Saturday, May 29, 2010

-denda!!!-

malam ni
tiada tidO
saye denda diri
sebab baaaaanyak sangat tidO
ape ni.??
futOn memang menguji
x mahu dekat dengan futon lagi~!
jangan buat saye terlebih tido lagi
tolong la..
saye jadi sedih
saye jd nk marah diri sendiri
ade ke boleh tido balik lepas subuh
bangun pulak 40 minit sebelum kelas mula
ape ni??
x suke bende ni!
bukan salah futOn
bukan salah katil
salah saye yang malas!
sila ingat ye;
1- Allah cipta kita bukan untuk tidO!
2- datang sini dengan duit rakyat,
xkan nk balas jasa mereka dengan tidO
3- kate nk jadi orang bijak pandai,
kene rajin usaha
4 kata nk jadi hamba yang disayangi Allah
jadi kene sungguh2 tuntut ilmu Allah
-------------sambung studi seigyO----------------

Tuesday, May 25, 2010

Okayama Dimata Saya: sebulan 28 hari

hai semut merah
sashiburi~!
lame saye x bukak n menulis
sori ye semut merah
saye baaaaanyak keje lain nk kene buat
dulu macam relex aje
sekarang da makin terisi pula masa2 saya
janjinye nk sambung kisah sejarah tentang Islam
tapi saya masih belum berjaya menjadikan semut merah ni
sebuat blOg yang bermanfaat
x tahu kenapa
idea untuk berkongsi tentang sesuatu yang bermanfaat
hanya muncul bila tiba turn saya menulis di azzariyat.com
Ohh hari ni 25 mei..maknanya sudah 2 bulan 4 hari saya di Jeepun
and sudah sebulan 28hari di Okayama
semakin lama disini
makin banyak yang boleh belajar
belajar erti matlamat di Jepun
belajar erti mengasihi sesama sahabat
belajar mengenal diri
ramai yang membantu
senior2 baik
kawan2 baru dari Okayama Daigaku pun baik
suke~
kalau masa awal2 dulu mak tanya
"suke ke tak duk sana"
saye mesti teragak2 nak jawab
sebab saya x tahu saya suke ke x duk sini
tapi sekarang dah semakin suka duk sini
baaaanyak sangat cerita tentang Okayama
baaanyak sangat pendapat yang ingin saya kOngsi
tapi nanti la
nak buat entri pasal "Okayama dimata saya"
insyaAllah ada sambungannya~

Monday, May 17, 2010

- kenali Islam-

* kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak piala dunia
* masalah buang anak bertambah hari demi hari
* pergaulan bebas semakin berleluasa
* cara hidup Islam semakin lenyap dari hari ke hari
* ada muslim yang cara hidupnya melampau-lampau, melebihi cara hidup orang Barat, yang membezakan mereka hanyalah "syahadah"
apa dah jadi dengan dunia?
Alhamdulillah, bertemuan dengan Ustaz Salam hujung minggu lalu bukan sahaja memenuhi impian besar hidup saya tetapi membuka mata saya tentang kehidupan dan keadaan umat Islam sekarang
MasyaAllah, teruk dan mungkin berada di tahap kritikal
yang halal mereka kata kolot
yang haram mereka halalkan
siapa lagi yang nak bangkitkan semula sistem Islam
kalau bukan kita yang masih hidup
tidak menunggu sempurna seseorang itu
mereka mesti dan wajib menyampaikan
rasanya sudah tiba masanya saya kembali
kepada niat asal blOg ini diciptakan
sebenarnya tujuan blog ini dicipta
adalah untuk menjadi medan utk saya catatkan
apa yang saya dapat tentang Islam
tidak mengharap pembaca dan follower yang ramai
tapi jika ada yang membaca, Alhamdulillah
setelah lebih setahun blog ini tercipta
penuh isinya dengan kisah hidup saya
kisah hidup dunia
yang tiada apa-apa makna mungkin
kini tiba masa berubah konsep penyampaian
saya teringin tahu lebih lanjut tentang ISLAM
bagaimana Islam itu bangkit
dan mengapa manusia seakan-akan memudarkan sinar Islam itu
mari kita kaji tentang sejarah Islam
akan bersambung dari satu episod ke episod yang lain
insyaAllah~