saya masih ingat
ketika disekolah dulu, saya sangat kuat memberontak
saya pun tak tahu kenapa
mungkin masa tu baru nak kenal hidup
bila masuk scipp, peraturan sangat ketat
walaupun sekolah semua perempuan, penjagaan aurat amat dititik beratkan
setiap hari wajib solat berjemaah di musalla
kena pakai tudung cotton yang berjahit
even pin ke bawah tp x berjahit pun kena jugak amik nama dengan prefect
dulu, saya suka sangat langgar peraturan sekolah
saya sangat anti dengan kebanyakan prefect
bagi saya, langgar peraturan sekolah ni macam best la
ye la, bukan semua orang boleh langgar peraturan sekolah kan?
saya masih ingat satu peristiwa
masa tu saya form 2
dekat sekolah kan kene basuh pakaian dengan tangan
memang memerlukan kesabaran yang tinggi
kena betul-betul rajin baru boleh basuh baju dengan rela
tapi rasanya dulu, saya antara orang yang rajin membasuh haha
peristiwa 19 jun 2003 ni bermula bila ada kawan saya bagitau saya
dia jumpa satu tempat untuk basuh baju dengan cepat dan pantas
saya pun masa tu memang zaman nak langgar peraturan sekolah, so saya tanya kawan saya
" Dekat mana ko basuh baju dgn cepat tu?"
" Dekat bilik warden yang lama. Ada mesin basuh dalam tu. xde orang guna pun, so aku pun guna la. tapi xde orang tahu ni."
masa tu dekat blok saya ada bilik warden lama
kiranya xde orang duduk bilik tu
lepas tu pihak sekolah letak mesin basuh dalam tu
saya memberontak bila tahu
yelah, bagi saya buat apa nak letak mesin basuh dalam tu xde orang guna
baik bagi ktorang guna
bayar seringgit sekali guna pun saya sanggup
ini tidak, mesin basuh tu dibiar tak berguna
oleh sebab tak puas hati, saya pun plan dengan kawan saya tu nak g basuh baju kat sana
petang tu petang khamis kalau x silap saya
saya dengan kawan saya ni ponteng prep
balik ke blok n basuh baju dalam bilik warden tu
masa tengah tunggu baju siap tu, saya pun borak2 dengan kawan saya
masa tengah borak, saya dengar orang lalu lalang dari luar bilik
rupanya prefect2 balik ke blok nak packing barang sebab nak pegi lawatan ke cameron highland
kami terus borak2 x peduli pun pada prefect2 tu
bila baju da siap dibasuh dan sangat wangi dengan bau softlan hijau,
saya pun nak buka pintu bilik warden tu nak keluar
skali tak boleh buka
yabaiii! eh masa tu mana tahu bahasa jepun lagi :D
abis lah saya masa tu
saya bagitau kawan saya, bila die try buka pun x boleh
skali bila intai dari tingkap, bilik tu dikunci dari luar dengan padlock besar
mula lah masa tu tak tahu nak buat apa
tak lame lepas tu ramai lah student balik dari prep n prepare untuk gotong royong
kami pun dah macam ape duk panggil2 orang suh bukak
sume orang panic masa tu, agaknya diorang fikir macam mana budak ni boleh ada dalam bilik warden ni:(
sume orang buntu nak buat macam mana
kawan2 saya datang tengok dekat tingkap panggil2 nama kami
siap hulur buah limau dengan biskut lagi masa tu [ oh saya masih ingat hehe]
masa tu saya x tahan, sebab malu dan merasakan diri macam orang dalam penjara, saya pun nangis time tu jugak
skali datanglah senior saya tu bawak tukul yang dia pinjam dengan pakcik dewan makan n ketuk padlock tu sampai terbukak
then berjaya la saya dengan kawan saya ni keluar dari bilik tu
yang penting, baju siap dibasuh dan dikeringkan :D
saya tak tahu kenape saya tak serik2
kalua hari ahad tu ada assembly, HEM cakap tak boleh bawak buku selain buku nota
saya akan bawak jugak buku selain buku nota
padahal bukan nak baca sangat buku tu
saje nak langgar peraturan
bila HEM cakap lipat tudung bulat-bulat biar nampak muka, saya memang tak akan lipat bulat-bulat
HEM cakap tak boleh bawak handphone, saya bawak jugak
padahal bukan ade nak call sape2 pun, call mak je, guna public phone pun boleh kan
tapi sebab nak langgar peraturan punya pasal, bawak jugak phone
sampailah nama saya dipanggil satu petang tu ke bilik guru
ingatkan ade buat salah ape la kan
skali cikgu syukri geog tanye;
" Mekgee mu nak jadi prefect x? nama mu ada ni."
[ cikgu syukri je kot panggil saya mekgee]
masa tu bulat la mata saya mendengar
rupanya HEM lantik saya jadi prefect sebab saya banyak langgar peraturan
so kalau jadi prefect boleh jadi baik sikit [agaknya]
tapi masa tu saya masih dalam jiwa memberontak
" Takpe la cikgu. saya kan librarian. Saya suka susun2 buku sume ni."
padahal x penah pun nak susun buku dalam library
masa tu saya memang geram, ade ke cikgu suh saya jadi pengawas sebab banyak buat kesalahan >_<
tapi dalam banyak2 peraturan sekolah
ada satu yang saya tak berani nak langgar
iaitu solat di musalla
dulu kalau geng2 yang suka langgar peraturan sekolah, ada yang ponteng solat maghrib di musalla
kiranya solat dalam dorm
bagi saya, peraturan ni x rasional untuk dilanggar
sebab solat berjemaah di masjid tu sendiri sebenarnya beri kebaikan pada diri kita jugak, bukan orang lain
lagipun dorm sangatlah x bersih, memang x selasa nak solat
ape2 pun syukurlah pada Allah, sebab Allah masih pelihara saya
banyak langgar peraturan, tapi bab solat ni saye x berani nak langgar dan
x rasa pun best kalau boleh ponteng solat di musalla
bila naik form 3, saya rasa zaman memberontak saya da tamat
masa form 3 baik sikit sebab nak PMR
peraturan jarang la langgar
bila masuk form 4, banyak sibukkan masa dengan sukan, kelab n badan beruniform hihi
form 5 pun sibuk main sukan jugak
bila pegi sekolah balik before masuk JAD,
masuk bilik HEM dan salam dengan HEM
HEM cakap,
" Dulu saya ingat lagi fauziah ni suka sangat langgar peraturan sekolah. Skarang ni saya tengok awak jadi baik sikit dah."
kembang hidung den. tapi erk baik sikit je ke HEM (-_-)
before fly ke jepun pun, sempat call ustazah zarinah bagitau nak fly
oleh sebab buat perangai masa form 1, sampai sekarang ustazah zarinah kenal ingat
masa form 1 dulu saya dengan beraninya tido time PAI n tertinggal nota yang ustazah tulis
bila ustazah suruh baca saya pun tergagap2 baca
skali ustazah panggil pegi depan, then baling buku nota saya depan saya, depan semua budak kelas
masa tu malu juga, tapi perasaan takut mengatasi perasaan malu
tapi syukurlah, lepas peristiwa tu saya memang x tidur time PAI tau!
nota saya lengkap macam nota ustazah (-_-)
sebenarnya, saya cerita ni bukan nak cakap saya ni otai lah boleh langgar peraturan sekolah
cuma saya mula merasa
pengalaman ni memang mematangkan kita kan?
bila fikir balik, semua yang HEM suruh buat time sekolah dulu untuk kebaikan saya juga
sekarang barulah dapat fikir
kenapa HEM suruh tutup aurat
kenapa HEM suruh solat jemaah 5 waktu di musalla
kenapa pagi2 ada bacaan al mathurat
semua tu untuk didik saya jadi manusia yang baik sebenarnya
mungkin x rasa sangat
sebab dekat rumah pun memang kene solat
memang kena pakai tudung
so x ada beza kan
tapi sebenarnya apa yang mak n ayah n sekolah suh saya buat tu adalah untuk didik saya saya orang yang bagus dunia akhirat
sekarang di jepun
dah x ada orang nak jaga da
diri sendiri yang kene jaga
solat, aurat, halal haram makanan, belajar, semua tu kena jaga sendiri
dan dengan ilmu yang dapat dari mak ayah cikgu2 dan kawan2 juga sampai sekarang kita boleh menilai baik buruk sesuatu perkara
memang kita tidak suka kepada sesuatu yang berbentuk disiplin
dulu memang suka buat kesalahan disiplin
tapi sekarang baru sedar,
disiplin ni lah membentuk kita jadi manusia yang berjaya
dengan adanya disiplin, hidup kita akan terurus
even untuk jadi individu muslim sendiri pun, disiplin menjadi keutamaan
solat awal waktu, baca al quran, baca al mathurat, dhuha etc tu sebenarnya memerlukan disiplin yang sangat kuat untuk kita laksanakan dengan baik
tambah2 bila musim sejuk ni, rasa 24 jam nak duduk dalam futon
kalau x ada disiplin, maka kita akan bertangguh dan terus x buat kan?
kalau diberi peluang jadi budak sekolah balik, saya teringin nak jadi student yang baik
mana tahu bila saya jadi student yang baik, kawan2 akan ikut sama jadi baik dan ia jadi pencetus kepada budaya positif fi sekolah saya
best kan kalau boleh jadi pemula kepada perubahan yang positif? :)
nanti nak pegi sekolah, nak ucap terima kasih pada HEM n cikgu2 :)
sekarang kita bukan saja nak jadi orang yang berjaya dalam pelajaran kita je
cita2 kita lebih besar dari itu, lebih besar dari cita2 lain
kita nak bentuk diri kita jadi individu muslim
yang akan bantu Islam menjadi ustaz kepada alam
disiplin paling penting untuk ke arah itu
ayuh!
kita pimpin tangan sama-sama :)

- hidup mesti ada disiplin, baru boleh berjaya, kan?-
gee, sapo kwn mg sorang lg hok lekat kat bilik warden tu?ak x ajin tau cito ni, tp lpas baco selok suko..haha..dan ak pon terfikir ms tu akt kat mane sbb ak x g lawatan cameron tu
ReplyDeletehaha niniey berd
ReplyDeleteeh mu x tahu
aku segho sumo ore blok A B mace tahu je
ke mu pulang bermalam time tu? haha