Wednesday, April 27, 2011

- post motivasi -

Sebenarnya beberapa menjak ni saya mengalami konflik dengan diri sendiri
perasaan menyesal, merungut, marah datang serentak
membuat diri saya rasa sangat tertekan dan seperti tiada jalan penyelesaian
Ya Allah, adakah aku salah memilih perjalanan ini
kenapa bila diberi pilihan, manusia masih memilih jalan yang salah
padahal manusia diberi pilihan
bila diberi pilihan maknanya kita diberi peluang memilih jalan terbaik untuk diri kita
lain lah sesuatu yang berbentuk paksaan
inilah yang saya fikir hari demi hari
mengapa apabila diberi peluang memilih saya seperti masih memilih sesuatu yang salah

" Aku rasa aku salah pilih lab." kata saya pada housemate saya
" jangan cakap macam tu gee." balas housemate saya
" kalau kata macam tu maknanya kita seperti menyalahkan takdir." balas housemate saya yang sorang lagi.

saya pun tak tahu kenapa perasaan menyesal ni semakin kuat datang
astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah
jauhilah saya daripada menjadi orang yang menyalahkan takdir
sensei lab saya sangat baik
budak lab saya pun sangat baik
kalau tanya mereka mesti ajar saya
kalau bab makan mereka sangat hormat saya
mereka pastikan betul betul apa yang boleh makan apa yang tak boleh makan
mereka hormat waktu solat saya
mereka tiada masalah dengan perbezaan dari segi cara hidup ini
mereka sangat hormat agama Islam
cuma mungkin saya tak boleh terima perjalanan research di lab ni
tak seperti yang saya harap
sebab saya harap perjalanan research yang hari2 ada update
tapi tak macam tu
mungkin sebab ni awal lagi kot
tapi saye takut sangat nanti keja datang sekaligus
takutnye keadaan yang kalau free free sangat
bila da bizi nanti bizi sangat
tapi apelah yang ada pada imaginasi kita
semua Allah da aturkan pada kita
kita selalu menyesal mengenang yang dah berlalu
selalu bimbang dan takut nak hadapi masa depan yang kita sendiri bayangkan
padahal yang itu tak pasti
yang sudah pasti ada adalah masa sekarang
so peluang yang pasti inilah yang kita kena gunakan sebaiknya
huhu macam post motivasi je ni
bila down memang saya akan google kata2 motivasi
satu yang saya jumpa;


" self-trust is the first secret of success." - Maria Robinson

tu kata cik maria kita, saya tak kenal pun dia
dia pon kompem la tak kenal saya
saya setuju jugak dengan kata2 tu
sebab kalau kita yang x yakin dengan diri kita
sape lagi nak yakin dengan kita kan
kalau ada orang lain yang yakin dengan diri kita pun
kekuatan untuk berjaya tu xkan sama melainkan diri kita sendiri yang yakin dan bergerak untuk berjaya
tapi mungkin ada jugak yang tak setuju dengan kata2 cik maria ni
saya pun tak yakin 100% dengan teori ni
tapi kalau kata2 yang satu lagi ni
memang tiada orang boleh nafi kebenarannya


" Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad,

maka bertawakallah kepada Allah,

sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya."

[ Ali- Imran : 159]


hanya perlu bulatkan tekad,

apa yang kita mahu

kemudian berusahalah ke arah itu

dan yang paling akhir, bertawakallah kepada Allah

kerana tawakal ini yang bakal memberi kekuatan luar biasa untuk kita menghadapi keputusan daripada apa yang telah kita usahakan.

berhentilah berimaginasi dengan masa depan

yakinlah pada aturan Allah

redha. redha. redha. ia mencetus ketenangan dihati

menghadapi apa saja yang telah,sedang dan akan berlaku

mahu jadi orang yang redha

mahu jadi orang yang tenang hatinya

Ya Allah, bantulah.

yosh!

Wednesday, April 6, 2011

....

.......
Mohon hati yang baru Ya Allah
Hati yang bersih dari dosa
Amin.

Monday, April 4, 2011

hari pertama di lab :)

alhamdulillah masih diberi nikmat bernafas dan melalui kehidupan :)
hari ni bermulalah kehidupan baru sebagai pelajar tahun akhir di Okayama University of Science
bermula juga kehidupan bertiga dirumah baru bersama mek ain dan dewi soha^^;
Hari ni hanya saya dan ain yang start kenkyuu (research), soha belum lagi
Dengan semangatnya bangun pagi m siap2 nak mengayuh basikal ke lab
Masa nak pergi, soha hantar saya dan ain depan muka pintu, rasa macam mak hantar kita depan muka pintu mase nak g skolah dulu2 :)
Rasa seronok duduk bertiga, moga2 Allah memelihara ukhwah kami bertiga sampai bila2 :)
Bila duduk serumah, saya harap saya dapat ubah banyak kekurangan dalam diri saya
Sebelum buat ape2 keputusan kena bincang dulu, kena bertimbang rasa dalam apa jua keadaan sekalipun, tak boleh nak pentingkan diri sendiri dan yang paling penting, sayang kawan2 kerana Allah swt :)
Harap sangat dapat tanamkan sikap2 tu dalam diri bila dah tinggal serumah dengan kawan2 :)
Alhamdulillah juga, hari ni pertama kali pergi ke lab lepas lama bercuti
Sensei baik dan budak lab pon baik, alhamdulillah. Nikmat yang tak terhingga rasanya.
Sensei banyak bertanya tentang Islam
Sebab dia kata nanti kalau dia tahu tentang Islam senang dia nak uruskan kalau ada makan2 ke, kiranya dia tahu la apa yang saya boleh makan dan tak boleh makan
Sensei : betul ke orang Islam tak boleh makan daging?
Saya : bukan tak boleh makan. Kami makan daging tapi daging binatang yang disembelih dengan cara yang betul mengikut Islam.
Sensei : cara yang betul tu macam mana?
Saya : masa nak sembelih tu kena sebut nama Tuhan kami. Lepas tu yang menyembelih tu adalah orang Islam. Kalau di Jepun ni mungkin cara sembelihnya berbeza jadi kami tak makan daging2 yang dijual di kedai2 kat Jepun ni.
Sensei : semua yang dibuat dr binatang tak boleh makan la kan. kalau susu lembu macam mana?
Saya : susu tu kami boleh minum sebab masa susu tu diambil lembu tu hidup lagi, jadi lepas lembu tu disembelih baru tak boleh makan ape2 yang diambil dari lembu tu sbb cara lembu tu disembelih x ikut cara islam.
Sensei : macam mana dengan daging khinzir?
Saya : daging khinzir tu memang tak boleh makan. Macam mana sekalipun x boleh makan, kalau disembelih dengan cara yang betul pon still tak boleh makan.
Anjing pon tak boleh makan jugak. Khnizir dan anjing ni tak boleh sentuh, kalau tersentuh kena basuh dengan cara yang berbeza sikit. (maksud sy samak).
Sensei : oo orang jepun makan daging khinzir tapi daging anjing kami tak makan. Oo tak boleh sentuh. Dekat jepun ni ramai yang bawak anjing jalan2, so awak hati2 la ye. Macam mane dengan monyet?
Saya : haha (dalam hati). Monyet tak boleh makan jugak sensei :D
Sensei : oo kalau macam tu saya da paham. Lepas ni kalau nak beli ape2 saya kena check dulu la bahan2 dia supaya xde masalah untuk fauziah makan or minum dalam lab ni.
Lepas banyak bercakap tu sensei tu buat la kesimpulan yang dia paham melalui perbualan tu. Alhamdulillah, daripada kesimpulannya dapat la tahu yang dia da paham sikit2 bagaimana cara pemakanan orang islam. Bukan tak makan daging, tapi hanya makan daging yang disembelih dengan cara yang betul.
Hari ni rasa relax dan hilang la debaran menanti tarikh hari ni sebab saya takut dapat kawan satu lab yang sombong ke. Tapi alhamdulillah diorang ok je la. xde la nak baik or rapat sangat dengan saya tapi diorang banyak cakap dan bantu saye la sebab saye sorang je budak malaysia n perempuan dalam lab tu.
Ni diorang kata nak bincang tarikh dan tempat untuk hanami lab kitorang :)
Doakan urusan research saya berjalan lancar ye :)
Terima kasihku Ya Allah atas indahnya hidup...:)

Saturday, April 2, 2011

Perjalanan Yang Panjang

Alhamdulillah selamat tiba di Jepun dan sekarang dalam perjalanan pulang ke okayama :)
Setelah melalui perjalanan yang agak menguji kekuatan hati hihi
Sebenarnya flight ke jepun 31 march pukul 11.45 malam hari tu
Setelah 2 jam atas udara tetiba ada announcement cakap flight akan patah balik ke klia
Masa dengar kena patah balik tu saya x rasa ape2 pon sebab tengah tido
Rase macam " oo ok patah balik klia"
Tapi bila flight mendarat dengan dasyatnya baru la sedar mesti ada something wrong ni
Barang2 atas seat kosong semua jatuh masa flight mendarat tu
Kitorang kat dalam ni semua terkedepan
Masa tu siyes x pikir benda lain da
ingat mati je
Sesungguhnya kematian ni dekat je dengan kita kan
tiba2 je keadaan jadi tak terkawal
Lepas tu kami semua diarahkan untuk keluar dr flight dan ke ruang menunggu untuk dengar next announcement pasal status flight
Yang pastinya x mungkin akan fly malam tu jugak
Ada jugak orang yang marah2, tapi x sure la knapa diorang marah
Masa tu rasa macam x patut sangat lelaku china tu marah dekat orang mas sebab semua orang pon panic kan masa tu so bile kena marah lagi la diorang down kan
Pengajarannya, jangan fikirkan pasal diri sendiri je, kena fikir jugak perasaan orang lain, lagi2 bila keadaan panic macam ni kan, masing2 kena sabar dan bertimbang rasa :)
Yang bestnye tengok orang2 Jepun xde pon melenting marah2 semua orang cool je bila dapat tahu flight delay
Saya ngan kawan2 ni lagi la tersenyap terkedu dan masih terkejut
Maka bermalam la dekat Pullman Hotel putrajaya
Cantik gile hotel ni. Perasaan takut da bertukar tenang bila pagi2 hari tu g jalan2 round kawasan hotel
Kena betul dengan jiwa sebab tempat tu bersih, cantik :)
Pengajarannya, disebalik kesusahan yang berlaku pada diri kita, cuba pandang dr side yang positif pada diri kita. Bila flight delay, kena stay kat hotel, boleh la tenangkan hati dengan jalan2 dengan kawan2, tengok tempat2 cantik ke supaya hilang la rasa bimbang kita tu :)
Last skali pengajaran untuk diri sendiri yang suke beli tiket giri2 dengan tarikh start skolah
Lain kali kena beli tiket 2,3 hari sebelum mula kelas
Sepatutnya saya start research 1 April tapi seb baik da emel sensei awal2 mintak start 4 april sbb takut x sempat pegi dai 1 april tu
Tak tahu pula nak jadi macam ni kan
Kita merancang, Allah juga merancang dan pastinya perancangan Allah yang terbaik dan tercantik aturannya :)
Sampai2 jepun pon dapat stay kat hotel for free semalam :) alhamdulillah lepas diuji dengan kesusahan, Allah datangkan nikmat2 yang tak terhingga banyaknya
Terima kasihku Ya Allah atas indahnya hidup (^_−)−☆