Sunday, December 18, 2011

- husnul khatimah -

Ramai orang kata hidup hanya sekali
so kena enjoy!
tapi tak ramai yang kata hidup hanya sekali
so buatlah ibadah dengan baik
sebab bila kita mati kelak
tiada lagi nilai sebuah penyesalan
Allah telah beri waktu yang cukup lama untuk hidup
Allah beri siang malam silih berganti untuk mendengar kita memohon ampun dari-Nya

kita tak tahu bila kita akan mati kan?
saya sedang menghitung hari untuk berkumpul bertemu akhwat saya di kampung salji
kalau Allah izinkan, alhamdulillah
kalau nyawa diambil dulu sebelum itu
tak dapatlah berjumpa
moga sahabat ampunkan dosa2 saya pada mereka
yang saya sengaja mahupun tidak
astaghfirullah
hidup kita kita yang pilih jalannya
akhir hidup juga kita tak tahu
berdoalah moga Allah beri kita husnul khatimah ( pengakhiran yang baik)
moga2 dengan husnul khatimah dan redha Allah, kita masuk syurga Allah
malah kita teringin masuk syurga tertinggi
berjiran dan bersama orang2 yang soleh
semua penghuninya muda-muda belaka
makanan enak-enak
ada sungai mengalir dibawahnya
subhanallah
nikmatnya syurga!
marilah berdoa :)
kerana kita hanya akan masuk syurga hanya dengan rahmat dan redha Allah s.w.t :)



0 sugar (s):

Post a Comment