Monday, May 17, 2010

- kenali Islam-

* kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak piala dunia
* masalah buang anak bertambah hari demi hari
* pergaulan bebas semakin berleluasa
* cara hidup Islam semakin lenyap dari hari ke hari
* ada muslim yang cara hidupnya melampau-lampau, melebihi cara hidup orang Barat, yang membezakan mereka hanyalah "syahadah"
apa dah jadi dengan dunia?
Alhamdulillah, bertemuan dengan Ustaz Salam hujung minggu lalu bukan sahaja memenuhi impian besar hidup saya tetapi membuka mata saya tentang kehidupan dan keadaan umat Islam sekarang
MasyaAllah, teruk dan mungkin berada di tahap kritikal
yang halal mereka kata kolot
yang haram mereka halalkan
siapa lagi yang nak bangkitkan semula sistem Islam
kalau bukan kita yang masih hidup
tidak menunggu sempurna seseorang itu
mereka mesti dan wajib menyampaikan
rasanya sudah tiba masanya saya kembali
kepada niat asal blOg ini diciptakan
sebenarnya tujuan blog ini dicipta
adalah untuk menjadi medan utk saya catatkan
apa yang saya dapat tentang Islam
tidak mengharap pembaca dan follower yang ramai
tapi jika ada yang membaca, Alhamdulillah
setelah lebih setahun blog ini tercipta
penuh isinya dengan kisah hidup saya
kisah hidup dunia
yang tiada apa-apa makna mungkin
kini tiba masa berubah konsep penyampaian
saya teringin tahu lebih lanjut tentang ISLAM
bagaimana Islam itu bangkit
dan mengapa manusia seakan-akan memudarkan sinar Islam itu
mari kita kaji tentang sejarah Islam
akan bersambung dari satu episod ke episod yang lain
insyaAllah~

No comments:

Post a Comment

sugar(s)