Sunday, January 30, 2011

- saya dan masa depan -

salam dari okayama yang masih sejuk :)
usrah pagi tadi sangat best
sebab raheeq maktum da masuk bab kelahiran Rasulullah s.a.w
Subhanallah banyak sangat tanda2 masa baginda kecil
yang menunjukkan baginda ni manusia agung :)
tak boleh lupa jugak kenangan naik motor ngan kak ijat smalam
kat jepun act xleh naik motor 2 orang
tp ktorang naik je sebab dekat je tempatnye..haha
wahh terasa best naik motor malam2 dibawah angin fuyu :D
alhamdulillah smalam berakhir satu lagi paper
paper robotics :)
alhamdulillah moga2 Allah beri kejayaan cemerlang buat saya dan rakan2
ada tiga paper lagi dan lepas exam hidup akan lagi busy
sebab nak pindah rumah, nak tukar alamat, nak jumpe sensei kenkyuu lagi
moga2 semuanya dipermudahkan Allah
sebab saya sangat x sabar nak balik malaysia
rindu sangat da ni dekat family :D
ni memang ketagih nak menulis ni
lama da x menulis blog dengan panjangnya..haha
smalam tetiba terfikir pasal masa depan
sebenarnye saya ni bukanlah orang yang rapi merancang masa depan
tapi ade la juga terfikir bile da besar nanti ape yang saya nak capai
meh nak kongsi sikit impian saya untuk masa depan
moga2 tercapai semuanya :) amin, insyaAllah

1. Kereta Nissan Tiida Colour Gold
saya adalah peminat kereta sebenarnya
kalau lalu tepi jalan saya suke tengok kereta n hafal nama kereta
tapi saya takut drive kereta :(
balik ni abang kata kene bawak jugak sebab takut nanti lama2 jadi x reti balik
baiklah abangku!! :D
dulu punyalah minat dengan kereta honda accord
kalau lalu nak g Unisel pagi2 mesti ada sebijik dua honda accord lalu tepi bas
macam tau2 je saya minat
tapi bila da sampai jepun ni
setelah lama memerhati kereta2 kat sini saya pon berubah hati (aceceh)
sejak duk jepun da minat pulak dengan kereta Nissan Tiida
owh lawa sungguh kereta ni
sesuai dengan wanita sebab kereta ni tak besar sangat n tak kecik sangat
so kalau ada duit lebih saya nak bawak balik Nissan Tiida ni sebijik
nak beli yang colour gold macam gamba kat bawah tu :)
wah mesti cantik kan? lepas tu saya akan pastikan kereta saya slalu nampak berkilat
biar sedap mata memandang
lepas tu nak pastikan dalam kereta tu selalu kemas dan bau wangi je
baru la best nak drive kan :D

honda accord idaman hati dulu-dulu :)

Nissan Tiida colour gold idaman hati sekarang :)

2. saya bercita-cita mempunyai rumah colour purple
saya ni mudah berkenan kalau tengok barang colour purple lembut
nak kata favourite colour tu xde la
sebab saya xde favourite colour, semua warna saya suke :D
wahh kalau ada rumah sendiri, saya nak satu rumah yang unik
yang ala-ala kampung gitu tapi ala-ala moden pun ade
nak colour rumah tu ngan colour purple lembut tu, fuh!! haha
halaman rumah kene hijau dengan pokok2
saya tak mahu rumah yang dekat bandar
waa x suke sangat suasana bising

tengok tu rumah warne purple tu, lawa kan? :)

3. saya sangat menghargai kalau ada mane2 syarikat nak bagi saya kerja dekat dungun
dekat dengan rumah mak
saya nak duduk dengan mak nanti
sebelum pegi keje salam n cium mak
balik kerja pon boleh peluk cium mak
weekend bawak mak n anak2 sdare g jalan2 kat pantai ke taman ke
macam yang kakak saya slalu buat sekarang
mengharap kehidupan yang macam tu bila da kerja nanti

4. Saya mengimpikan satu kerjaya yang lasak
lasak ni macam kerjaya yang banyak bergerak la
kiranya x de la boring je ngadap laptop ke
saya memang nak jadi engineer sebenarnya
tapikan tak puas la duk jepun ni. rasa nak sambung master
tapi kalau da sambung master baik jadi lecturer kan
sebab kalau nak kerja lasak2 pun takkan sampai tua nak kerja lasak kan
saya melihat, wanita ni lebih sesuai kerja sebagai pendidik
sebab kalau jadi guru n lecturer, masa kerja tu da tetap
kalau engineer mungkin ada masa kena kerja lebih jugak
uhh! akan difikirkan tentang ini :)

5. bercita-cita juga nak ada ladang cili
ini serius ye :D saya bercita2 memiliki ladang cili
sebab die saya pernah bagitau before ni
saya suka tengok cili bila die kumpul banyak2
tapi dalam tempoh masa 7 ke 10 tahun lagi ke

suka tengok cili kumpul hijau merah mcm ni, tak tahu la knape :) haha

saya nak fokus pada ladang cili ni
kalau boleh saya sendiri nak petik cili2 ni, segar dari ladang
saya memang suka la kalau dapat petik cili2 ni sendiri
satu aktiviti menyehatkan badan kan :D
* teringat kenangan baito buah momo*
insyaAllah, kawan saya Dzulaikha kata dia nak bukak tadika nanti
so dzul, kalau terbaca post ni boleh la bekerjasama amik bekalan cili dr ladang cili saya nanti
sapa2 nak buka kedai makan ke, tahfiz ke rumah kebajikan ke boleh la nanti bekerjasama jadikan saya pembekal cili kalian deh :)
harga boleh runding haha

ladang cili : gambar sekadar hiasan :)

tamat da impian setakat hari ni..hihi
bercita-cita ni tak salah sebenarnya
tapi harus kita susuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh
dan juga doa yang tidak putus, mohon Allah permudahkan
juga kena ada persediaan hati untuk redha kalau2 cita2 ini tak menjadi nyata
sesungguhnya Allah aturkan sesuatu yang sangat baik untuk kita :)
jangan banyak menanam cita2 dan duduk termenung berangan mengenang kejayaan
orang yang banyak berangan tak akan berjaya malah akan mudah kecewa
so, kita ni walau sape pun kita, tinggi mana pun cita2 kita, kat mana pun kita berada, kita kene percaya pada diri kita. :) * agak skema seperti ayat pakar motivasi disitu.*
tapi itulah yang saya belajar bila hampir setahun di jepun
xpe la sensei nak kata ape pun, asalkan kita tanya apa yang kita tak tahu
sensei nak kata soalan tu mudah ke, xpe la tanya je
istilah kesusahan dan kesenangan bagi setiap orang kan berbeza
jangan fikir lagi tentang kata2 manusia,
kata2 manusia ini, adakala bg semangat, adakala makin jatuhkan semangat
fikir la tentang janji2 Allah kepada hambaNya yang berusaha
Islam tidak sesekali menghalang umatnya mencari kejayaan dunia,
tetapi jangan melebih2 sampai lupa akhirat;

" Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." [ Al-Qasas 28 :77]

haa tengok tu, Allah berfirman dalam kita suci Al-Quran..
Islam ni kan satu agama yang sangat sempurna :)
saya kan sebenarnya nak start study da ni haha
doakan saya. saya ada tiga paper lagi ni
kalau nak capai cita2 saya ni saya kene terussss berusaha
yosh!

2 comments:

  1. haha..beres gee..insyaAllah, semoga Allah makbulkan impian & cita2 kita..

    sweet~terus berlari mengejar mimpi..
    semoga tercapai cita2mu gee syg ;)

    p/s:shiken gambarimasyoune~dzu pon ade lg 1 paper ni..

    ReplyDelete
  2. Amin :)
    jazakillah dzul atas doanya :)
    moga tercapai semuanya
    Ganbarimashou dzul sayang^^

    ReplyDelete

sugar(s)