Tuesday, November 5, 2013

Mars Venus and Islam ( mavis)

Alhamdulillah berakhir sudah cuti 3 hari yang sangat sangat saya rasa terisi
Tiga hari di Osaka membawa pulang banyak ilmu yang saya kira tidak dapat saya banding nilainya dengan masa,wang, tenaga yang saya korbankan untuk ke program Mars, Venus and Islam ini. 
Ini antara program yang saya tunggu, sangat saya nantikan. Mungkin kerana tidak sabar berjumpa seorang wanita yang saya cukup minati. tapi sebenarnya lebih dari itu, saya sebenarnya yakin dengan izin Allah pemergian saya ke program mavis kali ini akan beri saya banyak ilmu yang berguna untuk saya guna masa sekarang juga untuk masa hadapan. 
Lebih dari apa yang saya jangka, terlalu banyak sebenarnya Allah bagi, lebih dari apa yang kita harap dan jangka.

Dr. Harlina Siraj, nama yang pernah saya titipkan dalam doa, untuk jumpa dia, dengar walau sepatah nasihat dari dia. Walaupun dah lama berlalu cita cita saya, pernah juga terfikir belum masanya untuk saya jumpa agaknya. 
Tapi siapa tahu, Allah makbulkan doa saya pada waktu yang tepat malah Allah beri lebih dari apa yang saya minta. Bukan saja jumpa, bukan saja sepatah nasihat. Saya boleh jumpa, makan bersama, solat berimamkan dia malah dengar perkongsian yang banyak dari Dr. Har dan Ustaz Zul, suami Dr. Har. 
Subhanallah. Kuasa sebuah doa dan hikmah yang Allah beri dalam lambat atau cepat ia dimakbulkan.

Kalau nak kongsi apa yang saya dapat sepanjang mavis, terlalu banyak
sape nak rakaman boleh pm ye, ada sorang kakak ni tolong rekodkan alhamdulillah :)
Terima kasih yang tak terhingga buat Dr. Har sebab banyak bagi ilmu berguna
lepas ni kene raikan perbezaan orang sekeliling kita, sebab kita pun ade kelemahan juga. noted.
kerja menyeru orang kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran bukan tugas sambilan, bukan boleh buat sambil-sambil buat perkara lain tapi ianya tugas yang mesti kita buat seiring tugas-tugas kita yang lain
malu dengan Dr. Har sebab dia yang super busy pun boleh buat kerja dakwah ni dengan baik
datang jepun bukan sambil menyambil buat benda lain
datang jepun memang untuk bagi talk untuk mavis
sangat malu dengan Dr. Har sebab kadang-kadang rasa perasan pulak diri ni busy
padahal banyak mane je pun keje yang kene buat
kadang-kadang benda-benda tak penting pun boleh buat, masih complaint tak cukup masa, macam xde dah orang yang lagi busy dari kita
moga Allah ampuni masa-masaku yang aku bazirkan tanpa mengingati Dia.
so lepas ni kene serius sikit dalam banyak perkara
tak boleh main-main, apa-apa yang nak decide pun ketepikan matlamat diri sendiri sebab ada matlamat lebih besar yang kita kena capai
lepas mavis ni juga aku tersedar, pentingnya juga merancang masa depan
merancang nak berkahwin bukan lah bermakna kita ni gatal nak kawen
tapi ada banyak perkara penting yang kita boleh capai melalui perkahwinan
pentingnya memilih pasangan dan Dr. Har and Ustaz Zul ajar juga cara-cara menerima baik buruk pasangan
dalam perkahwinan tak semua benda akan sweet
ada perkara kita diuji juga, so penting untuk bentuk persefahaman dengan pasangan kita

banyaknya ilmu dapat, moga dapat beri perubahan yang besar buat diri ini
Dr. Har kata jangan bezakan kerja dengan dakwah
kita boleh jadikan kerja tu dakwah
kita boleh jadikan belajar tu dakwah
dakwah tak pernah halang kita belajar
malah bila kita faham konsep dakwah ni, sebenarnya kita boleh jadi lebih baik, lebih bijak dan lebih berjaya
untuk diri sendiri,
Moga jadi engineer yang bermanfaat untuk agama :)


with beloved Dr. Har ;)


jad 8 yang hadir dan mak pidut ;)


kalu down slalu cari mek dua orang ni. Jazakillah khair Sae, Shikin :)

oh ya, Dr. Har ada cerita pengalaman dia usrahkan wardina
Dr.Har kata jangan sesekali kita perlekehkan usaha artis2 ni nak berubah
sebab kita tak berada di tempat diorang
dunia diorang ni ada peminat, ada duit, semua ada
so kalau kkita ditempat diorang ni belum tentu lagi kita ade kekuatan untuk berhijrah 
mujahadah mereka lagi kuat dari kita sebenarnya sebab suasana sekeliling diorang ni sangat mencabar dan memerlukan kekuatan untuk mereka letak tepi segala populariti duit etc.

Dakwah tak memerlukan kita pun, even kita tak turut serta Islam pasti akan memang sebab Allah dah janjikan kemenangan Islam, sebaliknya kitalah yang memerlukan kerja dakwah ni untuk ubah diri kita jadi lebih terurus, teratur dan lebih berilmu dalam menjalani kehidupan. Seringkali kita melihat dakwah ni hanya menyeru orang lain kepada kebaikan, sebenarnya sebelum kita seru orang lain, diri sendiri dulu yang terseru dengan apa yang kita nak sampaikan.

dakwah bukan untuk orang tudung labuh je, semua orang boleh dan berhak sampaikan kebaikan pada orang lain supaya kita ada jawapan untuk dijawab dihadapan Allah di hari pembalasan nanti.

Terima Kasih Allah :)
banyak sangat nikmatMu, sedikit sekali aku bersyukur :(

No comments:

Post a Comment

sugar(s)