Sunday, May 13, 2012

- cemburu dgn pakcik -

Alhamdulillah setelah lama menanti perjalanan hidup saya selepas grad degree hari tu, Allah telah anugerahkan saya kenangan paling indah apabila saya pulang Malaysia tak sampai sebulan dan kembali ke jepun menyambung master di okayama :)
Segala Puji Hanya Bagi Allah :)

Terkenang suasana di Taman Bukit Pelangi (TBP) suatu ketika dulu
dek kerana kelas kami bermula pukul seawal jam 7.40 pagi, pukul 7 pagi semua orang bergegas menaiki bas yang setia menunggu
tapi kalau lambat, mata hanya boleh memandang bas yang bergerak meninggalkan kita yang termengah-mengah mengejar bas
tapi ada sebuah bas yang tidak akan meninggalkan kita yang sedang berlari-lari anak mengejar bas, melainkan ketika itu benar-benar sudah lambat.
bas yang saya kira paling disukai oleh pelajar2 JAD kerana keramahan Pakcik Tahir yang tidak jemu menyapa kami semua~

Benar kata orang, kebaikan yang kita buat pasti akan dikenang.
Seminggu selepas tiba di okayama 2 tahun lalu, setelah selesai semua urusan rumah dan universiti, orang kedua yang saya telefon selepas mak saya adalah Pakcik Tahir
teringat-ingat sikap pakcik yang ramah tamah bercakap samaada ketika pergi atau pulang daripada Unisel

Kalau balik malaysia, saya memang akan telefon pakcik tahir bertanya khabar, selalu berharap moga orang sebaik pakcik tahir sentiasa mendapat kehidupan yang baik.

Semalam berpeluang telefon pakcik tahir lagi
kali ini bersama senior dan junior saya di okayama
terdengar riak suara pakcik yang gembira walaupun bercerita tentang kesihatan yang sedikit terganggu
rupanya dah seminggu pakcik tahir berhenti dari bawak bas pelajar2 JAD
pakcik ada masalah jantung rupanya
namun pakcik masih ramah melayan kami menyakat pakcik :)

Usai berbual dengan pakcik tahir saya dan senior serta junior saya bercerita tentang kenangan masa JAD
kenapa pakcik tahir tak pernah tinggal budak2 JAD even diorang lambat naik bas pagi2?
sebab bagi pakcik, kami semua dah macam anak dia, kalau dia tinggal kami , samalah macam dia tinggal anak2 dia sendiri, samalah macam dia biarkan anak2 dia sendiri pergi Unisel naik teksi

Dan sepanjang dekat JaD dulu pakcik tahir ni la satu-satunya driver bus yang tak pernah pun buat muka marah or merungut bila ada student lambat

Dan disini, bukan saya nak menyanjung pakcik yang saya cukup hormati ini, cume saya mahu bertanya pada diri sendiri dan juga semua,
jeles tak dengan pakcik tahir?

sebab dia ada sesuatu yang tidak semua orang ada
dia ada jiwa yang besar
yang cukup ikhlas dalam kehidupannya

saya pernah beraya ke rumah pakcik tahir
kehidupan pakcik sederhana, namun pakcik kelihatan cukup gembira dengan kehidupannya, sekaligus membuktikan kebahagiaan hidup kita bukan bergantung kepada tingginya pangkat, bukan juga bergantung pada kayanya harta, tapi cukup dengan kekayaan jiwa yang kita miliki.

hidup kita ni, penuh dengan motivasi, penuh dengan matlamat, penuh dengan target2 yang ingin kita capai, tapi jarang sekali kita ini punya satu kunci kebahagian hidup yang hakiki.
ianya adalah

" Ikhlas Dalam Hidup"

kita tidak ada ini, sebab itu hidup kita penuh kekecewaan yang melampau, penuh kesedihan yang kita cipta sendiri malah kita 'serikan' dengan kegembiraan yang membuat kita lupa diri kita.

ikhlaslah dalam hidup, kerana saya yakin ia kunci untuk menjadikan kita ini insan yang cukup bersederhana.

" Mulakan sesuatu pada perkara paling akhir yang kita impikan."

paling akhir kita impikan bukan sebuah kereta mewah bukan? bukan juga rumah lima tingkat lengkap berkolam renang. tapi kita impikan syurga~ syurga ini mampu dijejaki hanya dengan redha dan kasih sayang Allah swt^^;

dan demi redha dan kasih sayang Allah itu, mari kita mulakan kehidupan baru yang penuh keikhlasan dan kesederhanaan :)

Dan saya cemburu dengan pakcik tahir
cemburu kerana saya yakin pasti ramai yang tidak putus2 mendoakan kesejahteraan pakcik tahir kerana kebaikan dan keikhlasan yang pakcik amalkan dalam kehidupan pakcik :)
ini yang kita kena contohi, ikhlas dalam hidup kita
tak kira dimana kita belajar, macam
mana teruk kita bekerja,
kerana percayalah, hanya ikhlas ini yang mampu buat kita tersenyum dan seronok dgn kehidupan kita :)
Allah, kurniakan kami jiwa yang kuat juga :)
semoga Allah beri kehidupan yang baik dan diberkati buat pakcik tahir kesayangan student2 JAD :)

* Hari ni hari ibu,
SELAMAT HARI IBU BUAT MA TERSAYANG! hari2 pun hari ibu, dan hari2 pun saya terkenang kasihnya ma kepada 10 anak2nya! Terima kasih ma, Kerana Allah Adik Menyayangi Ma :)* chewahh! hihi

4 comments:

sugar(s)