya
mohon doa dari semua
walaupun x kenal, tapi doa kita kepada saudara kita ni makbul kan, lebih2 lagi bila doa yang x didengari oleh mereka 

Daripada Ibnu Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : " Doa yang paling segera dimakbulkan ialah doa secara ghaib ( tanpa pengetahuan orang yang didoakan itu)."
 [ Riwayat Abu Daud dan Tirmidzi]

dan kalau kita doakan kebaikan orang lain, malaikat juga akan aminkan doa yang sama buat kita
pernah dengar pasal ni dulu cuma tak pasti ianya hadis or ayat al quran :)


ni la Aleesya n mama!
peace tetap peace uols ;D
hihi
minggu ni mama x jaga jikken dengan kami, so sunyi la sikit kan hihi
cepat sembuh ye Aleesya! nanti esok lusa acik datang lagi bawak jelly insyaAllah :)
sayang Aleesya, sayang mama Aleesya!

esok hari isnin dah
cemburu juga masa dengan kita ni kan :p
minggu ni saya ada dua misi penting
doakan saya moga dipermudahkan ye :)
macam biasa,
sayang semua yang membaca blog ini :)
mendoakan moga urusan kalian dipermudahkan sokmo2 :D

6 comments:

  1. dr xse masuk, jd nk masuk sbb xbg achik gee masuk.haha.mg kene g sokmo la gitu gee

    ReplyDelete
  2. fauziah!!!i teringin nak makan yg u buat..yg u buatttt ok ^^

    ReplyDelete
  3. sedapnya napok popia sira d..nak lawe mama kiter ke ter.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ngaju nga mama tina sebab x jual popia sira doh haha

      Delete

sugar(s)