Thursday, April 18, 2013

pagi dan tenis :)

Assalamuaikum :)

Pagi selasa yang lalu semasa berbasikal ke momotaro stadium, saya lalu di tepi sebuah rumah,
kelihatan seorang kanak-kanak lelaki diluar rumah, melihat ayahnya nak pegi keje.

" 早く帰ってね!! " ( balik cepat ye.)
pesan kanak-kanak itu dengan muka ceria dan penuh mengharap.
" haitt!!." ayahnya menjawab sambil mengayuh basikal.
" Daddy, byebye! 頑張ってね!! "
- amboi campur2 pulak tulisan jepun dgn romaji haha -
ayahnya terus cakap byebye sambil melajukan kayuhan basikal :)


Dalam hati saya, amboihh panggil daddy uolss :D
comelnye haa jepun ni. saje je berkongsi, rasa tertarik pulak dengan apa yang saya lihat tadi. mungkin kata-kata ganbatte dari seorang anak boleh buat ayahnya lagi semangat nak bekerja kan? :)

sebenarnya nak bercerita pasal berpagi-pagian :D
dulu masa belajar di JAD, balik cuti je mesti tidur banyak gile
sampai mak pun membebel
mak banyak kali nasihat, jangan tidur lepas subuh nanti rezeki lari.
tapi x pernah pun saya dengar nasihat mak malah lagi lama saya menyambung tidur
sampai suatu hari mak cakap,
bangun la x baik tidur lepas subuh nanti muka cepat tua.
time tu memang terus bangun sebab takut cepat tua! haha
mak saya banyak juga kongsi tips orang dulu-dulu kekal sihat walaupun dah tua :D
orang dulu-dulu memang jaga makan, mana ada fastfood lagi kan, makan ulam-ulam, sayur-sayur pastu banyak buat kerja and jarang la ada yang malas-malas ni :D
sebab tu kalau perasan mak atau nenek kita, kulit muka diorang memang xde masalah and badan pun still kuat walaupun dah berusia
sebab dari muda dah jaga makan and buat kerja-kerja berat yang juga jadi salah satu senaman la kan  ;D
amboi cepat tua takut, rezeki lari x takut :(
tapi time tu x boleh fikir dengan serius sangat pasal rezeki tu

bila datang nihon, kehidupan pun berbeza dan banyak masa kita sendiri
time duk sendiri tu saya terfikir juga pasal mak cakap kalau tidur lepas subuh rezeki lari :D

bila fikir fikir balik, dan cuba diamalkan untuk x tidur lepas subuh, saya rasa saya dah dapat jawapannya :)

1. bila x tidur lepas subuh, masa siang kita terasa panjang. banyak sangat kerja kita boleh buat kan? cuba kaitkan dengan rezeki. Bila waktu siang kita panjang kita boleh guna untuk buat macam macam. bukankah ada masa yang banyak n kita guna untuk buat kerja-kerja berfaedah juga salah satu dari cabang rezeki? hehe

# riadah pagi.
riadah pagi ni x kisahlah morning walk ke jogging ke asalkan something yang boleh buat kita bergerak. Bila kita banyak bersenaman, badan kita jadi sihat. Bukankah kesihatan itu juga salah satu cabang rezeki? :)

# masak
menurut kevin zahri, sarapan sangat penting untuk memastikan badan kita x ambil makanan berlebihan untuk lunch dan dinner, juga untuk meningkatkan metabolism setiap haro. Bila kita x tidur lepas subuh, ada banyak masa nak masak. so boleh la makan masakan sendiri yang sedap tu! Bukankah makanan juga salah satu cabang rezeki? hehe lagi lagi bila dapat makan makanan yang kita sendiri masak yang insyaAllah terjamin kebersihan dan kehalalannya :) plus, ada banyak masa nak masak bento untuk dibawa ke university :D

# ilmu
kalau saya, saya rasa waktu yang paling best untuk belajar adalah waktu pagi. Tapi tu 2 tahun lepas masa 3 nensei sebab banyak la jugak kene ulangkaji kan. hehe so bila kita x tidur lepas subuh n kita study, otak pun fresh n ilmu pon boleh masuk dengan baik :D と思った!(^.^)

# kerja rumah
walaupun rumah dekat jepun ni keciknya hanya kami yang tahu, tapi x semestinya x payah mengemas kan. kalau x tidur lepas subuh, boleh guna masa yang ada untuk kemas rumah, cuci toilet, basuh njemur baju, lipat baju pon. keje2 ni memang x mampu nak buat malam bila balik lab, so memang kene buat pagi, atau hari minggu :D

# Dhuha
 solat sunat Dhuha ni antara perkara sunat yang sangat digalakkan oleh Rasulullah s.a.w
mesti pernah dengar kan, kalau kita amal solat sunat Dhuha ni murah rezeki?
hehe
 saya anggap waktu Dhuha ni adalah waktu yang kita luangkan seketika untuk sujud kepada Allah, panjatkan syukur kepada Allah sebelum mula berangkat ke sekolah memulakan kehidupan sebagai pelajar :)
amalkanlah dan mari kita beriman bahawa solat Dhuha ini mempu memberi kita keberkatan dalam meraih rezeki sehari-harian
kalau x tidur lepas subuh, insyaAllah kita ada banyak masa nak buat solat Dhuha ni
tapi kalau tidur lepas subuh, berdasarkan pengalaman saya kadang-kadang memang terlepas waktu Dhuha ni T_T

meh kite layan lagu doa dhuha seround :D
best! suke dengar :)




Tapi saya x lah setiap hari x tidur lepas subuh.
ada jugak hari saya tidur balik lepas subuh tapi boleh rasa la perbezaan dia. Sebab bila tidur lepas subuh, susah nak bangun balik. waktu siang pun rasa sekejap je. rasa macam ' alaa cepatnya dah zohor.'.. haa drama sangat :D
Badan pun rasa x segar je :)

yang paling penting, Rasulullah saw sangat menggalakkan umatnya berpagi-pagian.

Rasulullah saw bersabda, " Berpagi-pagianlah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan." [ Hadis Riwayat At-Tabrani]

Di dalam riwayat lain pula, Rasulullah melewati anaknya Fatimah yang sedang berbaring pada waktu subuh, maka Baginda bersabda, " Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." [ Hadis Riwayat Al-Baihaqi]

saikin, rasa x sempat nak riadah petang
sebab memang dekat lab, balik malam tu dah x boleh nak buat apa-apa sebab sakit belakang
mampu solat isyak je pastu terus lena
so saya rasa perlu amik kesempatan untuk riadah di waktu pagi~
Kalau kita tidur awal malam tu, memang kita boleh je x tidur lepas subuh tu n pegi bersenam.
Biasanya saya jogging, tapi hari selasa haritu tukar selera sikit sebab main tenis!
main tenis dgn sape? dengan dinding! haha
dekat stadium tu disediakan tempat main tenis sorang-sorang
ade macam dinding gitu la ;D

untuk makluman, saya memang x reti n x pernah main tenis
tapi kat rumah ni ada satu raket tenis yang sensei bagi time baito kemas bilik kenkyu die dulu
so haritu saya pegi beli bola tenis n pagi selasa haritu baru start main!
memang huru hara haha tapi tanoshikatta!
insyaAllah akan cuba lagi lepas ni :)


- gambo diambil masa tengah rehat sebab ada makcik datang nak ambil barang2 dalam store sebelah tempat saya main tenis ni -

so lepas ni jom la kita berpagi-pagian! 
rasai perbezaannya ;D
byebye!
nak sambung buat labview. lol :D

6 comments:

  1. oh, jie..saya malasnya nak beriadah..skrg dah tak kerja jadi patutnya tiada alasan lagi..haih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sensei da x jd sensei JAD ke :( nanti balik mesia nak sangat jumpa n borak2 dgn sensei :(
      xpe sensei, kalau kita gerak2 buat keje rumah pun da dikira riadah kan sensei haha :D

      Delete
  2. Ada satu lagu su:

    #mesej line awal2 pagi
    Biasanya saya akan berline dengan kawan2 di awal pagi supaya mereka juga tak tidur lepas subuh

    Hihi :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha bi! betul betul betul tu!
      kadang2 bleh terjaga sebab masuk msg line :D
      nati ji kaca setni lagi deh haha

      Delete

sugar(s)