Sunday, January 29, 2012

Kiamat Mendekat :)

assalamualaikum wbt :)
post kedua lepas saya berusia sweet sweet 23 tahun hihi
sebenarnye da banyak kali saya type post
banyak sangat nak cerita
tapi x terpost sebab Allah da takdirkan post ini lah yang akan jadi post kedua saya setelah berumur 23 tahun :)
saya tengok kawan2 saya yang sama umur sume sudah matang
semua sudah bergaya ala-ala orang dewasa yang bekerjaya
saya?
masih dengan tshirt dan jeans ke universiti
kadang kala kalau rase rajin pakailah baju ropol2 tu dengan belit2 pashmina haha
orang lain da fikir masa depan macam mana
saya masih lagi blur2 siap main kejar2 dalam rumah ni dengan ain >_<
oh tidak! ini bukan aku :( hihi
eh eh jauhnye tersasar

hampir dua tahun di bumi jepun
kali ni saya tak mahu cerita pengalaman manis atau pahit saya di jepun
saya tak mahu cerita tempat-tempat menarik di jepun
tapi saya nak cerita sesuatu yang baru sekarang saya rasa ia sesuatu yang serius

semua orang mesti tahu kan Jepun ni negara maju
semua yang maju-maju ada di jepun
daripada semaju-maju iphone 4s hingga selaju-laju shinkansen
tapi mesti semua ingat tarikh 11032011
Gempa bumi beserta tsunami yang memusnahkan hampir keseluruhan bumi Higashi Nihon
buktinya semaju-maju ciptaan manusia
memang tak akan mampu melawan kuasa Allah s.w.t

buat yang masih belum tahu
kami di jepun berdepan krisis gempa bumi
saya di Okayama, jarang sekali merasa gegar-gegar gempa bumi
malah pernah terdetik dalam hati rasa nak sangat rasa gegar gempa bumi ni
tapi sejak dua menjak ni
okayama banyak kali juga bergoyang dek tempias gempa
berbeza dengan sahabat di tokyo
memang agak kerap merasa gegaran bumi ini
hingga 1 januari lalu semasa bersama beberapa sahabat di dalam masjid di Otsuka, kami merasa satu gegaran
bagi saya ia gegaran yang kuat
sebab saya panik
tapi berbeza reaksi sahabat-sahabat yang tinggal di tokyo
mereka cool saje, seperti sudah biasa dengan gegaran itu
tapi bagi saya, ia satu peringatan yang cukup besar pada hari pertama melangkah ke tahun baru

beberapa hari lepas
hebat diperkatakan di facebook tentang satu berita
berita yang mengatakan Jepun meramalkan akan berlaku gempa bumi besar dalam masa 4 tahun dari sekarang


bila tengok video ni
entahlah, saya rasa takut semacam
ramai yang bincang pasal ni
menakutkan bila baca banyak info dari kawan-kawan
malam tu tak boleh tido
sebab di twitter, kawan yang berada di Tokyo sentiasa update pasal gempa ni
lebih menakutkan bila ada sahabat msg saya

" Gee, malam ni buat solat taubat. Kita tak tahu ajal kite bila."

msg ni memang buat saya tak boleh duduk diam
Allah datangkan peringatan dari berbagai cara
even tengok video kat atas yang orang jepun je duk cakap2
tapi Allah hadirkan rasa takut yang lain macam
even kawan msg satu ayat pasal solat taubat
tapi Allah hadirkan rasa takut semacam

masa tu rasa sangat sayu
Ya Allah, kalau Allah takdirkan ajal saya dah tiba teringin nak mati disisi mak saya
tak mahu mati jauh dengan mak
tapi kalau Allah takdirkan kita mati dibumi sakura ni
tiada kata yang mampu melawan, selain sentiasa kena betulkan niat, kita disini untuk berjihad
berjihad fiisabilillah :)

pernah dengar satu hadis?
satu hadis yang bunyinya macam ni


Abu Hurairah r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
" Tidak akan datang hari kiamat sehingga berlaku banyak gempa bumi." [ HR Muslim]

sekarang ramai bercerita tentang kiamat
bukan sebab ada yang mengatakan kiamat jatuh pada tahun 2012
kita tetap kena yakin yang hanya Allah s.a.w yang tahu bila berlakunya kiamat
even orang tanya Rasulullah s.a.w bila berlaku kiamat, Rasulullah kata hanya Allah yang tahu
apatah lagi kita yang selalu buat silap ni
tertarik membaca satu artikel di blog sahabat saya
banyak fakta yang kita rasa logik dan menakutkan kita
padahal rasa takut itu tidak sesekali memberi kebaikan pada kita melainkan kita banyakkan beramal soleh sebab takut akan azab Allah di neraka nanti :)
tarikh kiamat tak perlu pun kita teka
sehebat mana pun kita teka
sebanyak mana pun tarikh kiamat yang kita teka
selagi Allah tak izinkan berlaku, memang tak akan berlaku kan :)

hari tu dalam usrah ada berbincang pasal kiamat
ada sahabat saya berkongsi beberapa hari
tahu x orang beriman ni hebat?
kalau x percaya mari kita tadabur ayat-ayat ni

" Dan (ingatlah) pada hari (ketika) sangkakala ditiup, maka terkejutlah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, kecuali siapa yang dikehendaki Allah. Dan semua mereka datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri."

" Dan engkau akan melihat gunung-gunung, yang engkau kira tetap di tempatnya, padahal ia berjalan (seperti) awan berjalan. (Itulah) ciptaan Allah yang mencipta dengan sempurna segala sesuatu. Sungguh, Dia Mahateliti apa yang kamu kerjakan."

" Barangsiapa membawa kebaikan, maka dia memperoleh (balasan) yang lebih baik daripadanya, sedang mereka merasa aman dari kejutan ( yang dasyat) pada hari itu."

[ surah An-Naml 27 : 87-89]

*surah semut hihi*

Dalam kalam Allah ini, tertulis janji Allah buat mereka yang membawa kebaikan
Allah menjanjikan perasaan aman buat mereka pada hari kiamat sedangkan hari kiamat itu maha dasyat keadaannya sehingga mengejutkan apa yang ada dilangit dan bumi
bayangkan keadaan huru hara ketika itu tapi orang yang buat kebaikan ni rasa aman saja
siyesly, kalau saya, saya tak mampu nak bayangkan macam mana nikmat aman itu masa orang lain sedang terkejut dengan tiupan sangkakala itu
tapi ianya janji Allah
tidak akan sesekali dimungkiri
kerana

" Kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa yang Dia kehendaki. Dia Mahaperkasa, Maha Penyayang. (Itulah) janji Allah. Allah tidak akan menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui." [ Ar-Rum 30: 5- 6]

Allah sudah janji
tinggal kita saja nak meyakini adanya hari kiamat
Allah sudah janji
tinggal kita saja nak beramal soleh untuk jadi orang yang beroleh rasa aman ketika hari kiamat
Allah sudah janji
tinggal kita saja nak mujahadah buang segala jahiliah diri
Allah sudah janji
tinggal kita saja nak fikir dan tentukan apa yang terbaik untuk kehidupan kita di akhirat nanti
Allah sudah janji
tinggal kita saja nak benar-benar yakin dengan janji Allah ni

Kiamat, gambarannya banyak diceritakan dalam al-quran
Malaysia, yang dikatakan selamat dari sebarang gempa bumi, kini dah banyak tempat di Malaysia yang dapat rasa gegaran kalau berlaku gempa bumi di indonesia kan?
kerana fakta geografi tidak akan sesekali mampu melawan aturan Allah
jika Malaysia berada di luar lingkaran api pasifik sekalipun, andai Allah mentakdirkan berlaku gempa bumi memang tidak mustahil (nauzubillah)
sebab itu kita sentiasa kena ingat

1. ingatlah dari mana kita datang
2. untuk apa kita hidup
3. dan kepada siapa kita akan kembali

Semua ni ada dalam al- quran
kitab yang kita kena selalu dampingi
kerana di dalam nya banyak sangat ilmu yang kita tak tahu
entri ini saya tulis bukan sebab saya hebat dan cukup baik
tapi sebab saya adalah orang yang sangat cepat lupa
saya selalu lupa dari mana saya datang
saya selalu lupa untuk apa saya hidup
dan
saya selalu lupa yang suatu hari nanti saya akan mati bertemu pencipta
cumanya saya tidak tahu bila dan bagaimana saya akan mati
tapi jauh disudut hati yang masih berbaki iman ini,
siyesly saya mahu mati dalam keadaan saya sedang menangis kerana takut kepada azab Allah s.w.t
siyesly, saya mahu bertemu Allah dalam keadaan saya sedang berjuang menjadi hamba yang Allah kasih
siyesly, saya mahu masuk syurga Allah yang tidak tergambar indahnya
dan
siyesly, saya mahu dapat nikmat melihat wajah Allah, yang mampu membuat saya lupa seketika nikmat-nikmat di syurga ketika itu :)

jom sahabat :)
tiada masa lagi, hatta nafas yang kita hembus sekarang ni pun perlu menjadi nafas yang diberkati Allah
tiada masa lagi, hatta masa-masa yang berdetik sekarang ini perlu menjadi detik masa yang Allah redha
kita selalu lupa
hari ni kita insaf, esok kita lalai balik
sebab itu kita kena selalu istighfar
sebab itu kita kena selalu berdamping dengan al-quran
sebab itu kita kena ada sahabat yang selalu mengingatkan
dan paling penting
sebab itu kita kena selalu ingat pada Allah s.w.t Yang Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dan segala yang terpuji hanya bagi Allah s.w.t :))

2 sugar (s):

  1. tersentak baca post ini...

    hukhuk~

    saikin duk bergegar je bumi yamanashi nih.
    (sbb lately nye gempa, ymnshi jd pusat gempa kot)

    lebih kuat dr yg kat masjid otsuka tu deskedo...


    moga segalanya baik2 je.

    ReplyDelete
  2. ki wo tsukete gja kat sana :(
    moga Allah melindungi mu :)
    uhuk2 >_<

    ReplyDelete