Monday, November 14, 2011

- semalam yang saya tak boleh lupa -

assalamualaikum :)
alhamdulillah selesa buat slide untuk chukan happyou
selama ni banyak sangat main-main
kalau buat keje dengan fokus dan serius,
sebenarnya kejap je kan keje boleh siap
tapi ingat, dengan izin Allah juga :)

dalam hidup kita, ada perkara yang kita boleh lupa
tapi ada juga perkara yang kita tak boleh lupa kan?
saya rasa saya akan ingat hari semalam sampai bila-bila
sebab semalam saya dapat sesuatu
dari akhwat saya;
jengjengjeng!




ayat al-quran yang terukir indah atas sehelai kain
kawan saya kait tulisan tu
cerita bermula bila saya ke rumah dia ada keje sikit
lepas tu tengok la benda ni tertampal kat dinding rumah kawan saya ni
saya kan suka bercakap
so bila nampak bende ni saya saja je usik kawan saya

" cantiknya! nak nak bestnye kalu dapat bende niiii" - dengan nada bergurau

sebab benda tu cantik
so saya rasa xkan la kawan saya nak bagi kan
and masa saya gurau tu sikit pun x terdetik dalam hati saya betul2 nak bende tu

tapi semalam
satu sesi sharing dengan akhwat
kawan saya cerita dia suka ayat quran kat atas tu
sebab kakak dia bagi dia ayat tu time dia down dulu
lepas bercerita, kawan saya ni sambung ayat last die dengan cakap

"hari tu ada orang tu datang rumah saya, dia cakap dia nak benda ni. so hari ni saya nak bagi die"

Ya Allah
masa dia hulur bende tu kat saya
memang bulat mata saya sebab terkejut
happynye!
memang akan tampal dekat dinding bilik ni
hihi
jazakillahu khair syae :)

lepas dapat benda tu saya duk tengok tulisan tu lama-lama
skali tengok tulisan warna hijau tu tulis 93:3
kalau skali imbas tengok macam "gee"
memang Allah dah takdirkan benda ni untuk saya kan :D

sejak dua menjak ni
saya banyak tersentuh dengan cantiknya aturan Allah
apa yang jadi pada saya sejak dua menjak ni
saya rasa sangat berkait dan memang Allah dah atur cantik sangat
terima kasih Ya Allah
Allah tidak pernah meninggalkan ku
tidak pernah meninggalkan kita semua

sejak dua menjak ni pun
banyak cerita pasal akhwat
akhwat ni sweet
bila da lama-lama dalam dunia tarbiyyah ni
saya rasa saya mula benar-benar jatuh cinta dengan dunia tarbiyyah
saya jatuh cinta dengan dunia keakhwatan
bukan saja buat saya mahu terus serahkan kehidupan saya untuk dunia tarbiyyah ini
tapi jugak buat saya semangat nak teruskan belajar
nak jadi orang hebat
menjadi orang yang berpengaruh suatu hari nanti
bukan untuk diri saya, tapi untk tarbiyyah, untuk Islam

jangan takut pulak baca entri saya ni
nampak macam extreme kan?
bukan extreme.. tapi just nak berkongsi rasa gembira
gembira bila dah jatuh cinta dengan dunia tarbiyyah

dulu, saya pernah takut nak masuk dunia tarbiyyah ni
namun takdir Allah memandu langkah saya untuk masuk ke dunia ini
mencuba kehidupan dengan tarbiyyah
yappari! ianya manis sekali
mungkin awal2 kita berada dalam tarbiyyah ni
akan rasa taihen atau x best sebab tak boleh nak berseronok dengan dunia
tapi kan,
percayalah, bila dah lama-lama dalam dunia tarbiyyah ni
kita pasti dapat merasa sendiri manisnya berada dalam dunia tarbiyyah ni
sehingga apa-apa keputusan pun kita nak buat, perkara pertama kita fikir adalah Allah s.w.t

dunia tarbiyyah ini tidak pernah merugikan
malah meguntungkan kita
kalau kamu lihat orang-orang dalam tarbiyyah ni sibuk keluar kesana kemari berusrah berprogram dan kamu merasakan ianya amat penat, bermakna kamu salah
sebab hanya orang yang sedang keluar berusrah berprogram jauh2 itu saja tahu keseronokan keluar jauh-jauh mencari tarbiyyah
kalau kamu melihat masa mereka habis dengan keluar jauh2 tiap2 bulan
kamu salah sebab mereka merasa nikmat atas tiap-tiap saat masa yang mereka guna untuk tarbiyyah
kalau kamu rasa duit mereka habis sebab keluar jauh2
kamu salah sebenarnya
sebab hanya mereka yang rasa manisnya bila wang yang datang dari Allah, kita gunakan ia juga untuk agama Allah :)
kalau mahu merasa perkara yang sama
marilah! masuk ke dunia tarbiyyah, kita sama-sama rasai kemanisannya

kita buat semua ini bukan untuk menjadi orang hebat yang dipandang tinggi disisi manusia
tapi kita buat ini untuk mendapat redha Allah, sekaligus nikmat syurga buat kita di dunia abadi di akhirat nanti
kita buat demi kebahagiaan kita di dunia abadi
abadi, ya abadi. tiada lagi dunia lain selepasnya
hidup bahagia di syurga sampai bila-bila
jadi apa yang rugi kan?
tidak ada yang rugi
yang perlu, hanya korban sedikit masa berseronok di dunia
untuk timba lebih banyak ilmu tentang tarbiyyah :)

moga-moga Allah terus memelihara saya, kamu dan kita semua
untuk terus merasa seronok dengan dunia tarbiyyah
cuba bayangkan;
bestnya kalau dalam syurga nanti kita semua bertemu
makan makanan enak-enak
sambil bercerita perihal dakwah kita ketika di dunia dulu
ianya manis
percayalah :)
pimpin tanganku jangan lepas,
andai aku jatuh, jadilah orang yang sentiasa ada berdamping denganku
sehingga kita sampai ke garisan penamat usaha dakwah ini :)

1 comment:

sugar(s)