Sunday, January 30, 2011

- saya dan masa depan -

salam dari okayama yang masih sejuk :)
usrah pagi tadi sangat best
sebab raheeq maktum da masuk bab kelahiran Rasulullah s.a.w
Subhanallah banyak sangat tanda2 masa baginda kecil
yang menunjukkan baginda ni manusia agung :)
tak boleh lupa jugak kenangan naik motor ngan kak ijat smalam
kat jepun act xleh naik motor 2 orang
tp ktorang naik je sebab dekat je tempatnye..haha
wahh terasa best naik motor malam2 dibawah angin fuyu :D
alhamdulillah smalam berakhir satu lagi paper
paper robotics :)
alhamdulillah moga2 Allah beri kejayaan cemerlang buat saya dan rakan2
ada tiga paper lagi dan lepas exam hidup akan lagi busy
sebab nak pindah rumah, nak tukar alamat, nak jumpe sensei kenkyuu lagi
moga2 semuanya dipermudahkan Allah
sebab saya sangat x sabar nak balik malaysia
rindu sangat da ni dekat family :D
ni memang ketagih nak menulis ni
lama da x menulis blog dengan panjangnya..haha
smalam tetiba terfikir pasal masa depan
sebenarnye saya ni bukanlah orang yang rapi merancang masa depan
tapi ade la juga terfikir bile da besar nanti ape yang saya nak capai
meh nak kongsi sikit impian saya untuk masa depan
moga2 tercapai semuanya :) amin, insyaAllah

1. Kereta Nissan Tiida Colour Gold
saya adalah peminat kereta sebenarnya
kalau lalu tepi jalan saya suke tengok kereta n hafal nama kereta
tapi saya takut drive kereta :(
balik ni abang kata kene bawak jugak sebab takut nanti lama2 jadi x reti balik
baiklah abangku!! :D
dulu punyalah minat dengan kereta honda accord
kalau lalu nak g Unisel pagi2 mesti ada sebijik dua honda accord lalu tepi bas
macam tau2 je saya minat
tapi bila da sampai jepun ni
setelah lama memerhati kereta2 kat sini saya pon berubah hati (aceceh)
sejak duk jepun da minat pulak dengan kereta Nissan Tiida
owh lawa sungguh kereta ni
sesuai dengan wanita sebab kereta ni tak besar sangat n tak kecik sangat
so kalau ada duit lebih saya nak bawak balik Nissan Tiida ni sebijik
nak beli yang colour gold macam gamba kat bawah tu :)
wah mesti cantik kan? lepas tu saya akan pastikan kereta saya slalu nampak berkilat
biar sedap mata memandang
lepas tu nak pastikan dalam kereta tu selalu kemas dan bau wangi je
baru la best nak drive kan :D

honda accord idaman hati dulu-dulu :)

Nissan Tiida colour gold idaman hati sekarang :)

2. saya bercita-cita mempunyai rumah colour purple
saya ni mudah berkenan kalau tengok barang colour purple lembut
nak kata favourite colour tu xde la
sebab saya xde favourite colour, semua warna saya suke :D
wahh kalau ada rumah sendiri, saya nak satu rumah yang unik
yang ala-ala kampung gitu tapi ala-ala moden pun ade
nak colour rumah tu ngan colour purple lembut tu, fuh!! haha
halaman rumah kene hijau dengan pokok2
saya tak mahu rumah yang dekat bandar
waa x suke sangat suasana bising

tengok tu rumah warne purple tu, lawa kan? :)

3. saya sangat menghargai kalau ada mane2 syarikat nak bagi saya kerja dekat dungun
dekat dengan rumah mak
saya nak duduk dengan mak nanti
sebelum pegi keje salam n cium mak
balik kerja pon boleh peluk cium mak
weekend bawak mak n anak2 sdare g jalan2 kat pantai ke taman ke
macam yang kakak saya slalu buat sekarang
mengharap kehidupan yang macam tu bila da kerja nanti

4. Saya mengimpikan satu kerjaya yang lasak
lasak ni macam kerjaya yang banyak bergerak la
kiranya x de la boring je ngadap laptop ke
saya memang nak jadi engineer sebenarnya
tapikan tak puas la duk jepun ni. rasa nak sambung master
tapi kalau da sambung master baik jadi lecturer kan
sebab kalau nak kerja lasak2 pun takkan sampai tua nak kerja lasak kan
saya melihat, wanita ni lebih sesuai kerja sebagai pendidik
sebab kalau jadi guru n lecturer, masa kerja tu da tetap
kalau engineer mungkin ada masa kena kerja lebih jugak
uhh! akan difikirkan tentang ini :)

5. bercita-cita juga nak ada ladang cili
ini serius ye :D saya bercita2 memiliki ladang cili
sebab die saya pernah bagitau before ni
saya suka tengok cili bila die kumpul banyak2
tapi dalam tempoh masa 7 ke 10 tahun lagi ke

suka tengok cili kumpul hijau merah mcm ni, tak tahu la knape :) haha

saya nak fokus pada ladang cili ni
kalau boleh saya sendiri nak petik cili2 ni, segar dari ladang
saya memang suka la kalau dapat petik cili2 ni sendiri
satu aktiviti menyehatkan badan kan :D
* teringat kenangan baito buah momo*
insyaAllah, kawan saya Dzulaikha kata dia nak bukak tadika nanti
so dzul, kalau terbaca post ni boleh la bekerjasama amik bekalan cili dr ladang cili saya nanti
sapa2 nak buka kedai makan ke, tahfiz ke rumah kebajikan ke boleh la nanti bekerjasama jadikan saya pembekal cili kalian deh :)
harga boleh runding haha

ladang cili : gambar sekadar hiasan :)

tamat da impian setakat hari ni..hihi
bercita-cita ni tak salah sebenarnya
tapi harus kita susuli dengan usaha yang bersungguh-sungguh
dan juga doa yang tidak putus, mohon Allah permudahkan
juga kena ada persediaan hati untuk redha kalau2 cita2 ini tak menjadi nyata
sesungguhnya Allah aturkan sesuatu yang sangat baik untuk kita :)
jangan banyak menanam cita2 dan duduk termenung berangan mengenang kejayaan
orang yang banyak berangan tak akan berjaya malah akan mudah kecewa
so, kita ni walau sape pun kita, tinggi mana pun cita2 kita, kat mana pun kita berada, kita kene percaya pada diri kita. :) * agak skema seperti ayat pakar motivasi disitu.*
tapi itulah yang saya belajar bila hampir setahun di jepun
xpe la sensei nak kata ape pun, asalkan kita tanya apa yang kita tak tahu
sensei nak kata soalan tu mudah ke, xpe la tanya je
istilah kesusahan dan kesenangan bagi setiap orang kan berbeza
jangan fikir lagi tentang kata2 manusia,
kata2 manusia ini, adakala bg semangat, adakala makin jatuhkan semangat
fikir la tentang janji2 Allah kepada hambaNya yang berusaha
Islam tidak sesekali menghalang umatnya mencari kejayaan dunia,
tetapi jangan melebih2 sampai lupa akhirat;

" Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan." [ Al-Qasas 28 :77]

haa tengok tu, Allah berfirman dalam kita suci Al-Quran..
Islam ni kan satu agama yang sangat sempurna :)
saya kan sebenarnya nak start study da ni haha
doakan saya. saya ada tiga paper lagi ni
kalau nak capai cita2 saya ni saya kene terussss berusaha
yosh!

Tuesday, January 25, 2011

- :) -

" Dan orang yang berhijrah kerana Allah setelah mereka dizalimi, pasti Kami akan memberikan tempat yang baik kepada mereka di dunia.Dan pahala di akhirat pasti lebih besar, sekiranya mereka mengetahui. (iaitu) orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan mereka bertawakal." [ An-Nahl 16: 41-42]

Allah datangkan ayat ini kepada saya :)
Terima kasih ya Allah :)

Wednesday, January 12, 2011

- sampai bila nak usrah?-

hari tu ade sorang adik JAD ym saya
lebih kurang berbunyi begini ;

" kak gee saya nak tanya akak...."
" akak join usrah kan? "
" sampai bile akak nak join usrah?"
" bila dah balik Malaysia nanti pun akak nak join lagi ke?"

Ya Allah, banyak nye soalan.. saye kate dalam hati :) hehe
saya cuba jawab mana yang saya mampu
saya jawab ringkas saja pd adik tu
sebab masa tu dah nak tidur tak boleh fikir sangat hehe
kite tak tahu kan masa depan kita macam mana
kalau ikut kondisi hati sekarang
mahu join usrah ini sehingga akhir nafas saya
usrah ini bukan sesuatu yang main-main atau biasa-biasa
ia satu tarbiyyah yang akan sentiasa buat kita bersemangat untuk tahu banyak lagi perkara yang kita belum tahu tentang Islam
dulu mase sekolah menengah ada juga usrah ni
tapi ye la, mase sekolah kan
usrahnya kumpul ramai2 di musalla
kadang2 ada kuiz tentang sirah ke
tapi setelah lama mengenal usrah
usrah ni bukan hanya kita berkumpul, mengaji, tazkirah
ia sebenarnya sesuatu yang kita kene anggap serius
kalau dalam seminggu x ada usrah ia buat kita rasa macam x cukup something
kadang2 kita boleh fikir kita ok je kalau xde usrah
kita rasa kita boleh je buat semua bende sendiri
kita rasa kita mampu menyusun diri kita untuk mengaji, solat malam setiap hari
tapi hakikatnye bila kita sendiri, tak ade siapa yang ingatkan kita
kita x mampu buat semua tu sendiri
sebab manusia ni cepat sangat lupa dan lalai
bila manusia ni sorang2 syaitan senang sangat nak dekat
sebab tu mula2 kita rasa kita mampu buat semua bende sendiri
lama2 bila sorang2 kita akan jadi malas
at least dalam usrah, tugas yang naqibah bagi akan buat kita berusaha untuk perkara tu
minggu ni kene bagi tazkirah, so kita baca something untuk disampaikan masa usrah nanti
minggu ni kene terangkan bab 2 buku Raheeq Maktum
so kita baca dan fahamkan buku Raheeq Maktum
dalam usrah ada tilawah, so paling kurang kita akan baca juga al-quran pada hari tu
kalau kita x terikat dengan tugas2 macam ni
kita mungkin akan malas dan bertangguh-tangguh kan?
jadi sebenarnya usrah ni sentiasa kita perlukan
sebab dalam hati manusia ni ada satu ruang yang hanya untuk Allah
kalau kita x isi hati dengan mengingati Allah, hati kita seakan-akan kosong
cumanya dalam pada kita perlukan usrah tu
kita yang kene usaha cari usrah ni
kalau balik Malaysia sekalipun, kita yang kene cari usrah
bukan usrah yang cari kita :D
berada di bumi jepun ni pun buat kita rasa lebih menghargai Islam
sekeliling kita tidak ada suasana Islam
tidak ada surau, masjid, wanita bertudung
yang ada hanya manusia yang berjalan laju mengejar train
masuk train mereka dilihat terlena keletihan
suasana tidak membantu diri kita untuk maju menjadi Hamba Allah yang baik
sebab tu kita perlukan keluarga kat sini
dan keluarga kita tu kita bentuk melalui usrah :)
peranan kita dalam group usrah pun penting juga
kita yang kene mula membina kemanisan ukhwah dalam group usrah kita
bukan rasa kita saje yang betul, cakap orang lain semua nak bantah
bukan dengan mencari salah ahli usrah kita
setiap manusia mungkin punya tahap masing-masing
kita tak boleh anggap semua orang sama level dengan kita
semua orang kena dengar cakap kita
semuanya kene guna pendekatan yang Rasulullah s.a.w guna sepanjang dakwah baginda

" Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan yang banyak mengingat Allah." [ Al-Ahzab 33 : 21]

Kepada adik yang bertanya tu
terima kasih kerana bertanya
menanti kamu datang ke mari
jom2 kita meriahkan tarbiyyah di bumi jepun ni :D

p/s : kadang-kadang kita ditarbiyyah di titik paling kita lemah. Kalau kite jenis tak suka orang bantah cakap kite, mungkin tarbiyyah kita bermula apabila ada orang bantah cakap kita..:)

Monday, January 10, 2011

- snowboard vs ski -

salam dari bumi okayama :)
fuhh siyesly saye x sedar pun yang dah lama masuk tahun baru
mase 1 januari pun lupe nak wish selamat tahun baru pada semua
ish2 seronok sangat tengok snow agaknye
walaupun saye kurang suke dengan cuaca sejuk yang melampau di musim sejuk ni
tapi saye suke aktiviti2 musim sejuk
seperti snowboard dan ski~~
dekat yamagata dulu saye pilih untuk main snowboard
tengok budak2 main ski macam best je
lepas tu semalam saye join okayamalaysia g daisen
dan saye pilih untuk main ski~~
mule2 kan memang down habis la sebab x reti main
asyik jatuh tergolek je
rupe2nye ski lagi susah daripada snowboard
ish2
tiap2 kali jatuh saye cakap sorang2

" xpe2.. tak jatuh tak pandai.."
" xpe2.. ade mase lagi nak jadi pandai ni.."

tak tahu la saye ni jenis yang xleh trime kekalahan ke ape kan
tapi punyelah badmood sepanjang main tu
sampai la saye da give up and g buat snowman je
lepas tu g layan emosi ketika salji tengah turun hehe
lepas tido atas salji kejap
dapat la semangat nak main lagi
haaa kali ni da boleh main skit da
da nampak da cane nak control supaye x jatuh
atas tunjuk ajar sensei dr Tamano jugak hehe
jatuh pun x banyak da
last2 tu berjaya turun tanpa jatuh dengan jarak yg jauh
hoorey! hehe
tapi sayangnye bile da syok nak main tu
masa da xde sbb nak kene balik okayama balik
macam snowboard jugak la dulu
bile da reti sikit mase plak xde hehe
xpe2 tahun depan cuba lagi :)
sebenarnye baru sedar yang main snowboard ngan ski ni bahaya jugak
ade je kemungkinan nak cedera teruk ke
tapi alhamdulillah Allah memelihara saya dan kawan2 dr perkara yang x diingini
kalau tanya saya ski n snowboard mane lagi best
saya akan jawab SNOWBOARD!
kalau tanye mane lagi mencabar
saye jawab SKI
yang pasti saye minat dua2 sukan ni
mungkin boleh ganti minat saya pada badminton dan sofbol :)

gaya dah ade tu :)


lepas banyak kali jatuh golek2 baru la ok skit main


wakil okayamalaysia utk main ski~~ haha

satu je lagi bende yang saye nak main tapi x leh main lagi
ice skating!
ari tu pegi yokohama dengan searah, hanis n mus
hajat dihati nak main ice skating
skali sampai tempat tu penuh orang duk main
n ramai lg yang beratur nak main
terus kami x jadi main :(
xpe2 ade peluang nanti leh main
cuti musim sejuk dah hampir tamat da
terasa lama plak cuti kali ni
kene stat belajar balik untuk exam
lepas exam pindah rumah baru yang besar
lepas tu pulang malaysia :)
Ya Allah, sampaikan saya ke waktu itu :) amin~