Monday, May 9, 2011

pesan kakak (2)

seorang kakak pernah berpesan
apa jua masalah yang sedang kita hadapi
sebenarnya bukanlah datang dari pengaruh-pengaruh luar
sebenarnya ia datang daripada sikap kita sendiri
contohnya masalah suka tidur lepas solat subuh
ia sebenarnya datang dari sikap kita yang tidak mahu mujahadah
boleh je kalau lepas subuh tu kita buat kerja2 yang bergerak macam jemur kain ke, sapu bilik ke, lipat baju ke supaya kita tak ngantuk lepas subuh tu
masalah tidak cukup masa yang kita hadapi pun berpunca daripada sikap kita yang tidak pandai mengatur masa sebaiknya
hatta masalah berat badan sekalipun datang dari sikap kita yang tak jaga pemakanan
jadi kalau ada masalah tak boleh merungut da
sebab rata-rata masalah datang dari sikap kita sendiri
jazakillah kakak :)
saya akan sentiasa ingat pesan kakak
bertemu kakak di Jepun ni buat saya rasa sedikit termotivasi :)
tak kiralah apa pun masalah kita
mohonlah pada Allah Yang Paling Mendengar doa hamba-Nya
cuma kita kadang2 tersilap
bila kita punya masalah, kita mudah luahkan pada selain-Nya
yang belum tentu mampu buat kita tenang selepasnya
sedangkan Allah sentiasa menanti hamba-Nya merintih pada-Nya
mari motivasikan hati!
walaupun rasa kecewa sentiasa mendahului rasa redha
walaupun rasa nak merungut akan sentiasa mendahului rasa nak bersabar
bersabarlah dengan kesabaran yang baik
even tak boleh berfikiran positif pun untuk keadaan sekarang
cubalah untuk merasa teringin menikmati nikmat sabar dan redha
kita kan hidup untuk Allah
even ikan, semut dan laron pun hidup kerana Allah
inikan pula kita yang punya hati dan akal untuk berfikir dan memahami :)


1 comment:

sugar(s)