Wednesday, June 7, 2017

Selamat Tinggal Duhai Hati :)

Assalamualaikum

Pada usia yang semakin mendewasakan
mustahil lah hidup ini terus riang ceria seperti dua puluh tahun lalu
kadang kala, hati begitu rapuh menghadapi setiap situasi yang hadir dengan qada' dan qadar Allah
kadang kala, rasa putus asa sudah hampir ke garisan penamatnya
tapi seakan ada satu rasa harap yang hadir saat aku memutuskan untuk berputus asa
kadang kala aku rasa, ada baiknya tidak punya hati
agar tidak ada sedetik pun rasa marah, sedih dalam diri
tapi jika tak punya hati
bagaimana mahu ada rasa kasihan, rasa gembira?
Benarlah hidup ini indah dengan turun naiknya
benarlah hidup ini tidak membosankan bila dicampur rasa sedih gembira ini
benarlah juga Allah Itu Benar Benar Maha Adil
kerana setiap manusia tidak diberi jalan hidup yang sama
manusia diberi jalan hidup yang mampu mereka pikul
kerana meyakini ini, aku jadi sedikit kuat
Beriman bahawa Allah Itu Maha Adil
Mana mungkin Allah beri ujian hidup yang lebih dari daya kita yang lemah ini

Terima Kasih Allah
Atas setiap satu nikmat yang Engkau beri
untuk aku menukar rasa marah dan sedih ini kepada senyum
kerana setiap hari itu tidak indah
tetapi dalam setiap hari pasti ada yang indah

Terima kasih Allah yang mentarbiyyah aku melalui perantaraan manusia juga
untuk sentiasa ingat,
tarbiyyah tarbiyyahMu yang hadir hampir setiap ketika dan setiap hari

Wahai diri,

Sebelum marah,
ada baiknya bertanya dulu

Rasa suudzon ( bersangka buruk ) itu datang tiap-tiap ketika,
gantikan terus rasa itu dengan Husnulzon ( bersangka baik )
lihatlah ajaibnya bila hati terus tenang dan bertenang

Jangan terus hukum tanpa melihat,
Cuba lihat sendiri, rasa sendiri dan letakkan kita pada keadaan orang lain
Supaya hilang rasa mahu menghukum

Sungguh,
yang dilalu hari-hari ini tidak akan aku lakukan pada orang lain
kerana telah merasa segala rasa
sehingga aku rasa aku sudah tidak punya hati

Untuk meyakini diri,
Hati sendiri perlu aku letak dibelakang sekali
Untuk mengingati diri,
terus kuatkan hati
moga mudah terpantul segala rasa yang tidak perlu

Allah Sebaik-baik Pendengar,
Saat kita rasa tidak punya apa-apa
Allah sentiasa ada. Sentiasa.