Monday, February 10, 2014

Yuki dan Ichigo gari~

Assalamualaikum~
Hari sabtu dan ahad yang bahagia
sebab....
Sabtu lepas untuk pertama kalinya salji turun dengan lebatnya di Okayama. 
Okayama Okayama bukan Hokkaido haha 
Mula2 biasalah Sabtu kan, pelajar memang lah sambung tido kejap (je) lepas subuh kan
dalam pukul 10 macam tu phone x henti2 berbunyi
pelik tu pelik jugak
tapi malas tu lagi banyak, so biar je dulu
pukul 10.30 tu tibe2 rasa nak baca msg
group2 msg dengan meriahnya berbunyi
' tengok luar cepattt! jom amik gambar!'

areee~! 
kohai dah bagi gambar depan rumah die penuh salji 
memang terkejut ah
sebab malam tu time g buang sampah memang ade salji turun tapi x lah lebat
so fefeeling macam oh ku berjalan diiringi salju sambil nyanyi lagu bahagiamu deritaku gitu -_-
pastu terus keluar tengok suasana depan rumah
Subhanallah! 
Macam mimpi! 


ni suasana depan rumah
tengok lah Maple Town megah berdiri haha
dengan baju tidonye lagi
x menyempat keluar amik gambo
takut salji cair derr :D
lepas zohor sume pakai lawa2 sebab nak g bergambar tempat lain pulak
semangat tu penting! 


nilah kenangan bersalji di Okayama
anak2 mummy nanti dah besar bukak blog mummy tengok gambar mummy posing dengan kawan2 mummy ye
ni dekat Okayama ye anak2 mummy :D
Alhamdulillah kenangan musim sejuk yang sangat yokatta utk sume orang sebab dah last nak meraikan musim sejuk sama2 as student dekat Okayama tercinta ni :)

Hari Ahad pegi ichigo gari dengan usrati pulak :)
Ichigo tu bahasa jepun, bahasa melayu/omputihnye strawberry 
gari tu memetik (kot) haha
so ichigo gari ni macam g petik strawberry gitulah
bayar 1300yen je pastu boleh petik strawberry die banyak banyak mane pon tapi setengah jam saje
untuk yang suke bergambar macam saye ni rugilah dalam 5 minit sebab duk bergambar
5 minit tu boleh petik 10 bijik la kot wahaha

so ni gambar kenangan memetik strawberry dengan usrati saya
usrah tu x semestinya buat bulatan pastu dengar pengisian je
usrah boleh jugak buat santai santai
contohnye sama2 g petik strawberry, sama2 blaja masak, sama2 bbq ke so barulah usrah tu sendiri nampak lebih luas konsep die n orang tak takut dengan perkataan usrah tu :)


yang tengah tu ilma medina nama die
puteri sulung Kak Hajar
aduh comey benor pulak Medina ni
dah lah bijak pandai eiiii
tapi die nak balik mesia for good dah bulan 3 ni sebab ummi die dah abis phD
sobsob acik gee sabishi ah lepas ni sebab xleh amik gambar medina comey ni! 

so terupdate lah dua lagi kenangan manis dekat Jepun ni :) 

tapi tu ah acik gee macam hima pulak ni
padahal Jumaat ni nak final happyou dah
doakan saya ye!
jumaat ni kalau semua berjalan lancar secara x rasminya tamatlah pengajian master saya :)
lepas tu tamatlah kehidupan sebagai seorang pelajar
akan mula kerjaya baru :)
fuhfuh kene blaja jadi matang dan terurus sikit ni
gambatte acik gee! 
yeahhh

selamat malam,
maaf zahir batin :)

Sunday, January 26, 2014

Pakcik Tahir Dalam Kenangan


Assalamualaikum
Pagi Ahad yang begitu damai
dengan semangat baru, nak siapkan sisa-sisa thesis ku.

Tiba-tiba phone berbunyi
Dapat Line daripada Bila cakap die terbaca status fb junior yang mengatakan pakcik Tahir sedang tenat dihospital
xtahu la kenapa hati rasa berdebar-debar
tapi x mahu terlalu fikir dalam-dalam
so bangun goreng roti canai, buat bubur 
masuk waktu zohor aku lantas mencapai telekung
solat dan dalam sujud doa pada Allah
Ya Allah bagilah kesembuhan yang baik buat pakcik tahir
balik bulan 2 ni nak pegi melawat pakcik
Kau berikanlah kesempatan

usai solat, makan tapi dalam kepala asyik la duk fikir pasal pakcik
minta maaf pakcik dah lama sangat x call pakcik
last call setahun dulu kot pakcik ade cakap pakcik sakit jantung
tapi ye lah, bile die dengar saye call haritu die asyik duk gelak je
bila saya cakap pakcik ni gee ni
eh geee lepas tu pakcik dah start gelak 
gelak dari awal angkat telefon sampai abis cakap dengan saye
sebab saye asyik duk sakat pakcik

mintak maaf pakcik kalau selama ni saya gurau terlebih
minta maaf sebab dah lama x tanya kabar pakcik
saye terkilan, sebab lupe nak doakan pakcik hari-hari
oh airmata dah mengalir :(

tiba-tiba buka fb lagi skali tadi
dapat berita pakcik tahir dah meninggal dunia
Allah Allah
antara berita yang paling taknak dengar
rasa macam sama perasaan time hilang ayah sendiri dulu
maaf pakcik, mungkin masa saya doakan kesembuhan pakcik time zohor tadi
dah terlambat, sebab pakcik dah pergi pagi tadi
maaf lagi skali pakcik.

Allah, 
untuk keluarga pakcik tahir, isteri pakcik yang saye penah jumpe skali dulu
semoga Allah beri sebaik baik ketabahan buat makcik
senyumlah, sebab makcik ada suami sebaik pakcik tahir
tanyalah student JAD saya rasa semua suka pada pakcik

pakcik bas yang ramah tamah, suka bergurau
pakcik bas yang paling tak sampai hati nak tinggal budak-budak yang lambat
pakcik bas yang paling sporting 
yang kalau pagi-pagi naik bas yang pakcik bawak
tak kisah pun kalau x dapat tempat duduk
sebab duduk depan skali lagi best boleh borak dengan pakcik

buat yang baca blog ni
mohon bacakan alfatihah, sedekah pada pakcik tahir saya
walaupun x kenal dia
sebab pakcik ni sangat baik
banyak betul jasa dia pada student JAD terutamanya

banyak kenangan dengan pakcik
sebab suka sakat pakcik
suke usik pakcik suke kakda :D
pakcik gelak je.
pakcik pernah bawak saya dengan kakda g makan roti canai
pakcik pernah bagi ktorang asam pedas melaka yang makcik buat 
banyak sangat la pakcik bagi
banyak sangat la pakcik tolong

Allah macam x caye je
pakcik, moga segala usaha pakcik
tiap2 usaha pakcik hantar kami pegi blaja dari TBP ke Unisel
Allah hitung sebagai sebaik-baik amalan
insyaAllah sebaik baik amalan buat pakcik
yang mampu menempatkan pakcik dalam golongan orang-orang yang Allah kasih dan redha
kami akan menyusul pakcik :)

maaf ye pakcik
x dapat nak ziarah pakcik
jauh sangat jepun malaysia
cume terkilan dengan diri sendiri
sebab x pegi melawat pakcik even balik malaysia bulan 12 haritu

bila pakcik dah x ada ni
hanya satu post diblog saya nukilkan untuk pakcik
moga moga tiap2 orang yang membacanya boleh seikhlas hati sedekahkan alfatihah buat pakcik.

sayang pakcik, macam pakcik sayang kami semua :)
kadang kadang bila orang tu baik sangat
kita sampai tak tersampai kalau nak tulis kat sini
saya akan selalu kenang pakcik
macam ayah sendiri dah 
pakcik baik sangat, moga doa doa kita semua memudahkan perjalanan pakcik di'sana'

Alfatihah


moga tenang disana pakcik
saya tak akan pernah lupa
wajah senyum pakcik time bergurau
wajah serius pakcik time bagi nasihat
wajah sayu pakcik time pakcik cerita pengalaman pengalaman pakcik
wajah ikhlas pakcik pagi pagi anta ktorang g blaja

pakcik memang terbaik!
semoga pakcik tahu bahawa ramai orang yang sayang pada pakcik :)
banyak saya belajar dari pakcik
blaja untuk jadi ikhlas dalam kerja dan dalam kehidupan

orang selalu kata
jadilah insan yang orang tersenyum saat kita ada
dan orang menangis saat kita pergi
pakcik lah salah sorang dari orang tu :)

Al fatihah untuk pakcik :)
Allah jagakan pakcik disana :)

Tuesday, November 5, 2013

Mars Venus and Islam ( mavis)

Alhamdulillah berakhir sudah cuti 3 hari yang sangat sangat saya rasa terisi
Tiga hari di Osaka membawa pulang banyak ilmu yang saya kira tidak dapat saya banding nilainya dengan masa,wang, tenaga yang saya korbankan untuk ke program Mars, Venus and Islam ini. 
Ini antara program yang saya tunggu, sangat saya nantikan. Mungkin kerana tidak sabar berjumpa seorang wanita yang saya cukup minati. tapi sebenarnya lebih dari itu, saya sebenarnya yakin dengan izin Allah pemergian saya ke program mavis kali ini akan beri saya banyak ilmu yang berguna untuk saya guna masa sekarang juga untuk masa hadapan. 
Lebih dari apa yang saya jangka, terlalu banyak sebenarnya Allah bagi, lebih dari apa yang kita harap dan jangka.

Dr. Harlina Siraj, nama yang pernah saya titipkan dalam doa, untuk jumpa dia, dengar walau sepatah nasihat dari dia. Walaupun dah lama berlalu cita cita saya, pernah juga terfikir belum masanya untuk saya jumpa agaknya. 
Tapi siapa tahu, Allah makbulkan doa saya pada waktu yang tepat malah Allah beri lebih dari apa yang saya minta. Bukan saja jumpa, bukan saja sepatah nasihat. Saya boleh jumpa, makan bersama, solat berimamkan dia malah dengar perkongsian yang banyak dari Dr. Har dan Ustaz Zul, suami Dr. Har. 
Subhanallah. Kuasa sebuah doa dan hikmah yang Allah beri dalam lambat atau cepat ia dimakbulkan.

Kalau nak kongsi apa yang saya dapat sepanjang mavis, terlalu banyak
sape nak rakaman boleh pm ye, ada sorang kakak ni tolong rekodkan alhamdulillah :)
Terima kasih yang tak terhingga buat Dr. Har sebab banyak bagi ilmu berguna
lepas ni kene raikan perbezaan orang sekeliling kita, sebab kita pun ade kelemahan juga. noted.
kerja menyeru orang kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran bukan tugas sambilan, bukan boleh buat sambil-sambil buat perkara lain tapi ianya tugas yang mesti kita buat seiring tugas-tugas kita yang lain
malu dengan Dr. Har sebab dia yang super busy pun boleh buat kerja dakwah ni dengan baik
datang jepun bukan sambil menyambil buat benda lain
datang jepun memang untuk bagi talk untuk mavis
sangat malu dengan Dr. Har sebab kadang-kadang rasa perasan pulak diri ni busy
padahal banyak mane je pun keje yang kene buat
kadang-kadang benda-benda tak penting pun boleh buat, masih complaint tak cukup masa, macam xde dah orang yang lagi busy dari kita
moga Allah ampuni masa-masaku yang aku bazirkan tanpa mengingati Dia.
so lepas ni kene serius sikit dalam banyak perkara
tak boleh main-main, apa-apa yang nak decide pun ketepikan matlamat diri sendiri sebab ada matlamat lebih besar yang kita kena capai
lepas mavis ni juga aku tersedar, pentingnya juga merancang masa depan
merancang nak berkahwin bukan lah bermakna kita ni gatal nak kawen
tapi ada banyak perkara penting yang kita boleh capai melalui perkahwinan
pentingnya memilih pasangan dan Dr. Har and Ustaz Zul ajar juga cara-cara menerima baik buruk pasangan
dalam perkahwinan tak semua benda akan sweet
ada perkara kita diuji juga, so penting untuk bentuk persefahaman dengan pasangan kita

banyaknya ilmu dapat, moga dapat beri perubahan yang besar buat diri ini
Dr. Har kata jangan bezakan kerja dengan dakwah
kita boleh jadikan kerja tu dakwah
kita boleh jadikan belajar tu dakwah
dakwah tak pernah halang kita belajar
malah bila kita faham konsep dakwah ni, sebenarnya kita boleh jadi lebih baik, lebih bijak dan lebih berjaya
untuk diri sendiri,
Moga jadi engineer yang bermanfaat untuk agama :)


with beloved Dr. Har ;)


jad 8 yang hadir dan mak pidut ;)


kalu down slalu cari mek dua orang ni. Jazakillah khair Sae, Shikin :)

oh ya, Dr. Har ada cerita pengalaman dia usrahkan wardina
Dr.Har kata jangan sesekali kita perlekehkan usaha artis2 ni nak berubah
sebab kita tak berada di tempat diorang
dunia diorang ni ada peminat, ada duit, semua ada
so kalau kkita ditempat diorang ni belum tentu lagi kita ade kekuatan untuk berhijrah 
mujahadah mereka lagi kuat dari kita sebenarnya sebab suasana sekeliling diorang ni sangat mencabar dan memerlukan kekuatan untuk mereka letak tepi segala populariti duit etc.

Dakwah tak memerlukan kita pun, even kita tak turut serta Islam pasti akan memang sebab Allah dah janjikan kemenangan Islam, sebaliknya kitalah yang memerlukan kerja dakwah ni untuk ubah diri kita jadi lebih terurus, teratur dan lebih berilmu dalam menjalani kehidupan. Seringkali kita melihat dakwah ni hanya menyeru orang lain kepada kebaikan, sebenarnya sebelum kita seru orang lain, diri sendiri dulu yang terseru dengan apa yang kita nak sampaikan.

dakwah bukan untuk orang tudung labuh je, semua orang boleh dan berhak sampaikan kebaikan pada orang lain supaya kita ada jawapan untuk dijawab dihadapan Allah di hari pembalasan nanti.

Terima Kasih Allah :)
banyak sangat nikmatMu, sedikit sekali aku bersyukur :(