Monday, April 4, 2011

hari pertama di lab :)

alhamdulillah masih diberi nikmat bernafas dan melalui kehidupan :)
hari ni bermulalah kehidupan baru sebagai pelajar tahun akhir di Okayama University of Science
bermula juga kehidupan bertiga dirumah baru bersama mek ain dan dewi soha^^;
Hari ni hanya saya dan ain yang start kenkyuu (research), soha belum lagi
Dengan semangatnya bangun pagi m siap2 nak mengayuh basikal ke lab
Masa nak pergi, soha hantar saya dan ain depan muka pintu, rasa macam mak hantar kita depan muka pintu mase nak g skolah dulu2 :)
Rasa seronok duduk bertiga, moga2 Allah memelihara ukhwah kami bertiga sampai bila2 :)
Bila duduk serumah, saya harap saya dapat ubah banyak kekurangan dalam diri saya
Sebelum buat ape2 keputusan kena bincang dulu, kena bertimbang rasa dalam apa jua keadaan sekalipun, tak boleh nak pentingkan diri sendiri dan yang paling penting, sayang kawan2 kerana Allah swt :)
Harap sangat dapat tanamkan sikap2 tu dalam diri bila dah tinggal serumah dengan kawan2 :)
Alhamdulillah juga, hari ni pertama kali pergi ke lab lepas lama bercuti
Sensei baik dan budak lab pon baik, alhamdulillah. Nikmat yang tak terhingga rasanya.
Sensei banyak bertanya tentang Islam
Sebab dia kata nanti kalau dia tahu tentang Islam senang dia nak uruskan kalau ada makan2 ke, kiranya dia tahu la apa yang saya boleh makan dan tak boleh makan
Sensei : betul ke orang Islam tak boleh makan daging?
Saya : bukan tak boleh makan. Kami makan daging tapi daging binatang yang disembelih dengan cara yang betul mengikut Islam.
Sensei : cara yang betul tu macam mana?
Saya : masa nak sembelih tu kena sebut nama Tuhan kami. Lepas tu yang menyembelih tu adalah orang Islam. Kalau di Jepun ni mungkin cara sembelihnya berbeza jadi kami tak makan daging2 yang dijual di kedai2 kat Jepun ni.
Sensei : semua yang dibuat dr binatang tak boleh makan la kan. kalau susu lembu macam mana?
Saya : susu tu kami boleh minum sebab masa susu tu diambil lembu tu hidup lagi, jadi lepas lembu tu disembelih baru tak boleh makan ape2 yang diambil dari lembu tu sbb cara lembu tu disembelih x ikut cara islam.
Sensei : macam mana dengan daging khinzir?
Saya : daging khinzir tu memang tak boleh makan. Macam mana sekalipun x boleh makan, kalau disembelih dengan cara yang betul pon still tak boleh makan.
Anjing pon tak boleh makan jugak. Khnizir dan anjing ni tak boleh sentuh, kalau tersentuh kena basuh dengan cara yang berbeza sikit. (maksud sy samak).
Sensei : oo orang jepun makan daging khinzir tapi daging anjing kami tak makan. Oo tak boleh sentuh. Dekat jepun ni ramai yang bawak anjing jalan2, so awak hati2 la ye. Macam mane dengan monyet?
Saya : haha (dalam hati). Monyet tak boleh makan jugak sensei :D
Sensei : oo kalau macam tu saya da paham. Lepas ni kalau nak beli ape2 saya kena check dulu la bahan2 dia supaya xde masalah untuk fauziah makan or minum dalam lab ni.
Lepas banyak bercakap tu sensei tu buat la kesimpulan yang dia paham melalui perbualan tu. Alhamdulillah, daripada kesimpulannya dapat la tahu yang dia da paham sikit2 bagaimana cara pemakanan orang islam. Bukan tak makan daging, tapi hanya makan daging yang disembelih dengan cara yang betul.
Hari ni rasa relax dan hilang la debaran menanti tarikh hari ni sebab saya takut dapat kawan satu lab yang sombong ke. Tapi alhamdulillah diorang ok je la. xde la nak baik or rapat sangat dengan saya tapi diorang banyak cakap dan bantu saye la sebab saye sorang je budak malaysia n perempuan dalam lab tu.
Ni diorang kata nak bincang tarikh dan tempat untuk hanami lab kitorang :)
Doakan urusan research saya berjalan lancar ye :)
Terima kasihku Ya Allah atas indahnya hidup...:)

3 comments:

  1. nyet2..nyum2 x?tanyo la snsei mg haha

    ReplyDelete
  2. wahaha..baru dpt tngkap ape fana komen atas tu..haha..semoga kenkyu kite berjalan lancar hendakNya;)

    ReplyDelete

sugar(s)