Thursday, July 26, 2012

resepi oh resepi

Assalamualaikum wbt 
Salam 6 Ramadhan dari bumi Okayama
sekarang cuaca sangat panas
ye lah musim panas kan, kalau sejuk pelik pulak kite hihi
dan menjadi satu kesedihan la berpuasa di bumi asing ni
jauh dengan keluarga
makan pun ala-ala je la haha!
dan ketahuilah bahawa saya ni sebenarnya tengah nak belajar memasak bagi reti sikit 
harini saya rasa nak buat kueh ropa
tahu dop kueh ropa tu guane?
haa yang kueh lipat inti daging tu
dulu dekat malaysia ma selalu beli sebab memang saye sangat suka kueh tu
lepas tu rasa nak buatlah petang ni
semangat google resepi
tapi
boleh pulak saye tak caya dengan resepi yang ade dekat tenet ni
sebab lepas baca bahan-bahan die
saya rasa macam tak kena je bahan bahan tu dengan rasa kueh ni
ke saya yang terlebih fikir ni T_T
tapi siriyess la saya rasa tak yakin dengan resepi tu ahaa
boleh pulak kan :D

tapi macam saya pernah bagitau sebelum ni
memang saye tak suke tengok resepi 
sebab saye suka masak ikut imaginasi saye
satu je masakan yang sampai sekarang saya belajar macam mana nak sedapkan die
ayam masak merah!
sebab saya pernah makan ayam masak merah yang sedap gile dulu
tapi sebab dekat kenduri so tak tahu sape masak so tak boleh la nak mintak resepi T_T
tapi sampai okayama ni ade sorang kawan yang ayam masak merah die best gile jugak
pastu belajar la dengan dia
and
alhamdulillah setakat ni semakin sedap la ayam masak merah saya
kalau dulu, Ya Allah, rasa macam sayelah orang paling tak reti masak ayam masak merah ni
tapi apa apa pun, kalau nak pandai kene belajar kan
so kalau belajar, insyaAllah akan jadi better la ape2 yang kita buat pun :)

meh nak tunjuk nasi jagung saye buat
dah lama ngidam nak makan nasi jagung
akhirnya menjadi juga
gabungan dengan ayam masak merah memang menjadi, saya suka
 ( macam komen masterchef pulak)

tapi saya dapat satu rahsia untuk buat masakan kite sedap
kalau nak tumis bawang cili sume tu, make sure tumis sampai pecah minyak hokkkay! hihi



nasi jagung puziah ni ye rakan2 haha!

 ni la kueh ropa idaman hati T_T
kalau xde aral melintang, insyaAllah siap la die kejap lagi haha =P

akhir kata, marilah belajar memasak
sebab ilmu memasak ni berguna insyaAllah sampai bila-bila
berguna bila berjauhan dengan keluarga
berguna juga untuk bila dah kawen nanti
sebut pasal kawen
kaw2 banyak jemputan kawen cuti natsu ni
memang tak terpegi haa -_-
kepada senpai2, kawan2, akhwat2 yang nak kawen
moga dipermudahkan urusan walimah nanti
selamat membina rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah! 
maaf tak dapat hadir walimah kalian,
saye ni kalau balik memang tak nampak la muka selain dekat rumah mak haha
tapi insyaAllah akan hadir majlis kawan baik titewww di kelantan, nabila yang akan kawen dengan budak jad batch sama juga, we :)
waa happy for u bi :D
dan sedih tak dapat hadir walimah murabbi saye dulu
tapi sangat lah happy sebab murabbi kesayanganku da nak kawen yeay!
selamat selamat semua

dan jangan lupa merebut ganjaran bonus pahala yang Allah 'tawarkan' untuk kita di bulan Ramadhan ni
percayalah ganjaran ni sangat istimewa
tidak ada di bulan bulan lain
sementara masih diberi nafas, moga kita juga diberi kekuatan untuk mendekatkan diri dengan Allah swt sempena bulan barakah ini :)

tata:)
assalamualaikum :)

Tuesday, June 19, 2012

Jangan Kamu Putus Asa Dengan Rahmat Allah :)


Assalamualaikum wbt
Salam sayang dari bumi Allah yang permai, Okayama :)
Setelah sekian lama hati teringin menulis kembali
Setelah lama meninggalkan ruangan-ruangan penulisan yang saya sayang
Rasa lama sangat dah tak menulis di ruangan dua blog yang saya sayang
azzariyat dan semutmerah, titik mula Allah beri banyak ilham untuk menulis
tapi kini ianya sepi, mungkin kerana saya yang sia-siakan banyak ilham yang Allah beri

kehidupan master di jepun ini... sederhana bagi saya :)
mengambil langkah untuk tidak terlalu berkongsi keterujaan saya di alam master ini, supaya saya tidak terlalu sedih jika nikmat teruja ditarik balik oleh Allah Yang Maha Memberi Nikmat 

Alhamdulillah, setiap yang sulit itu Allah hadirkan seribu satu kemudahan,
yang mana ia tidak nampak jika dilihat dengan mata kasar, tapi ia cantik terlihat jika dilihat oleh mata hati :)
Ianya meyakinkan saya, dalam dunia ini tidak ada yang mustahil jika Allah izinkan ia berlaku
dan Allah memberi peluang saya melihat keajaiban kuasa-Nya melalui banyak perkara
Yakinlah, jika kita inginkan sesuatu, mohonlah pada Allah
kerana jika Allah izinkan kita mendapat apa yang kita mohon itu, tidak ada seorang pun yang boleh menghalang
dan
jika Allah tidak izinkan kita beroleh apa yang kita mohon itu, tidak ada seorang pun boleh membantu kita mendapatkannya.
semat dalam hati, duhai diri yang kerdil :)

Hari ini 19 Jun 2012
Hari lahir seorang sahabat saya
yang sifat dirinya mungkin terlalu jauh beza dengan diri saya
orangnya pendiam, tak banyak bercakap
kalau saya duduk dengan dia, saya cakap 10 patah, dia gelak dan balas sepatah
tapi kadang kadang ada juga yang dia cakap lebih beberapa patah dari saye kahkah =P
melihat usahanya yang tidak jemu mencari erti hidup, sedikit sebanyak beri saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan dalam dunia yang saya pilih ini
hari ni genaplah 23 tahun umur sahabat saya ni
Selamat Hari Lahir, Saerah :)
semoga pertambahan usia ini membawa seribu rahmat dan keberkatan untuk meneruskan hidup :)
sae ni kadang kadang jiwang jugak ye hihi
bolehlah rujuk kad yang dia bagi saya before berpisah beberapa bulan lalu
banyak bagi semangat pada saya, banyak bantu saya selesaikan banyak urusan
moga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan :)
jazakillahu khairan kathira sahabat ;)


harini jugak genaplah 9 tahun berlaku kenangan yang tak manis langsung haha
kenangan dekat sekolah sains pasir puteh
yang pernah saya karang disini suatu ketika dulu

bila ingat balik kehidupan sebelum ni
Allah...
banyak sangat khilaf diri
banyak sangat dosa dengan Allah
banyak juga dosa dengan manusia
lepas dengar tazkirah Ustaz Pahrol di ikim tadi
baru saya tahu yang dosa dengan manusia ni ada banyak kategori
dosa pada agamanya, dosa pada dirinya, dosa pada hartanya
kuwashi deshou! dan saya jadi takut
bimbang sepanjang hidup ni banyak dosa dengan manusia
maafkan saya sahabat-sahabat, guru-guru dan semua muslimin muslimat 
andai ada salah silap saya pada kalian semua
sama ada yang sedar mahupun tak sedar

sebenarnya sangat kecewa dengan diri sendiri
kecewa sebab rasa tak mampu jadi manusia yang baik
tak mampu jadi hamba Allah yang baik
hatta, tak mampu jadi muslim yang baik untuk sesama muslim
tak mampu beri manfaat pada orang lain

tapi

Allah izinkan saya mendengar kata-kata Dr. Asri Zainal Abidin
seorang yang begitu saya segani ketinggian ilmunya
dan seorang yang kata-katanya sentiasa memotivasikan
kerana ayat-ayat al quran mahupun hadis yang dia bacakan
semuanya yang beri semangat untuk hamba Allah yang rebah seketika

" Katakanlah, " Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah Yang Maha Pengampun, Maha Penyayang." 
( Az-Zumar 39 : 53)

ayat yang buat mata bergenang pagi ini
Allah..
Moga sentiasa ada pengampunan buat insan yang banyak gelak macam saya ni
moga sentiasa ada pengampunan buat insan yang lupa bersyukur dengan nikmat-nikmatMu ini
moga Engkau masih memandangku Ya Allah
Moga pandangan manusia tidak sesekali melemahkanku
kerana aku melihat orang lain jauh lebih baik dariku
dan aku...
akan tetap disini mengemis kasihMu Ya Allah :)

harini pun marilah berusaha jadi orang yang lebih baik! hihi

Sunday, May 13, 2012

- cemburu dgn pakcik -

Alhamdulillah setelah lama menanti perjalanan hidup saya selepas grad degree hari tu, Allah telah anugerahkan saya kenangan paling indah apabila saya pulang Malaysia tak sampai sebulan dan kembali ke jepun menyambung master di okayama :)
Segala Puji Hanya Bagi Allah :)

Terkenang suasana di Taman Bukit Pelangi (TBP) suatu ketika dulu
dek kerana kelas kami bermula pukul seawal jam 7.40 pagi, pukul 7 pagi semua orang bergegas menaiki bas yang setia menunggu
tapi kalau lambat, mata hanya boleh memandang bas yang bergerak meninggalkan kita yang termengah-mengah mengejar bas
tapi ada sebuah bas yang tidak akan meninggalkan kita yang sedang berlari-lari anak mengejar bas, melainkan ketika itu benar-benar sudah lambat.
bas yang saya kira paling disukai oleh pelajar2 JAD kerana keramahan Pakcik Tahir yang tidak jemu menyapa kami semua~

Benar kata orang, kebaikan yang kita buat pasti akan dikenang.
Seminggu selepas tiba di okayama 2 tahun lalu, setelah selesai semua urusan rumah dan universiti, orang kedua yang saya telefon selepas mak saya adalah Pakcik Tahir
teringat-ingat sikap pakcik yang ramah tamah bercakap samaada ketika pergi atau pulang daripada Unisel

Kalau balik malaysia, saya memang akan telefon pakcik tahir bertanya khabar, selalu berharap moga orang sebaik pakcik tahir sentiasa mendapat kehidupan yang baik.

Semalam berpeluang telefon pakcik tahir lagi
kali ini bersama senior dan junior saya di okayama
terdengar riak suara pakcik yang gembira walaupun bercerita tentang kesihatan yang sedikit terganggu
rupanya dah seminggu pakcik tahir berhenti dari bawak bas pelajar2 JAD
pakcik ada masalah jantung rupanya
namun pakcik masih ramah melayan kami menyakat pakcik :)

Usai berbual dengan pakcik tahir saya dan senior serta junior saya bercerita tentang kenangan masa JAD
kenapa pakcik tahir tak pernah tinggal budak2 JAD even diorang lambat naik bas pagi2?
sebab bagi pakcik, kami semua dah macam anak dia, kalau dia tinggal kami , samalah macam dia tinggal anak2 dia sendiri, samalah macam dia biarkan anak2 dia sendiri pergi Unisel naik teksi

Dan sepanjang dekat JaD dulu pakcik tahir ni la satu-satunya driver bus yang tak pernah pun buat muka marah or merungut bila ada student lambat

Dan disini, bukan saya nak menyanjung pakcik yang saya cukup hormati ini, cume saya mahu bertanya pada diri sendiri dan juga semua,
jeles tak dengan pakcik tahir?

sebab dia ada sesuatu yang tidak semua orang ada
dia ada jiwa yang besar
yang cukup ikhlas dalam kehidupannya

saya pernah beraya ke rumah pakcik tahir
kehidupan pakcik sederhana, namun pakcik kelihatan cukup gembira dengan kehidupannya, sekaligus membuktikan kebahagiaan hidup kita bukan bergantung kepada tingginya pangkat, bukan juga bergantung pada kayanya harta, tapi cukup dengan kekayaan jiwa yang kita miliki.

hidup kita ni, penuh dengan motivasi, penuh dengan matlamat, penuh dengan target2 yang ingin kita capai, tapi jarang sekali kita ini punya satu kunci kebahagian hidup yang hakiki.
ianya adalah

" Ikhlas Dalam Hidup"

kita tidak ada ini, sebab itu hidup kita penuh kekecewaan yang melampau, penuh kesedihan yang kita cipta sendiri malah kita 'serikan' dengan kegembiraan yang membuat kita lupa diri kita.

ikhlaslah dalam hidup, kerana saya yakin ia kunci untuk menjadikan kita ini insan yang cukup bersederhana.

" Mulakan sesuatu pada perkara paling akhir yang kita impikan."

paling akhir kita impikan bukan sebuah kereta mewah bukan? bukan juga rumah lima tingkat lengkap berkolam renang. tapi kita impikan syurga~ syurga ini mampu dijejaki hanya dengan redha dan kasih sayang Allah swt^^;

dan demi redha dan kasih sayang Allah itu, mari kita mulakan kehidupan baru yang penuh keikhlasan dan kesederhanaan :)

Dan saya cemburu dengan pakcik tahir
cemburu kerana saya yakin pasti ramai yang tidak putus2 mendoakan kesejahteraan pakcik tahir kerana kebaikan dan keikhlasan yang pakcik amalkan dalam kehidupan pakcik :)
ini yang kita kena contohi, ikhlas dalam hidup kita
tak kira dimana kita belajar, macam
mana teruk kita bekerja,
kerana percayalah, hanya ikhlas ini yang mampu buat kita tersenyum dan seronok dgn kehidupan kita :)
Allah, kurniakan kami jiwa yang kuat juga :)
semoga Allah beri kehidupan yang baik dan diberkati buat pakcik tahir kesayangan student2 JAD :)

* Hari ni hari ibu,
SELAMAT HARI IBU BUAT MA TERSAYANG! hari2 pun hari ibu, dan hari2 pun saya terkenang kasihnya ma kepada 10 anak2nya! Terima kasih ma, Kerana Allah Adik Menyayangi Ma :)* chewahh! hihi